Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Panduan

    Jual Kereta Loan Toyota Capital Di Carsome

    adminBy admin13/01/2025Updated:24/05/2025No Comments5 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Saya baru sahaja mendapat pertanyaan melalui Whatsapp dari seseorang yang mahu menjual kereta beliau. Beliau tidak ada pembeli (buyer) dan memang terdesak mahu jual kereta Toyota Rush milik beliau yang masih ada hutang baki pinjaman. Dan selepas bertanya, rupa rupanya loan pinjaman yang beliau dapatkan sebelum ini adalah dari loan Toyota Capital. Beliau meminta cadangan dari saya tentang apa yang beliau harus buat untuk berjaya jual kereta tersebut. Satu kisah yang saya rasa patut saya kongsikan dengan pembaca blog ini.

    Ceritanya begini, individu ini membeli sebuah kereta baru dari brand dan model Toyota Rush pada tahun 2019. Dan pada tahun ini (2025), beliau berhasrat untuk menjual kereta berkenaan. Tujuan mahu jual kerana ingin kurangkan komitmen bulanan. Saya tidak pasti berapa harga bayaran bulanan ketika tahun pertama gunakan loan pinjaman dari Toyota Capital. Dan selepas 5 tahun, kini bayaran bulanan telah menjadi RM1100 sebulan. Masalah yang berlaku adalah, beliau tidak mampu untuk meneruskan pembayaran bulanan dan akhirnya terpaksa mencari jalan atau cara untuk jual kereta tersebut.]

    Jual kereta yang masih ada baki pinjaman loan dari Toyota Capital
    Jual kereta yang masih ada baki pinjaman loan dari Toyota Capital

    Cara Jual Kereta Yang Ada Loan Pinjaman Dengan Toyota Capital

    Apa kelebihan dan tujuan model pelan pembayaran dari pinjaman loan Toyota Capital ini? Kaedah pinjaman dari Toyota Capital menawarkan pembayaran bulanan (installment) yang rendah pada tahun pertama, kemudian naik sedikit demi sedikit menjadi lebih mahal pada tahun berikutnya. Dan kaedah ini sesuai kepada mereka yang mahu mendapatkan kereta dengan bayaran bulanan rendah dan yakin mampu untuk menghadapi bayaran bulanan yang lebih tinggi di tahun akan datang seiring dengan kenaikkan dan kemampuan gaji ketika itu.

    Tetapi kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Beliau mahu jual kereta Toyota Rush beliau yang kini bayaran bulanan RM1100 dan mencari kereta dengan bayaran bulanan RM600 dan ke bawah. Masalah yang berlaku adalah, kedai used car mahu ambil dan beli dalam julat harga RM40K-RM45K sahaja. Sedangkan jumlah baki pinjaman dengan Toyota Capital masih ada dalam RM59K lagi. Kalau beliau mahu jual kereta yang masih ada loan seperti ini, mahu tidak mahu beliau kena topup bayar baki loan pinjaman yang masih ada. Kalau tiada duit bagaimana?

    Kereta dengan loan Toyota Capital boleh dijual di Carsome
    Kereta dengan loan Toyota Capital boleh dijual di Carsome

    Selepas buat semakan di kedai used car Carsome, pihak Carsome hanya mahu ambil dan beli kereta Toyota Rush beliau dengan harga RM40K sahaja berdasarkan kondisi keadaan kereta berkenaan. Jika beliau mahu teruskan jual kereta di Carsome, maka beliau hanya akan berjaya jual dengan harga RM42K sahaja. Dan jumlah baki hutang dengan Toyota Capital adalah RM59K. Maka baki wang yang beliau kena topup untuk tutup loan Toyota Capital adalah sebanyak RM59K – RM40K = RM19K lagi.

    Cara Jual Kereta Yang Masih Ada Loan

    • Jual Kereta Direct Owner – cari pembeli yang mahu beli kereta secara terus dan boleh jual dengan harga sedikit lebih tinggi dari apa yang kedai used car tawarkan. 
    • Jual Di Kedai Used Car – boleh jual kereta yang masih ada baki loan di kedai used car biasa, Carsome dan juga MyTukar (Carro) dengan mudah
    • Buat GRAB – tambah income dengan jadikan kereta sebagai sumber pendapatan kedua sebagai pemandu Grabcar
    • Sewakan Kereta – boleh pajak kereta di kedai sewa kereta untuk mendapatkan pendapatan tambahan yang pasti akan membantu tolong bayar bayaran bulanan kereta

    Masalah beliau adalah, beliau tidak ada duit sebanyak RM19K untuk bayar baki hutang pinjaman kepada Toyota Capital kalau beliau mahu teruskan jual kereta di Carsome. Proses jual kereta di Carsome atau MyTukar (Carro) tidak akan berjaya kalau beliau tidak ada duit sebanyak RM19K untuk tutup loan lama Toyota Capital.

    Risiko penjual dan pembeli kereta sambung bayar
    Risiko penjual dan pembeli kereta sambung bayar

    Beliau sendiri ada terfikir hendak jual kereta beliau secara sambung bayar kepada individu yang berminat. Saya sarankan beliau agar tidak meneruskan niat beliau kerana ada sangat banyak risiko kereta sambung bayar kepada penjual dan kepada pembeli kereta. Saya lebih berminat untuk beliau sewakan sementara kereta beliau kepada kedai sewa kereta untuk menjana pendapatan bulanan dan paling tidak rekod pembayaran beliau dengan Toyota Capital akan kekal cantik dan sudah tentulah rekod bank pun akan jadi cantik jika beliau berhasrat beli kereta harga murah nanti guna loan pinjaman dari pihak bank nanti.

    Sebenarnya keadaan cerita di atas ini adalah salah satu kes yang biasa di Malaysia. Ada orang yang beli kereta kerana keperluan. Ada orang beli kereta kerana mahu tunjuk mampu. Ada orang berada dalam keadaan kewangan yang stabil. Ada orang tiba tiba diuji dengan hilangnya pendapatan. Jadi mahu tidak mahu, kena cari cara untuk kurangkan kos komitmen bulanan. Dari mampu pakai kereta besar, terpaksa jual dan beli kereta yang lebih kecil dan lebih murah.

    Contoh paparan bisnes kereta sewa melalui GoGreenMatrix
    Contoh paparan bisnes kereta sewa melalui GoGreenMatrix

    Jadi apa kesimpulan yang kita boleh ambil dari kisah ini? Pertama, jika anda mahu beli kereta dan mahukan jumlah bayaran yang rendah pada awal tahun, maka loan pinjaman dari Toyota Capital adalah pilihan terbaik. Kedua, ya anda boleh jual kereta anda di kedai Carsome/MyTukar (Carro) jika anda ada loan dengan Toyota Capital. Ketiga, jika anda merasakan yang anda tidak akan mampu sediakan wang topup untuk cover baki pinjaman dari Toyota Capital jika terpaksa jual kereta nanti, sila elak untuk buat pinjaman dengan Toyota Capital. Ke empat, sewakan kereta adalah salah satu pilihan terbaik sementara untuk pastikan loan pinjaman mampu terbayar tanpa jejaskan rekod pembayaran bulanan kereta anda.

    Submit Dokumen Melalui Whatsapp

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.

    WhatsAppButtonGreenSmall

    Akhir sekali. Saya adalah ejen broker jual kereta. Anda boleh beli kereta baru dan kereta recond melalui saya. Anda mahu jual kereta di Carsome dan juga MyTukar pun boleh melalui saya. Anda mahu renew roadtax dan insurans kereta pun boleh melalui saya. Anda mahu mendapatkan bantuan loan bank untuk beli kereta secara direct owner pun boleh melalui saya. Macam macam saya boleh buat. Berminat mendapatkan apa apa servis perkhidmatan dari saya, sila hubungi saya melalui link Whatsapp dia atas ini ya. BYE!!!.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Nombor member ID ejen dealer upline Eastel

    Cara Daftar Simkad Eastel

    07/03/2026
    Pilih renew insurans kenderaan patuh syariah dari Takaful Malaysia di BJAK

    Cara Perbaharui Cukai Jalan Dan Insurans Kereta Guna BJAK

    22/01/2026

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.