Semalam saya ke kedai MyTukar. Dan di depan kedai tertera perkataan “powerd by Carro”. Dan saya juga perasan yang iklan MyTukar telah ditukar kepada “Carro” di laman Paultan.org. Dan perasan perkara ini sejak setahun lalu cuma tidak faham kenapa ianya jadi begitu. Setelah membuat sedikit bacaan barulah saya faham rupa rupanya syarikat Carro telah membeli atau mempunyai pegangan di dalam syarikat MyTukar. Dengan kata lain, MyTukar telah dikuasai atau telah di rebranding kepada Carro. Harap maklum ya. Di Malaysia, laman web “marketplace” jual beli kenderaan terpakai dikuasai MyTukar. Dan syarikat Carro adalah sebuah syarikat dari Singapore dan membeli pengangan terhadap…
Author: admin
Sejak kerajaan amalkan dasar pemberian AP secara terbuka mulai 1 Julai 2024, saya lihat kedai yang mengimport kenderaan terpakai dari UK dan Japan tumbuh bagaikan cendawan. Bila penawaran kenderaan recond mula banyak, maka kedai kedai kereta recond akan bersaing secara sihat. Dan sudah tentu kereta import terpakai yang ditawarkan adalah dari jenis berkualiti tinggi dan tidak lagi boleh menipu pengguna. Sudah ada banyak saluran untuk buat semakan samada kereta tersebut baik kondisinya atau tidak. Bagaimana dengan gred? Ketika saya awal awal mula terlibat dalam dunia jual beli kereta recon, saya cuma tahu gred yang digunakan adalah dari 1.0 – 5.0…
Baru baru ini saya sempat bersembang dengan owner kedai kereta recond HM Falah dan bertanya beberapa perkara. Saya adalah ejen broker kepada dealer kedai kereta recond di Bangi Selangor. Oleh kerana saya tinggal di Pulau Pinang, maka saya perlukan 1 lagi dealer kedai kereta yang menjual kenderaan import terpakai untuk lebih penawaran kepada customer di Penang. Maka saya tanya kepada founder HM Falah untuk mendapatkan kepastian dan dalam masa yang sama saya sendiri mahukan supplier kereta recon yang trusted iaitu yang boleh dipercayai. Dan ini ada kaitan dengan tajuk kita berkenaan “Chassis Number”. Pertama sekali, apa itu Chassis Number? Nombor…
Dulu saya memang tidak kenal dengan “kereta recond”. Saya tidak faham perbezaan antara kereta terpakai yang dijual di dalam pasaran Malaysia dengan kereta terpakai jenis import. Hanya selepas teribat aktif dalam dunia jual beli kereta recond, baru tahu tentang industri yang disebut sebagai kenderaan recon ini. Dan dari sini baru kenal dengan KERETA RECOND RARE yang memang tidak ada dijual di dalam market Malaysia kecuali kena bawa masuk secara import. Anda berminat ingin tahu? Rakan sekerja isteri saya ada beli Toyota Voxy. Isteri sempat naik beberapa kali untuk pergi makan tengah hari. Pengalaman beliau menaiki kereta Voxy adalah memuaskan. Memang…
Salam kepada pembaca. Anda dari Pulau Pinang? Sedang mencari kereta recon yang premium dan berkualiti? Anda mahu tahu tentang kedai pengimport (dealership) yang trusted dengan dokumen import kenderaan terpakai boleh dipercayai? Jika ya, anda berada di halaman yang betul dan saya perkenalkan anda dengan kedai import kereta terpakai (reconditoned car) dari HM FALAH!!. Pernah dengar? Kalau belum, mari saya jelaskan secara ringkas. HM Falah pada awalnya adalah sebuah Top 10 Agency dalam Liberty Insurance dan juga Top Market Agent dalam Etika General Takaful. Dan HM Falah berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang insurans. Kemudian HM Falah telah berjaya mendapatkan…
Saya ada sebuah kereta Proton Preve keluaran tahun 2013. Dan saya berhasrat untuk menjual kereta ini pada tahun hadapan iaitu tahun 2025. Saya buat survey untuk mencari di mana kedai used car yang sesuai untuk saya pergi dan jual. Oleh kerana saya sudah lama dengar tentang “CARSOME”, maka saya hadir ke pejabat Carsome untuk meminta mereka memberikan sedikit info maklumat tentang Carsome itu sendiri dan kenapa saya perlu untuk jual kereta saya di Carsome berbanding kedai used car yang lain. Saya hendak tahu pro dan con. Soalan pertama saya adalah, apa kelebihan jual kereta di Carsome berbanding kedai used car.…
Saya kerap menghantar kereta untuk dicuci di kedai car wash. Dan selalu nampak banner iklan promosi berkenaan polish, wax, coating dan car detailing. Cuma saya kurang tertarik untuk ambil tahu berkenaan servis berkenaan. Mungkinlah saya akan ambil tahu kalau kereta saya kereta mahal atau sebuah kereta baru. Namun sejak banyaknya iklan dan promosi sana sini berkenaan servis perkhidmatan seperti ini, jadi saya mula hendak ambil tahu berkenaan apa itu dan perbezaaan antara polish, wax, coating, PPF dan juga detailing. Jom teruskan membaca. Kedai yang menjalankan dan menyediakan servis seperti polish, wax, coating, PPF dan car detailing ini sebenarnya adalah sebuah…
Dulu, saya pun tergiur dengan tawaran promosi harga murah. Bila ada orang jual murah, terus mahu sambar. Bila sudah semakin dewasa, pengalaman memang memberikan satu kelebihan. Sebab itulah orang kata, orang tua atau orang lama lebih banyak makan garam dari kita. Walaupun bukan semuanya betul, tetapi kebanyakkannya memang betul. Sama seperti cerita dan kisah jual beli kereta terpakai. Kalau lihat ada orang jual kereta dengan harga murah banyak dari orang lain, terus hendak cepat cepat grab dan beli. Betulkah kaedah ini? Bak kata orang putih, “Too Good To Be True”. Iaitu benda yang nampak macam bagus belum tentu betul. Kita…







