Semalam saya telah mendapat Whatsapp dari sales advisor (SA) kereta MG berkenaan starting next month iaitu bulan 8 (August 2024), pihak bank tidak lagi menawarkan pinjaman penuh loan kereta. Dengan kata lain, selepas ini tidak lagi boleh dapatkan pembiayaan kereta jenis full loan. Paling tinggi pun boleh dapatkan pinjaman setinggi 90% loan kereta sahaja. Berita yang saya sendiri terkejut tetapi tidak pelik. Mesti ada sebab kenapa pihak kerajaan dan pihak bank berbuat demikian. Semuanya mesti kembali kepada data data yang diperoleh. Apakah data tersebut? Ianya adalah dari amalan penjual kereta yang menjual kereta secara markup harga. Rasanya anda sebagai pembeli…
Author: admin
Saya baru sahaja membaca keratan akhbar mengenai data kemalangan jalan raya yang sudah pasti melibatkan kenderaan yang bernama KERETA. Dari perkongsian data tersebut menunjukkan sebanyak hampir 600 ribu kemalangan telah direkodkan sepanjang tahun 2023. Sedikit atau banyak? Itu baru tentang kemalangan yang melibatkan kerosakan kenderaan. Bagaimana dengan yang melibatkan kematian? Dan bagaimana pula dengan keadaan kereta eksiden tersebut? Total loss? Boleh pakai lagi? Boleh baiki lagi? Atau boleh dijual semula? Macam mana hendak tahu? Kereta Proton Wira aeroback milik adik saya pernah accident. Dan ayah mengatakan yang kereta tersebut diklasifikasikan sebagai total loss. Dan adik terus scrap sahaja kereta tersebut…
Saya baru sahaja berkongsikan tentang kereta Perodua Ativa dan kali ini izinkan saya untuk menulis dan berkongsikan tentang kereta Perodua Aruz pula. Ada kaitan antara satu sama lain ke? Ya memang ada! Kalau Perodua Ativa adalah sebuah SUV 5 tempat duduk, manakala Perodua Aruz pula adalah SUV dengan 7 tempat duduk (7-seaters SUV). Dengan kata lain, di dalam lineup model kereta SUV keluaran Perodua, ada 2 variant yang boleh anda pilih yang bersesuaian dengan kehendak dan kewangan anda. Jom pilih!!!. Perodua Aruz adalah sebuah kereta Perodua di dalam line up keluaran Perodua. Ianya adalah sebuah kereta dalam segmen SUV yang…
Perodua Ativa adalah sebuah kereta baru Perodua di dalam line up keluaran Perodua. Ianya adalah sebuah kereta dalam segmen SUV yang kecil. Mula mula terfikir juga kenapa perlukan Ativa jika perodua sudah ada Alza dan juga Aruz. Rupa rupanya Alza adalah dalam segmen MPV. Dan Aruz pula dalam segmen SUV 7 seaters. Jadi perodua memerlukan segmen suv yang lebih kecil maka terhasillah Perodua Ativa baru 5-seaters SUV. Dan ketika ianya dilancarkan terjadi isu kecil berkenaan keupayaan kereta ini. Kenapa? Untuk maklumat anda, Perodua Ativa adalah sebuah kereta jenis “SUV” tetapi kapasiti enjin yang ditawarkan adalah sebesar 1.0L sahaja. Setakat ini,…
Semalam ketika memandu untuk balik kerja, saya telah di telefon oleh isteri berkenaan kereta beliau tidak boleh start. Kereta tidak boleh dihidupkan selepas mengambil anak dari sekolah. Jadi masalah juga sebab saya sendiri masih jauh dari perjalanan pulang dan hari pun sudah masuk waktu maghrib. Isteri pada awalnya ingin meminta bantuan kedai bengkel kereta tetapi siapa yang mahu layan permintaan kita? Hari sudah malam untuk mencari, beli dan tukar bateri kereta. Saya dalam dilema. Tiba tiba saya teringat dengan Bateriku.com. Saya pernah menulis berkenaan servis perkhidmatan yang mereka tawarkan di laman website blog yang lain. Saya pun terus mencari nombor…
Kereta “SMART” adalah sebuah kenderaan elektrik jenis sub-compact dengan kerjasama antara Mercedes Benz dan juga Geely Holding Group. Masing masing memegang pegangan syarikat ini sebanyak 50% & 50%. Jadi tahulah kita bahawa kereta elektik jenama Smart yang ada di pasaran sekarang adalah kereta buatan Jerman dan juga China. Saya sendiri pun baru tahu setelah ambil tahu tentang syarikat ini selepas majlis pelancaran kereta Smart#3. Dulu saya ingatkan kereta Smart#1 adalah sebuah brand kereta di bawah anak syarikat Mercedes Benz semata mata kerana ada logo “Brabus”. Maklumlah perkataan Brabus adalah sinonim dengan Mercedes Benz. Rupa rupanya Brabus adalah sebuah syarikat tuning…
Pertama sekali kena faham APA ITU SCRUT? Scrut adalah singkatan kepada perkataan “scrutinising” yang membawa maksud melakukan pemeriksaan (examine) dan juga selidik (inspect). Scrut adalah platform yang menawarkan servis mendapatkan report laporan berkenaan sejarah lelongan kereta recond dan juga kereta terpakai di Malaysia. Dan dalam masa yang sama Scrut juga menawarkan servis untuk membuat pemeriksaan lanjut terhadap kereta terpakai yang anda beli dengan lebih detail, lengkap dan terperinci. Scrut Kereta Recond (Auction report) – Bila anda ingin membeli kereta recond, majoriti kereta import terpakai ini datangnya dari pusat lelongan di Jepun. Dan sudah tentulah kereta yang dilelong di sana ada diberikan…
Saya pernah menggunakan kereta baru Perodua Viva. Dan selepas itu saya beralih kepada Proton Saga BLM. Dan sekarang saya menggunakan Proton Preve. Apa yang saya boleh cerita dari pengalaman memiliki beberapa jenis kereta? Memang ada kereta yang jimat minyak dan memang ada kereta yang kuat guna minyak. Lagi lagi kos minyak petrol akan lebih terasa kepada mereka yang gunakan kereta secara harian untuk ulang alik ke tempat kerja. Kerajaan bermula tahun 2024 telah melakukan proses rasionalisasi subsidi minyak. Minyak diesel telah pun di hapuskan subsidi, akibatnya harga diesel terus melonjak menjadi RM3.35 seliter. Minyak petrol RON95 masih lagi diberikan subsidi…







