OneCENT adalah produk aplikasi mobile yang berkonsepkan teknologi kewangan (Fintech) yang berlandaskan ekosistem digital dan kewangan bebas tunai (cahsless). OneCENT memperkenalkan konsep ini kepada komuniti dan menggalakkan mereka melakukan pembayaran tanpa tunai. Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperkenalkan Financial Technology Enabler Group (FTEG) yang mana salah satu dari syarikat FTEG ini adalah dengan terhasilnya OneCENT. OneCENT terhasil dari kerjasama antara syarikat MOBILITYONE dengan TFP SOLUTION BHD. Saya tidak berhasrat untuk bercerita panjang lebar berkenaan 2 syarikat ini. Kalau anda faham tentang IoT, AI, Deep Learning, robotic, block-chain, mobile apps, rangkaian 5G, 6G dan semua ini adalah kunci dalam rantaian teknologi…
Author: admin
Saya teringat kisah 15 tahun lalu masa zaman zaman belajar di Universiti. Masa itu kami kalau hendak berjalan ramai ramai dengan kawan mesti kena sewa kereta. Dan pada zaman tersebut juga, bisnes sewaan kereta memang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Di sana sini semua ada. Cuma kena ada duit sahaja. Kemudian masuk ke zaman pekerjaan, rakan sekerja saya masih ada yang buat duit dan menjana pendapatan dengan bisnes kereta sewa ini. Mudah cerita bisnes ini masih ada permintaan. Kemudian datang Uber dan kini diganti pula dengan GrabCar iaitu GRAB. Dan sehingga ke saat ini, kalau anda ingin buat duit dan…
Adakah anda seorang pembeli kereta yang sangat menitik beratkan jumlah bayaran bulanan loan kereta yang paling murah yang anda boleh dapat? Sebab ramai sahaja orang diluar sana tidak berapa kisah kena bayar berapa kerana beranggapan perbezaan bayaran loan kereta antara bank adalah perbezaan yang kecil sahaja. Janji lulus loan dan dapat beli kereta baru dengan mudah. Jika anda dari jenis yang memang mahukan loan kereta yang paling murah dan jimat bayaran bulanan, jom saya kongsikan panduan cara untuk semak dan banding loan kereta secara online dengan mudah. Berminat? Perbezaan bayaran bulanan (monthly installment) sangat sangat bergantung dengan kadar interest rate…
Anda sedang mencari kerja? Ada ilmu dan pengalaman dalam dunia automotif kenderaan? Kalau ya, saya jemput anda untuk menjadi seorang rider iaitu seorang runner untuk tukar bateri kenderaan secara on-demand. Dan peluang kerja kosong ini ada di dalam syarikat yang bernama bateriku.com. Ianya sebuah syarikat bumiputera yang sudah bertapak lebih dari 10 tahun. Dan syarikat ini adalah salah satu syarikat yang kekal teguh dengan penawaran servis perkhidmatan mereka sehingga kini. Berminat? Kenapa saya mahu berkongsikan dengan anda tentang peluang buat duit dan menjana pendapatan sebagai runner untuk tukar bateri kenderaan? Jom baca kisah saya bersama BHero yang telah membantu saya…
Adakah anda pernah dengar tentang cara beli kereta dengan menggunakan emas? Jika ya, adakah anda faham tentang teknik tersebut? Dan jika tidak, jom saya kongsikan sedikit idea, panduan dan sebab kenapa ianya adalah salah satu tips yang boleh anda cuba lakukan jika anda berminat. Dan teknik beli kereta guna emas ini ada kebaikkan dan keburukkan. Kalau anda tanya saya, saya sendiri memang berminat melakukannya jika suatu hari nanti saya beli kereta baru. Jom baca perkongsian saya. Rasanya semua orang tahu kalau beli kereta, pasti kereta akan jatuh harga. Dan semua juga orang tahu, kalau beli emas, pasti harga emas akan…
Sejak Bank Negara Malaysia (BNM) keluarkan garis panduan tentang pakej yang berkaitan dengan insurans perlindungan kesihatan, ramai yang bising sebab bimbang bayaran bulanan akan jadi lebih mahal dan limit coverage akan semakin dikecilkan. Di dalam panduan tersebut, ada dinyatakan tentang co-deductible dan co-takaful. Dan ada juga dinyatakan tentang cost sharing medical card. Saya sebagai ejen We Kongsi memang ramai yang menganggap berita ini suatu yang positif kepada program yang kami sertai walaupun ramai pengguna medical card bimbang dengan impak tersebut. Kenapa? Biar saya cerita satu persatu. Tahukah anda bahawa inflasi di dalam program perlindungan kesihatan atau mudah cerita insurans medical…
Di Malaysia, Proton berada di dalam senarai tempat ke-2 dalam jumlah jualan kenderaan penumpang yang paling ramai dicari dan dibeli. Dengan kata lain, rakyat Malaysia sangat meminati kereta keluaran Proton. Dan salah satu model kereta Proton yang paling ramai orang beli adalah Proton Saga. Kereta ini dijual dengan harga kereta Proton yang paling murah. Dengan kata lain, ianya adalah sebuah kenderaan yang sangat sesuai dan dekat dengan rakyat marhaen kebanyakkan. Anda seorang pengguna kereta terpakai? Berminat hendak tukar dan beli kereta baru atau baru pertama kali hendak beli kereta. Dan Proton adalah salah satu pilihan anda? Dan anda mahu mencari…
Saya telah mendapat pertanyaan tentang senarai harga kereta Perodua terkini untuk carian di dalam blog website ini. Dan sudah tentulah carian dan pertanyaan ini datangnya adalah dari individu yang telah menggunakan kereta terpakai sejak dulu, atau dari individu yang ingin tukar dan beli kereta baru atau dari individu yang pertama kali mahu beli kereta. Jadi hendak tahu apakah harga sebuah kereta baru sekarang berbanding dulu. Dan kereta Perodua adalah salah satu pilihan yang paling banyak dicari. Kenapa? Syarikat Perodua telah berjaya membina brand jenama untuk sebuah kereta yang baik dan memberikan value added kepada pengguna. Jarang rosak, jimat minyak dan…







