Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru Monday, June 16
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Subscribe
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Beli Kereta Baru
    Home » Kena Saman Kompaun Parking Letak Kereta Penang
    Info

    Kena Saman Kompaun Parking Letak Kereta Penang

    adminBy admin11/09/20242 Comments4 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Telegram Email WhatsApp

    Di Pulang Pinang, tapak tempat letak kereta di bawah kendalian majlis perbandaran adalah dengan menggunakan aplikasi Penang Smart Parking. Secara jujur saya suka dengan pengalaman menggunakan app berkenaan kerana ianya memudahkan. Tidak perlu lagi gunakan kupon dan sebagainya. Bagi orang yang suka cashless dan suka digital, aplikasi ini memudahkan urusan saya. Tetapi kalau kita hendak parking kereta tetapi tidak ada kekosongan akibat semua tapak petak parking penuh, maka mahu tidak mahu kita terpaksa letak di merata tempat. Itu yang terjadi kepada saya.

    Saya hendak cari petak kosong tempat letak kereta. Tetapi semua penuh. Siap ramai yang buat double park lagi. Saya terus parking di tepi jalan. Kena tegur dengan pekerja guard disitu kerana laluan tersebut pihak staff majlis perbandaran memang selalu buat semakan dan berikan saman kompaun katanya. Ya saya faham. Tetapi saya hendak sekejap sahaja dan memang parking penuh. Jadi saya parking kereta saya ditepi jalan dan terus melakukan urusan dengan segera.

    Tayar kereta clamp oleh majlis perbandaran akibat salah letak petak parking kereta
    Tayar kereta clamp oleh majlis perbandaran akibat salah letak petak parking kereta

    Notis Kompaun Kesalahan Meletakkan Kenderaan Pulau Pinang

    Tetapi nampaknya pihak majlis perbandaran lagi cepat, pantas dan cekap buat kerja. Balik balik terus sudah ada notis amaran kompaun parking kereta dan tayar kena clamp. Aduhhh. Saman kompaun letak kereta yang salah dibawah majlis dikenakan dengan cas sebanyak RM50. Memang banyak. Harga sebuah kesilapan yang cuma tidak sampai 15 minit. Saya minta diskaun tetapi mereka mengatakan yang cas berkenaan adalah cas buka kunci clamp sebanyak RM50. Dan hanya selepas bayar baru kunci dibuka. Terpaksa bayar.

    Kita biarkan kisah kereta saya kena saman kompaun akibat letak kereta merata dan bukan di petak yang disediakan. Ini adalah cuma kisah dan pengalaman sebenar. Yang saya mahu highlightkan adalah jika anda kena saman parking kereta dari majlis di negeri Pulau Pinang, bagaimanakah cara untuk bayar? Saya sudah jelaskan kepada anda bahawa Pulau Pinang menggunakan app Penang Smart Parking untuk urusan yang berkaitan dengan parking kereta di seluruh Pulau Pinang. Jadi kita gunakan app berkenaan untuk selesaikan masalah pembayaran saman parking kereta ini.

    Notis kompaun saman salah letak kenderaan oleh penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang
    Notis kompaun saman salah letak kenderaan oleh penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang

    Cara Guna App Penang Smart Parking (PSP)

    • [ PenangSmartParking ] – sila cari dan pasang (install) aplikasi ini pada smartphone anda melalui Google Play (Android) atau App Store (iOS).
    • Register – sila jalankan (open) aplikasi tersebut dan daftar (register) terlebih dahulu. Anda kena daftar nombor telefon anda dan juga nombor plat kenderaan anda.
    • Reload – selepas itu sila klik menu “Reload” untuk membuat topap/tambah nilai akaun PSP anda terlebih dahulu.
    • Pay – selepas itu barulah klik “Pay” untuk membuat bayaran parking kereta jika anda parking di tempat letak kereta milik majlis perbandaran/bandaraya. Kredit di dalam akaun PSP anda akan automatik ditolak (deduct).

    Semasa saya bertemu dengan penguatkuasa majlis bandaraya Penang, mereka meminta saya buat bayaran sebanyak RM50 secara cash. Oleh kerana saya memang sudah tukar lifestyle saya dengan gaya hidup digital, jadi saya memang tidak ada duit wang tunai pun. Atas sebab itu pihak penguatkuasa meminta saya buat bayaran secara online melalui aplikasi Penang Smart Parking. Hanya perlu scan sahaja nombor notis tawaran kompaun. Dan terus buat bayaran menggunakan baki kredit wallet aplikasi Penang Smart Parking tersebut. Siap. Kalau tidak faham, tonton sahaja video di bawah ini.

    Apa iktibar yang boleh kita ambil dari kisah ini? Jujur cakap saya memang terasa dengan nilai RM50 yang dikenakan. Mungkin bagi orang lain rasa ianya adalah ok sebab berkemampuan. Untuk saya, nilai RM50 memang besar. Bila kita tahu yang nilai kompaun saman atas kesalahan letak kereta di bukan kawasan tapak petak parking yang disediakan, maka secara undang undang kita layak dikenakan saman kompaun tersebut. Jadi bila sudah tahu risiko, memang kena cakna dan beringat selepas ini. Bersabar dan letak kereta di kawasan yang disediakan oleh majlis perbandaran/bandaraya dan BAYAR ikut tempoh masa yang kita mahukan. Setel. BYE!!!.

    Aplikasi Penang Smart Parking Cara Guna Penang Smart Parking Penang Smart Parking
    Share. WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Pricelist Harga Tukar Cermin Kereta Di Windscreen2U

    30/04/2025

    Scam Kereta Import Honda HR-V Port Klang

    15/04/2025

    Gambar Sebenar Sijil Puspakom B5

    15/04/2025

    Scam Kereta Import Mitsubishi Triton Penang

    14/04/2025

    Jual Motor Lama Tersadai Sebagai Besi Buruk

    08/04/2025

    Tukar Minyak Hitam Kereta Jenama CASTROL

    07/04/2025

    2 Comments

    1. Hidayah on 25/05/2025 3:48 am

      Salam Tuan.

      saya pi perkeso dan parking di tempat yang ada sensor. lepas masuk parking dan adjust kenderaan, saya buat bayaran melalui app MPPP pada jam 2.53.30 PM. lepas keluar, tengok ada notis saman. dan saman tu dikeluarkan pada jam 2.53.11 P.M. Yang saya pelik tu waktu saman dikeluarkan, saya masih ada dalam kenderaan dan sedang adjust kenderaan dan juga takda anggota MPPP yang berdiri di depan kenderaan saya.

      mak saya bagitau (ada orang yang habaq kat dia) lepas masuk parking yang ada ketul sensor tu terus kena bayar parking sebab benda tu auto sensor. kalau macam tu payah la kena bayar siap2 sebelum masuk parking. Jika encik ada maklumat berkaitan dengan hal ini, saya harap encik boleh berikan maklumbalas.

      Reply
      • admin on 25/05/2025 7:59 am

        alamak, saya baru tahu dan first time dengar benda ni. Nanti saya ambil tahu pasal benda ni. Puan, boleh Whatsapp saya x di 017-4836797. Saya nak puan beri snapshot bayaran parking pada 2.53.30 PM dan slip saman parking pada 2.53.11 P.M boleh x

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini

    Beli Alat Ganti Kereta Mudah Secara Online

    15/06/2025

    Buat Duit Online Dengan YouTube Shopping Shopee

    05/06/2025

    Submit Loan Bank Melalui Saya Untuk Semak Kelayakan

    22/05/2025

    Tukar Engine Mounting Untuk Kurangkan Enjin Bergegar

    22/05/2025
    © 2025 BeliKeretaBaru. Designed by BeliKeretaBaru.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Ad Blocker Enabled!
    Ad Blocker Enabled!
    Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker.