Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Beli Toyota Alphard Baru Secara Online
    Alphard

    Beli Toyota Alphard Baru Secara Online

    adminBy admin22/06/2024No Comments5 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Kenapa orang suka beli kereta Toyota baru berbanding model lain? Jawapannya adalah kerana syarikat automotif Toyota Motor Corporation telah berjaya membina branding kenderaan keluaran mereka dengan baik. Apakah branding yang dimaksudkan? Ianya adalah tentang kepuasan pelanggan. Pengalaman menggunakan kereta toyota memberikan pengalaman jimat minyak, tahan lama dan tahan lasak. Dan model kereta Toyota Alphard pula memberikan pengalaman memiliki sebuah kereta dari segmen MPV yang nampak mewah.

    Bila sebut kereta mpv, tidak banyak model mpv yang mampu memberikan pengalaman memiliki dan memandu yang high class. Kebanyakkan mpv lebih kepada kenderaan untuk keluarga. Tetapi Toyota Alphard memberikan rasa yang berbeza. Mudah cerita, kalau anda pakai dan guna kereta Toyota Alphard, anda akan terus dianggap sebagai orang kaya yang memang berduit. Walaupun ianya bukanlah 100% benar tetapi kebanyakkan pemilik alphard memang dari kategori yang mampu dari segi kewangan.

    Harga dan bayaran bulanan Toyota Alphard baru
    Harga dan bayaran bulanan Toyota Alphard baru

    Harga Toyota Alphard baru & Vellfire

    Dulu saya kerap keliru antara “Alphard” dan “Vellfire”. Dari pandangan warga marhaen, saya memang berpendapat yang Toyota Vellfire adalah sebuah kereta yang lebih hebat dan lebih mahal dari Toyota Alphard. Ini adalah persepsi saya dari dulu. Setelah pembacaan dibuat, barulah saya tahu yang rupa rupanya Toyota Alphard adalah versi yang paling tinggi dan paling mahal. Terkedu saya dibuatnya. Rupa rupanya anggapan saya selama ini salah kerana berdasarkan reka bentuk sahaja. Ya, dari mata kasar saya Toyota Alphard versi Vellfire nampak sporty dan lebih hebat. Itu pandangan sayalah.

    Bila sudah selalu sangat nampak Toyota Alphard di jalan raya, saya terfikir yang model berkenaan sudah lama di Malaysia. Teringin juga hendak melihat Toyota Alphard baru. Dan ya, Toyota Malaysia telah melancarkan Toyota Alphard dari generasi terkini ke dalam pasaran Malaysia pada 23 october 2023. Toyota Alphard baru ini adalah dari 4th generation.

    Pandangan hadapan kereta Toyota Alphard dan Vellfire 4th generation
    Pandangan hadapan kereta Toyota Alphard dan Vellfire 4th generation

    Spesfikasi Kereta Toyota Alphard

    • RM538000
    • 2.4L four-cylinder 16-valve DOHC, Turbocharger and Intercooler with Dual VVT-i (274HP/430Nm)
    • Gearbox : Direct Shift 8-speed Automatic with Sequential Shiftmatic
    • Segmen : 7 seater MPV
    • Jarak Roda : 2620mm
    • Panjang : 5010mm
    • Lebar : 1850mm
    • Tinggi : 1950mm
    • Luas Bonet : -L
    • Airbag : 6 Beg Udara
    • Safety Features : VSC, ABS, EBD, BA, HSA, 
    • Berat : 2760KG
    • Tangki Minyak : 75L

    Spesfikasi Kereta Toyota Vellfire

    • RM438000
    • 2.5L four-cylinder 16-valve DOHC (180HP/235Nm)
    • Gearbox : 7 speed CVT

    Apa beza Toyota Alphard dengan Vellfire? Sebenarnya kedua dua kereta ini adalah sama sahaja. Yang berbeza adalah dari segi rekaan bumper, spesifikasi enjin, kemasan dalaman kabin dan teknologi yang ditawarkan. Kalau anda lihat harga di atas jelas menunjukkan Toyota Alphard baru lebih mahal RM100K berbanding Toyota Vellfire baru. Mudah cerita adalah Toyota Vellfire adalah kereta Alphard versi entry-level yang telah di downgrade lah. Kalau anda mahu beli Alphard tetapi terasa mahal, saya jemput anda beli kereta recond Alphard yang sudah tentu lebih murah berbanding harga pasaran Malaysia. Kalau berminat lah.

    Pandangan tepi kereta Toyota Alphard generasi ke empat
    Pandangan tepi kereta Toyota Alphard generasi ke empat

    Sebenarnya bila bercakap tentang kereta, kita tidak boleh lari dari spesifikasi enjin. Sebab dari enjin inilah yang akan menunjukkan wajah sebenar samada kuasa enjin cukup untuk membawa body badan kereta tersebut. Kereta Toyota Alphard adalah sebuah mpv atau minivan yang besar dan berat. Kalau kuasa enjin tidak cukup besar, maka anda memang akan merasakan kuasa yang ditawarkan underpowered atau terasa berat dan kurang pickup.

    Toyota Alphard jelas menunjukkan output kuasa yang ketara perbezaan berbanding Toyota Vellfire. Kalau anda mahu beli mpv yang besar dan bawa lebih ramai penumpang, rasanya beli Toyota Alphard baru adalah lebih berbaloi. Kalau soal design reka bentuk pula, kereta Alphard generasi ke empat ini masih kekal dengan rekaan yang cantik, moden, gaya business dan gaya executive. Memang sesuai untuk anda yang bekerja dalam sektor bisnes korporat.

    Pandangan kabin dan dashboard Toyota Alphard baru
    Pandangan kabin dan dashboard Toyota Alphard baru

    Jom Submit Loan Untuk Kereta Toyota Secara Online Sekarang!!!

    Apa offer dan promosi jika anda beli kereta baru melalui saya? Sila klik dan baca dulu ya. Saya adalah ejen penjual kereta yang menjual kereta baru dari Perodua, Honda, Mitsubishi, Nissan, Proton dan juga TOYOTA!!!. Kenapa saya tuliskan beli kereta baru secara online? Maksudnya anda boleh untuk submit dokumen untuk tujuan check samada anda layak untuk lulus loan bank kereta atau tidak. Dan jika lulus, anda boleh datang ke showroom untuk melihat kereta sebelum bersetuju untuk sign loan agreement tersebut. Boleh ker submit loan untuk anda di seluruh semenanjung Malaysia? Boleh jer!!!

    Submit Dokumen Melalui Whatsapp

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.

    Jika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan apa apa jenis model kereta baru Toyota ini, sila contact saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya boleh berikan gambar kereta, flyers, brochure, list harga termasuk berapakah bayaran bulanan yang dikenakan. Mesej sahaja saya melalui Whatsapp di atas ini ya. Anda juga boleh booking untuk test drive kereta Toyota secara online melalui saya untuk anda di kawasan tempat anda. Dan pihak kami juga boleh untuk hantar kereta baru tersebut terus ke alamat rumah anda di seluruh semenanjung Malaysia jika mahu. Selamat membeli kereta Toyota Alphard baru. BYE!!!.

    Bayaran Bulanan Toyota Alphard Beli Toyota Alphard Gambar Toyota Alphard Harga Toyota Alphard Kereta Toyota Alphard New Toyota Alphard Spesifikasi Toyota Alphard Toyota Alphard Toyota Alphard Baru
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Gambar hadapan tepi kereta baru Toyota Innova Zenix

    Beli Toyota Innova Baru Secara Online

    26/11/2024
    Contoh iklan promosi diskaun rebate akhir tahun kereta baru Perodua

    Promosi Hujung Tahun Kereta Baru Toyota

    17/11/2024
    Gambar hadapan kereta Toyota Vellfire recond putih

    Beli Kereta Toyota Vellfire Recond Secara Online

    28/10/2024
    Bas Mini Toyota Coaster

    Beli Kereta Toyota Coaster Recond Secara Online

    15/08/2024
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.