Saya pernah menuliskan tentang senarai kereta jimat minyak petrol yang ada dijual di Malaysia. Tetapi ada individu yang hendak tahu dan membuat carian kata kunci keyword tentang “kereta paling jimat minyak” di Google. Kenapa kena cari yang paling jimat minyak? Dan kalau anda jumpa dengan model kereta berkenaan, adakah anda akan beli kereta berkenaan? Sebenarnya ada sangat banyak faktor sebab kenapa seseorang akan pilih untuk membeli kereta berkenaan.
Di Malaysia, faktor paling utama pemilihan ketika membeli kereta adalah berkenaan design reka bentuk kereta itu sendiri. Kalau kereta tersebut dikategorikan sebagai kenderaan yang paling jimat minyak sekalipun, selagi reka bentuk kereta tidak sedap pada pandangan mata, maka kereta tersebut pasti akan terkeluar dari senarai kereta yang akan dibeli. Orang Malaysia kebanyakkan beli kereta sebab hendak tunjuk dan hendak orang lain tahu tentang kereta apakah yang mereka pakai. Ini adalah salah satu fakta yang tidak boleh disangkal.
Kereta Malaysia Paling Jimat Minyak
Dan faktor pemilihan kedua yang mahu adalah tentang penjimatan minyak petrol iaitu berkenaan fuel consumption. Dan carian keyword “kereta paling jimat minyak” di website ini agak banyak dan ianya tidak pelik. Kenapa? Sebab kerajaan di dalam proses untuk me-rasionalisasi subsidi minyak petrol. Dengan kata lain, harga petrol selepas itu PASTI akan dijual mengikut harga pasaran semasa dan bukannya dijual di bawah harga pasaran semasa akibat dari pemberian subsidi minyak.
Apa yang akan berlaku selepas harga minyak petrol dijual mengikut harga pasaran semasa? Harga minyak petrol RON95 ketika subsidi dijual dengan harga RM2.05 (Ogos 2024) pasti akan dijual dengan harga RM3.00 dan ke atas ketika subsidi dihapuskan. Dengan kata lain, pada ketika itu pemilik iaitu pengguna kereta akan merasakan kos ketika menggunakan kereta lebih tinggi dari sebelum ini Sebabnya adalah kerana kenaikkan kos bahan bakar iaitu minyak petrol.
Sudah tentulah membeli kereta yang menawarkan kadar penjimatan penggunaan petrol adalah sangat sangat penting ketika kos sara hidup yang semakin tinggi. Saya adalah pengguna kereta Proton Preve. Penggunaan minyak memang sangat kuat yang memang sudah sangat terkenal sebagai kereta yang kuat makan minyak. Jadi saya sekarang memang sedang berura ura mahukan sebuah kereta paling jimat minyak iaitu Perodua Bezza.
Kereta Jimat Minyak Petrol Setiap Kilometer
- Perodua Axia – 25.3KM / 1 liter
- Perodua Bezza – 21KM / 1 liter
- Perodua Myvi – 21KM / 1 liter
- Perodua Ativa – 18.9KM / 1 liter
- Proton Saga – 18KM / 1 liter
- Toyota Vios – 19.2KM / 1 liter
- Honda City – 17.5KM / 1 liter
- Nissan Almera – 18.9KM / 1 liter
- MG5 – 17.5KM / 1 liter
- Hyundai i10 – 18.9KM / 1 liter
- Mazda 2 Sedan – 19KM / 1 liter
Dari senarai di atas jelas menunjukkan kereta rakyat marhaen seperti Perodua Axia, Bezza, Myvi, Proton Saga, Toyota Vios dan juga Honda City adalah dalam senarai kereta paling jimat minyak di Malaysia. Kalau kerajaan menamatkan pemberian subsidi petrol selepas ini, sudah tentulah senarai kereta jimat petrol di atas ini akan menjadi pilihan yang paling ramai orang cari.
Saya tidak memasukkan kereta hybrid atau kereta elektrik EV sebagai perbandingan. Ini kerana ianya adalah perbandingan yang tidak adil. Kalau kereta bergerak menggunakan bantuan motor elektrik dari tenaga bateri, jadi adalah tidak adil hendak dibandingkan dengan kenderaan yang menggunakan minyak petrol 100%. Harap maklum ya.
Kenapa kena buat kiraan berdasarkan 1 liter penggunaa minyak petrol dan bukannya berdasarkan 100KM jaram perjalanan. Sebab kita sekarang mahu buat perbandingan mengenai kereta brand model mana yang paling jimat minyak. Jadi kita hendak tahu secara spesifik berapa jauh perjalanan dalam kilometer yang model kereta tersebut boleh bergerak setiap 1 liter penggunaan petrol. Lebih jelas dan lebih mudah faham.
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.
Jika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan apa apa jenis model kereta baru yang paling jimat minyak seperti di atas, sila contact saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya boleh berikan gambar kereta, flyers, brochure, list harga termasuk berapakah bayaran bulanan yang dikenakan. Mesej sahaja saya melalui Whatsapp di atas ini ya. Dan pihak kami juga boleh untuk hantar kereta baru tersebut terus ke alamat rumah anda di seluruh semenanjung Malaysia jika mahu. Selamat membeli kereta baru. BYE!!!.