Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru Wednesday, May 14
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Subscribe
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Beli Kereta Baru
    Home » Bank Yang Senang Mudah Lulus Loan Kereta
    Info

    Bank Yang Senang Mudah Lulus Loan Kereta

    adminBy admin19/03/2025No Comments5 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Telegram Email WhatsApp

    Baru baru ini saya ada berkongsikan artikel yang bertajuk Cara Kira Loan Kereta Maybank. Post tersebut saya tulis kerana telah mendapat carian kata kunci keyword yang masuk ke blog ini. Jadi saya mula terfikir rupa rupanya memang ada orang yang cari dan hendak tahu akan benda seperti ini. Maklumlah, bagi saya mana mana loan hire purchase dari mana mana bank pun lebih kurang sama sahaja. Dan kali kedua pula ada orang tanya tentang bank mana yang mudah untuk lulus loan kereta. Terkesima saya sekejap. Kenapa?

    Sebab saya sendiri sepanjang beli kereta Perodua Viva, Proton Saga dan juga Proton Preve, hampir tidak pernah saya ambil tahu bank mana yang saya mahu pilih untuk mendapatkan pinjaman kenderaan yang saya mahu beli. Saya tidak kisah 100%. Kereta Viva dan Saga saya dapat pinjaman kereta dari Hong Leong Bank. Dan Proton Preve saya pula saya dapat pinjaman dari CIMB Bank. Asalkan loan lulus, saya datang ke bank dan sign agreement sahaja. Hahaha. Itulah saya.

    Senarai Bank Mudah Lulus Loan Kereta
    Senarai Bank Mudah Lulus Loan Kereta

    Senarai Bank Mudah Lulus Pinjaman Kenderaan Hire Purchase

    Tapi tidak semua orang seperti saya. Masih ramai yang ambil kisah tentang perkara ini. Sebab itulah masih ramai yang mahu ambil tahu tentang kadar interest rate kereta setiap bank di Malaysia sebelum memilih bank yang mereka mahukan. Jika ini adalah anda, maka saya kongsikan sedikit info tentang bank manakah yang paling mudah dan senang lulus loan kereta. Ingat ya, ini hanyalah panduan dan rujukan sahaja. Ianya bukan 100% tepat kerana ianya masih lagi bergantung kepada profil kewangan dan sejarah pinjaman yang anda pernah ada dengan pihak bank. Harap maklum ya.

    Apa Yang Bank Tengok Sebelum Luluskan Loan Anda?

    • Slip Gaji – Bank akan semak kelayakkan dari pendapatan bulanan tetap anda. Lagi tinggi gaji anda, lagi mudah untuk bank meluluskan permohonan anda.
    • Komitmen Bulanan – Selepas bank ketahui jumlah pendapatan bulanan anda, bank akan semak jumlah komitmen yang anda ada setiap bulan. Mereka akan semak pinjaman rumah, personal loan, kredit kad dan lain lain. Semua ini mereka peroleh dari laporan Ccris dan juga Ctos.
    • Skor Kredit – Hasil dari jumlah pendapatan tetap setiap bulan anda dan kemudian di tolak dengan keseluruhan komitmen anda, maka pihak bank akan dapat markah skor kredit samada profil kewangan anda layak untuk diberikan pinjaman atau tidak.
    • Bayaran Deposit – Sudah tentulah lagi tinggi wang muka downpayment yang anda berikan, akan menyebabkan komitmen bayaran bulanan kereta anda akan menjadi lebih rendah yang seteruskan meninggikan lagi skor kredit anda untuk lulus loan kereta dari pihak bank.

    Panduan di atas ini adalah terpakai untuk semua jenis pinjaman yang pihak bank tawarkan samada pinjaman perumahan, pinjaman peribadi, kredit kad dan juga pinjaman kenderaan iaitu loan hire purchase untuk beli kereta. Harap jelas dan maklum ya.

    Kadar interest rate loan kereta hire purchase setiap bank di Malaysia oleh iMoney
    Kadar interest rate loan kereta hire purchase setiap bank di Malaysia oleh iMoney

    Bank Mana Paling Mudah Lulus Loan Kereta?

    • Maybank – antara bank yang paling senang lulus loan. Kriteria skor kredit yang sederhana. Dan kadar interest rate yang kompetitif.
    • Cimb Bank – Kalau anda ada kredit rekod pinjaman yang baik, kelulusan dari bank ini antara yang pantas.
    • RHB Bank – Kurang ketat di dalam proses kelayakkan dan kelulusan. Yang bekerja sendiri atau freelance lebih sesuai gunakan RHB kerana lebih mesra golongan ini.
    • Public Bank – Gaji minima RM2000 pun boleh untuk dapatkan loan kereta di sini. Sering memberikan kelulusan pinjaman dengan cepat dengan syarat ke semua dokumen yang diberikan adalah lengkap
    • Bank Muamalat – Kepada anda yang muslim dan mahukan perbankan Islamik, maka sudah tentulah Bank Muamalat salah satu pilihan yang boleh difikirkan. Jangan bimbang, kadar interestnya juga adalah rendah
    • Bank Islam – Menawarkan kadar faedah patuh syariah yang rendah. Bank Islam menawarkan pelbagai produk pembiayaan patuh syariah yang menarik bagi pemohon Muslim

    Website Banding Kadar Interest Loan Kereta

    • [ RinggitPlus ] – website paling popular compare pelbagai jenis loan di Malaysia termasuk loan kereta
    • [ iMoney ] – website perbandingan pelbagai jenis loan di Malaysia termasuk pembiayaan kereta
    • [ LoanStreet ] – website perbandingan pelbagai jenis loan di Malaysia termasuk loan hire purchase kereta

    Sebenarnya, akhir sekali untuk meningkatkan peluang supaya permohonan untuk mendapatkan pinjaman loan kereta jadi mudah lulus pun atas profil kewangan kita juga. Kalau anda kurang komitmen, bagi deposit tinggi, tiada masalah Criss Ctos dan anda berikan dokumen yang lengkap. Jadi tidak ada masalah pun untuk pihak bank meluluskan permohonan anda. Cumanya senarai bank yang senang dan mudah lulus loan di atas ini adalah sebagai panduan dan rujukan anda sahaja. Boleh cuba.

    Submit Dokumen Melalui Whatsapp

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.

    Kepada anda yang mahu beli kereta recond, kereta terpakai Carsome/MyTukar atau beli kereta baru, anda boleh hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini. Dan kami juga mengendalikan proses submit loan kereta ke pelbagai bank untuk pelanggan yang mahukan khidmat dari kami. Apa apa pun khidmat yang anda mahukan dari kami, kami sedia membantu. Jika berminat sila hubungi saya sekarang juga. Dan saya harap panduan dari senarai bank yang mudah lulus loan di atas ini sedikit sebanyak membantu anda. BYE!!!.

    Share. WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Pricelist Harga Tukar Cermin Kereta Di Windscreen2U

    30/04/2025

    Scam Kereta Import Honda HR-V Port Klang

    15/04/2025

    Gambar Sebenar Sijil Puspakom B5

    15/04/2025

    Scam Kereta Import Mitsubishi Triton Penang

    14/04/2025

    Jual Motor Lama Tersadai Sebagai Besi Buruk

    08/04/2025

    Tukar Minyak Hitam Kereta Jenama CASTROL

    07/04/2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini

    Jangan Beli Toyota Corolla Cross Total Loss

    14/05/2025

    Jangan Beli Toyota Vellfire Total Loss

    13/05/2025

    Cara Selamat Beli Mercedes Benz GLC 250 Terpakai

    11/05/2025

    Cara Buat Bisnes Online Jual Produk Kereta Dengan Onpay

    06/05/2025
    © 2025 BeliKeretaBaru. Designed by BeliKeretaBaru.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Ad Blocker Enabled!
    Ad Blocker Enabled!
    Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker.