Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Fintech

    Cara Transfer Duit Sesama eWallet Touch ‘n Go

    adminBy admin02/09/2024No Comments3 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Sejak dari tahun lepas rasanya saya mula aktif menggunakan aplikasi eWallet Touch ‘n Go dengan kerap. Bila berbelanja di kedai runcit atau di kedai makan atau shopping, memang saya akan bayar menggunakan eWallet TnG sahaja. Terasa mudah sangat sangat. Dan kebetulan saya baru sahaja mencuba untuk transfer kredit eWallet TnG saya ke akaun eWallet TnG isteri saya dan berjaya. Dan perkara yang paling menarik bagi saya adalah saya melakukan transaksi berkenaan dengan hanya menggunakan nombor telefon sahaja. Menarik? Memang pun!!!.

    Sebenarnya saya baru sahaja menonton video penerangan tentang teknologi kewangan di masa akan datang. Ianya berkaitan bagaimana teknologi kewangan (FINTECH) akan merubah bagaimana transaksi kewangan itu berlaku. Transaksi penghantaran wang akan berlaku dengan pantas, dalam skala global dengan kos transaksi yang sangat minima. Untuk pengetahuan anda, teknologi perpindahan wang yang laju iaitu instant transfer yang kita gunakan di Malaysia adalah disebut sebagai DuitNOW!!!.

    Cara Transfer Duit eWallet TNG
    Cara Transfer Duit eWallet TNG

    Panduan Transfer eWallet TNG

    Jika anda membuka aplikasi Touch ‘n Go, saya pasti anda akan perasan nombor akaun DuitNow TnG anda betul? Jika anda mahu reload baki kredit semasa eWallet TnG anda, anda memang kena gunakan fungsi DuitNow betul? Saya sudah cuba tambah nilai baki kredit eWallet TnG saya guna melalui Maybank dan juga CIMB dan memang sampai serta merta. Cumanya untuk anda pindahkan wang dari eWallet TnG ke eWallet TnG yang lain, anda hanya perlu nombor telefon penerima sahaja. Bagaimana?

    Sebenarnya semasa anda mendaftar untuk menggunakan eWallet Touch n Go, anda perlu mendaftar nombor telefon smartphone anda sekali untuk di link kan sekali. Dengan kata lain, eWallet TnG anda menjadikan nombor telefon anda sebagai nombor telefon yang sah  di daftarkan dan dipautkan pada eWallet tersebut. Jadi bila anda mahu transfer baki kredit semasa eWallet anda ke eWallet orang lain, maka hanya diperlukan nombor telefon penerima sahaja. Jelas? Faham?

    Berjaya transfer kredit eWallet kepada eWallet Touch N Go
    Berjaya transfer kredit eWallet kepada eWallet Touch N Go

    Transfer Baki Kredit eWallet TnG

    • Sila klik menu “Transfer”
    • Sila pastikan anda berada di tab “eWallet” dan bukannya DuitNow atau Overseas
    • Sila masukkan nombor telefon atau pilih dari senarai list phonebook/ all contact anda
    • Pada bahagian “Amount”, sila masukkan jumlah yang mahu anda hantar
    • Akhir sekali sila klik pada “Confirm Transfer” untuk mengesahkan
    • Sila scan ibu jari ada atau no pin eWallet jika di minta
    • Selesai… DONE!!!

    Sedikit info untuk pengetahuan anda. Kita sekarang berada di dalam fasa perubahan teknologi kewangan (fintech) yang baru. Dengan kata lain, proses perpindangan kewangan (transfer) atau pembayaran (payment) sedang beralih kepada teknologi yang baru yang lebih pantas dengan kos transaksi yang rendah. Kalau anda berminat hendak tahu tentang perkara ini, saya jemput anda baca artikel Apa Itu Cross Border Payment untuk lebih faham tentang perkara ini.

    Daftar App Aplikasi Touch ‘n Go

    1. [ Touch ‘n Go eWallet ] – daftar aplikasi TNG di sini

    Teknologi baharu inilah sebab kenapa kita sekarang sudah boleh menghantar transfer duit dari akaun eWallet ke akaun eWallet yang lain dengan mudah dan pantas tanpa memerlukan orang tengah seperti akaun bank. Dan syarikat Touch ‘n Go adalah salah satu syarikat bertaraf FINTECH yang memperkenalkan mobile wallet yang paling popular di Malaysia. Saya harap panduan bagaimana cara untuk transfer baki kredit dari akaun TNG eWallet anda kepada akaun TNG eWallet dengan menggunakan nombor telefon ini membantu anda ya. Saya selalu hantar duit kepada akaun eWallet TnG isteri saya sebagai wang belanja makan tengah hari atau hadiah. Cubalah. BYE!!!.

    Transfer eWallet Touch 'n Go
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Simkad Prepaid 5G Eastel

    Cara Beli Simkad Eastel

    09/03/2026
    Ejen Eastel Dengan Member ID E-0001783

    Senarai Ejen Dealer Eastel Seluruh Malaysia

    08/03/2026
    Web promosi Eastel ada gambar muka, nama ejen, member ID dan juga nombor telefon

    Web Promosi Eastel

    07/03/2026
    Cara langgan pakej plan panggilan call dan kuota data internet bulanan simkad Eastel

    Cara Langgan Pelan Call & Internet Eastel

    07/03/2026
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.