Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai
    Info

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    adminBy admin09/09/2025No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Jual dan beli kereta terpakai di Malaysia adalah industri yang besar. Dan sejak saya mengiklankan servis submit loan kereta terpakai di blog ini, saya menerima sangat banyak permintaan berkenaan invois kereta terpakai. Mereka samada dari pihak pemilik kereta (car owner) yang mahu membantu bakal pembeli kereta mereka mendapatkan bantuan submit loan di bank. Atau dari pihak bakal pembeli sendiri yang gagal mendapatkan permohonan mendapatkan loan pinjaman kenderaan di bank. Sebab itulah “invoice” ini penting.

    Info penting. Majoriti bank tidak benarkan permohonan untuk mendapatkan hire purchased loan dari individu perseorangan. Pihak bank mahukan pemohon mestilah di datangkan sekali dengan “INVOIS/INVOICE” iaitu dokumen jual beli kereta yang sah. Hanya pihak penjual kereta sah sahaja yang ada lesen untuk mengeluarkan invois ini. Pihak penjual kereta yang sah dan berlesen yang saya maksudkan adalah seperti kedai showroom jual kereta dan juga kedai yang menjual kenderaan terpakai iaitu seperti kedai used car. Jelas? Faham?

    Invois Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    Saya BUKAN pemilik kedai used car. Cumanya saya telah bekerjasama dengan sebuah kedai used car di Pulau Pinang dan terpercaya (trusted). Cumanya kedai ini hanya melayan kes kes submit loan bank untuk pembeli yang membeli kereta dari direct owner yang sudah habis bayar loan bank iaitu kereta yang dijual sudah tidak ada hutang loan dengan bank. Proses submit loan akan jadi terlalu mudah untuk lulus loan asalkan bakal pembeli adalah layak dari segi kewangan. 

    Masalah yang saya jumpa adalah, terlalu ramai yang bertanya ingin beli kereta direct owner yang mana kereta masih ada loan bank. Kereta yang ingin dibeli masih ada hutang dengan pihak bank. Atau kereta yang owner hendak jual masih belum habis bayar lagi. Jadi macam mana hendak setel selesaikan? Dan masalah yang menimpa pula adalah dari individu yang berada di Kuala Lumpur (KL) dan ke arah negeri di selatan. Sedangkan saya di Penang?

    Alhamdulillah, saya telah bekerjasama dengan broker dari KL dan juga Seremban untuk masalah seperti ini. Bantu saya ya jika ada juga pernah bekerjasama dengan kedai used car dari Johor jika ada untuk bantu kawan kawan kita yang lain. Kalau anda berminat hendak dapatkan servis invois dari car dealership yang saya kongsikan di bawah ini.

    Invois / Invoice Kedai Used Car

    • Pulau Pinang (Saya) – Kos invois adalah RM700 dan hanya bantu kes beli kereta sudah habis bayar
    • KL/Selangor (Broker) – Kos invois adalah 3% dari harga kereta dan hanya bantu kes beli kereta sudah habis bayar
    • Seremban N9 (Broker) – Kos invois adalah RM1.5K untuk kes beli kereta sudah habis bayar. Dan tambahan RM1K untuk kereta yang masih under loan bank dan kedai akan bantu buat full settlement sehingga RM50K.

    Kos bayaran invoice loan bukan harga yang ditetapkan oleh saya ya. Ianya adalah harga caj upah yang dikenakan oleh kedai used car tersebut. Harap maklum.

    Ini adalah artikel update dari artikel terdahulu iaitu beli kereta direct owner. Disebabkan saya mendapat banyak pertanyaan cara untuk jual kereta yang masih ada loan bank, masih ada hutang bank dan masih belum habis bayar atas sebab sebab tertentu. Maka saya perluaskan lagi kerjasama saya dengan broker kedai used car yang lain bagi menawarkan servis yang sedikit lebih menyeluruh. Untuk kes seperti ini, anda keluarkan modal sebanyak RM2500 dan kereta perlu diserahkan dikedai used car di Seremban Negeri Sembilan ya. Harap maklum.

    ***IKLAN*** : Bermula April 2025, kami menawarkan khidmat runner puspakom kepada yang tiada masa untuk bawa kereta buat inspection di puspakom dan buat proses tukar nama hak milik kenderaan. Sila klik link dan dapatkan servis runner dari kami kalau berminat ya.

    Hubungi Ejen Kereta Online

    • [ Whatsapp ] – Saya adalah ejen yang menjual kereta baru, kereta recond, kereta terpakai, servis loan bank, penyedia insurans roadtax kereta, insurans kesihatan/kemalangan dan lain lain berkaitan kenderaan di seluruh Malaysia. Kepada yang berminat, boleh hubungi saya dan submit dokumen yang diperlukan secara online melalui link Whatsapp ini ya.
    • [ SCRUT ] – Semak status kondisi kereta samada pernah kemalangan, bekas kereta banjir, pernah claim apa apa insurans dengan mudah di sini sebelum anda beli kereta terpakai
    • [ EZCare ] – sila hubungi saya melalui link Whatsapp ini jika anda ingin meminta bantuan staff EzCare untuk melanggan warranty lanjutan untuk kereta terpakai

    Kesimpulan. Kalau anda ingin jual kereta anda yang masih ada baki loan bank kepada direct buyer, anda boleh menghubungi saya. Kalau anda ingin beli kereta dari direct owner yang ada hutang bank pun boleh contact saya. Anda dari negeri Kedah, Penang, KL, Selangor dan juga N9 boleh menghubungi saya. Kalau anda ingin jual atau beli kereta yang sudah habis bayar lagi mudah. Satu Malaysia pun boleh. Berminat mendapatkan invoice dari kedai used car, sila hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. BYE!!!.

    jual kereta yang belum habis bayar jual kereta yang masih ada hutang bank jual kereta yang masih ada loan
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

    Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    20/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Tukar minyak enjin guna Castrol dan kumpul point

    Tukar Minyak Enjin Perodua Myvi Guna Castrol

    09/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Sangat mudah booking servis Lalamove on-demand melalui Easyparcel

    Cara Booking Penghantaran Segera On-Demand

    01/09/2025
    Langgan pakej perubatan WE KONGSI untuk anak dan isteri

    Daftar Pelan Perubatan We Kongsi Untuk Anak Dan Isteri

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.