Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Tempat Menarik

    2 Hari 1 Malam Di Bayu Lestari Island Resort

    adminBy admin13/11/2021Updated:20/10/2024No Comments7 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Bila kerajaan mula melonggarkan sekatan negeri, boleh rentas negeri dan industri perlancongan mula dibuka. Maka sudah tentulah ramai rakyat yang mahu pergi bercuti di dalam negara. Saya sendiri sudah 2 tahun tidak boleh balik ke kampung. Dan kebenaran rentas negeri ini saya manfaatkan untuk balik ke kampung dan membawa mak dan ayah untuk bercuti. Dan tempat percutian yang saya maksudkan adalah di Pulau Babi Besar yang menempatkan Bayu Lestari Island Resort. Saya kongsikan sedikit kisah dan pengalaman saya ke sana. Jom baca.

    Pada awalnya kami hendak ke Tunamaya Beach & Spa Resort di Desaru Johor. Temanya adalah kami inginkan suasana ala ala “Resort” dan “Pantai”. Tetapi kami belum pernah ke pulau dan menikmati air laut pantai yang cantik dan jernih. Jujur cakap belum pernah. Pantai Batu Ferringhi Penang pun tidak secantik ini. Jadi kami memilih Bayu Lestari Island Resort yang terletak di Pulau Babi Besar. Saya sendiri tidak pasti kenapa nama pulau terbabit seperti itu. Dan ada yang menyatakan nama terkini pulau tersebut adalah Pulau Besar Johor. Yang pasti, kedua dua nama tersebut merujuk kepada pulau yang sama. Jelas ya.

    Bot feri di Jeti Mersing untuk ke Pulau Babi Besar Mersing Johor
    Bot feri di Jeti Mersing untuk ke Pulau Babi Besar Mersing Johor

    Pengalaman Bercuti Ke Bayu Lestari Island Resort Mersing Johor

    Pulau Besar ini terletak di perairan Mersing Johor. Dengan kata lain, untuk ke Pulau Babi Besar ini, anda perlu menaiki Jeti Mersing (Mersing Harbour Centre). Jeti Mersing ini adalah jeti yang menghubungkan Pulau Tioman, Pulau Rawa, Pulau Pemanggil dan Pulau Besar. Kalau anda hendak ke salah satu pulau ini, maka Jeti Mersing adalah tempat yang harus anda tuju. Jelas ya. Walaupun saya orang Johor, ini adalah pengalaman pertama kali saya untuk ke pulau yang terletak di Mersing Johor. Baru tahu kewujudan pulau cantik yang ada dan wujud di Johor.

    Cantiknya permandangan pantai di Pulau Besar Mesing
    Cantiknya permandangan pantai di Pulau Besar Mesing

    Pulau Besar ini dikendalikan oleh Bayu Lestari Island Resort. Dengan kata lain, kalau anda hendak bercuti ke Pulau Babi Besar, antara resort yang perlu anda cari untuk booking tempah bilik penginapan di Agoda misalnya, anda kena membuat carian resort yang bernama “Bayu Lestari Island Resort” ini ya. Oleh kerana ini adalah pengalaman percutian pertama saya ke “pulau”, jadi saya mahu kongsikan jenis jenis kos yang terlibat yang perlu anda sedia supaya anda tidak terkejut dengan wang yang perlu anda keluar dan belanjakan. Harap baca betul betul ya.

    View di jeti Pulau Babi Besar Mesing pun sangat cantik
    View di jeti Pulau Babi Besar Mesing pun sangat cantik

    Senarai Kos Percutian Pulau Besar Johor

    1. [ BayuLestariIslandResort ] – kami membeli tiket penginapan di Bayu Lestari Island Resort melalui Agoda dengan harga RM510 untuk 2 hari 1 malam.
    2. Kos Bot (pergi & balik) – RM100 seorang untuk dewasa dan RM90 seorang untuk kanak kanak bawah 12 tahun. Percuma bawah 2 tahun.
    3. Kos Makanan – RM80 seorang untuk dewasa dan RM65 seorang untuk kanak kanak bawah 12 tahun. Percuma bawah 2 tahun. Makanan termasuk makan tengah hari (lunch), makan malam (dinner) dan sarapan pagi (breakfast).

    Bilik resort yang kami pilih berharga RM510 semalam ini menawarkan 5 buah katil single. Oleh kerana kami hanya berlima sahaja ke sini, maka pakej bilik inilah yang kami ambil. Di Agoda, pakej bilik ini dipaparkan sebagai “Villa” dan sesuai untuk family.

    Permandangan luar untuk ke tempat makan di Bayu Lestari Island Resort
    Permandangan luar untuk ke tempat makan di Bayu Lestari Island Resort

    Untuk pergi ke pulau perlu menaiki bot atau feri. Maka kos ini ditanggung oleh kita sendiri. Saya pergi ke resort Bayu Lestari ini dengan 3 dewasa dan 2 kanak kanak. Jadi kos bot adalah RM100 x 3 = RM300 untuk dewasa. RM90 x 2 = RM180 untuk kanak kanak. Kos keseluruhan bayaran bot pergi balik adalah RM300 + RM180 = RM480.

    Tempat makan di Bayu Lestari Island Resort
    Tempat makan di Bayu Lestari Island Resort

    Di Pulau Babi Besar ini tidak terdapat kedai atau restoran makanan. Pakej penginapan bilik di Bayu Lestari Island Resort ini juga tidak di datangkan sekali dengan sarapan percuma. Maka pakej makanan yang ditawarkan adalah seperti ini iaitu makan tengah hari, makan malam dan juga sarapan pagi. Jadi kos makanan adalah RM80 x 3 = RM240 untuk dewasa. RM65 x 2 = RM130 untuk kanak kanak. Kos keseluruhan untuk makanan sepanjang 2 hari 1 malam adalah RM240 + RM130 = RM370.

    Rumah bilik tidur di Bayu Lestari Island Resort Mersing Johor
    Rumah bilik tidur di Bayu Lestari Island Resort Mersing Johor

    Jumlah keseluruhan perbelanjaan saya di Bayu Lestari Island Resort untuk 3 orang dewasa dan 2 kanak kanak selama 2 hari 1 malam adalah RM510 (bilik) + RM480 (bot) + RM370 (makanan) = RM1360. Oleh kerana ini adalah percutian ke pulau saya yang pertama, maka saya sendiri sebenarnya agak terkejut dengan kos wang yang perlu saya keluar dan belanjakan. Dari sisi lain, percutian seperti ini memberikan saya lebih banyak info berkenaan perbelanjaan yang saya perlu tahu kalau ingin bercuti lagi ke pulau yang lain seperti ini.

    Sangat sesuai bawa family keluarga di Bayu Lestari Island Resort
    Sangat sesuai bawa family keluarga di Bayu Lestari Island Resort

    Bagaimana dengan pengalaman percutian di Pulau Besar ini? Adakah Pulau Babi Besar ini berbaloi untuk bercuti santai bersama keluarga? Kita ketepikan dahulu soal kos ya. Kalau anda tanya saya, percutian ke pulau pulau seperti ini biasanya hanya untuk anda yang sukakan permandangan dan juga suasana pantainya sahaja. Bagi saya, resort di Bayu Lestari ini adalah hampir sama sahaja dengan resort yang lain. Mungkin sedikit “kurang” menyerlah bagi saya. Ada banyak aspek yang boleh ditambah dan diperbaiki lagi. Saya berikan skor 7/10.

    Air pantai Pulau Besar Johor yang jernih dan cantik
    Air pantai Pulau Besar Johor yang jernih dan cantik

    Berkenaan resort Villa dengan 5 katil yang kami dapat bagi saya juga kurang menyerlah. Tiada ciri wow. Pengalaman tidur tidak ada masalah. Sedap dan selesa. Ada kipas dan juga aircond. Bilik air pun kurang wow bagi saya. Saya boleh katakan ianya biasa biasa sahaja. Saya berikan skor 6.5/10.

    Ada satu benda yang saya agak berpuas hati di Bayu Lestari Island Resort ini iaitu pantainya. Pantainya bersih, jernih dan boleh nampak ikan. Kawasan pantai pula agak landai. Jadi kawasan pesisir pantai boleh kita berjalan dan berenang agak jauh dan tanpa bimbang air pantai menjadi dalam secara tiba tiba. Jadi seronoklah dapat bermandi manda di pantai. Boleh dikatakan pengalaman berenang dan mandi manda di pantai yang bersih, jernih dan cantik merupakan pengalaman yang paling berbaloi jika anda menginap ke sebuah pulau seperti ini. Saya berikan skor 8.5/10.

    Bergambar kenangan percutian di Bayu Lestari Island Resort
    Bergambar kenangan percutian di Bayu Lestari Island Resort

    Sebelum saya terlupa. Kos kos yang saya kongsikan di atas ini adalah dari pengalaman saya bercuti selama 2 hari 1 malam sahaja. Kalau anda bercuti minima 3 hari dan 2 malam, biasanya orang akan mengambil pakej tambahan yang lain seperti Island Hopping, Snorkeling dan lain lain. Seperti biasalah, pakej tambahan ini memerlukan anda mengeluarkan lebih bajet belanja. Saya secara peribadi lebih menyarankan anda untuk mengambil percutian minima selama 3 hari dan 2 malam untuk lebih merasai pengalaman bercuti di sebuah pulau kerana lebih berbaloi dan cukup masa untuk anda melakukan pelbagai aktitivi yang ada.

    Review saya berkenaan pengalaman bercuti di Bayu Lestari Island Resort ini adalah berdasarkan pengalaman sepanjang 2 hari 1 malam SAHAJA. Dan masa yang pendek ini tidak memungkinkan saya untuk mengambil pakej lain untuk aktiviti tambahan yang saya sebutkan tadi. Untuk masa yang pendek, saya boleh katakan percutian ini sangat sesuai untuk keluarga. Kalau anda sukakan pantai, maka pantai di Pulau Besar Mersing ini adalah berbaloi untuk anda cuba.

    Persediaan Ketika Travel Dengan Kenderaan

    • Insurans Kemalangan (Personal Accident/PA) – pampasan ketika berlaku kemalangan
    • Medical card – untuk bantuan perlindungan kos perubatan
    • Servis Kenderaan – sila pastikan kenderaan anda seperti kereta melakukan proses servis asas bagi menjamin tahap optimum ketika anda travel dengan kenderaan sendiri
    • Wise Malaysia – aplikasi money exchange online. Boleh beli & tukar currency matawang mudah ketika di luar negara

    Sebenarnya apabila kita berjalan jalan travel samada dalam negara atau luar negara dengan kenderaan. Kereta wajib kena servis terlebih dahulu. Kemudian, risiko seperti jatuh sakit atau kemalangan (accident) juga boleh berlaku. Risiko tinggi yang saya maksudkan adalah dari segi beban kewangan. Dan beban kewangan ini dapat kita kurangkan dengan adanya bantuan perlindungan seperti di atas ini. Orang kata, sediakan payung sebelum hujan. Inilah maksudnya. Lebih baik ada buat preparation berbanding tidak buat apa apa. Dan kisah saya bercuti ke Pulau Besar Mersing dan bawa keluarga ini pun kena fikirkan tentang safety dari segi keselamatan dan juga kewangan. Seronok seronok juga. Cuma kena beringat. BYE!!!.

    Bayu Lestari Island Resort Bayu Lestari Island Resort Mersing Percutian Bayu Lestari Island Resort Pulau Babi Besar Pulau Babi Besar Johor Pulau Babi Besar Mersing
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Taman rama rama Entopia Penang

    Bawa Anak Ke Entopia Penang Butterfly Farm

    31/07/2022
    Ruangan bilik premium hotel Lexis Suites Penang

    Tidur 1 Malam Di Hotel Lexis Suites Penang

    18/08/2020
    Bergambar di hadapan Masjid Kristal Terengganu

    Pengalaman Ke Masjid Kristal Kuala Terengganu

    20/06/2018
    Gambar kedai yang menjual keropok lekor losong di Terengganu

    Keropok Lekor Dan Keropok Losong Terengganu

    19/12/2017
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.