Kereta elektrik (Electric Vehicle EV) buatan China yang paling popular adalah dari syarikat automotif Beyond Your Dream (BYD). Dan ya, kereta ini memang ada dipasarkan di Malaysia. Kalau anda berminat untuk beli kereta BYD baru secara online, anda boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut ya. Saya akan pass anda kepada sales advisor BYD yang berdekatan dengan tempat anda. Dan kali ini kita akan bercerita mengenai kereta BYD Sealion 7. Jom teruskan membaca.
Pertama sekali anda kena faham yang BYD Sealion 7 adalah sebuah kereta dalam kategori SUV. Ia bukan kereta sedan, hatchback mahupun kereta mpv. Dan segmen kereta BYD Sealion 7 ini adalan dalam kelas D-Segment. Memang sangat besar lah. Lebih besar dari Honda CR-V yang cuma dalam kes segmen C. Dan kenderaan yang sesuai di bandingkan dengan BYD Sealion 7 adalah dari kereta Tesla Model Y. Tesla model Y adalah C segment tetapi sedikit lebih besar berbanding Honda CR-V. Jelas ya.

Harga & Bayaran Bulanan BYD Sealion 7
Ok, bila bercakap tentang kereta elektrik iaitu kenderaan EV. Apa yang patut kita lihat? Rekaan design luaran (exterior) dan dalaman (interior) samada cantik atau tidak adalah perkara yang subjektif. Kalau zaman kereta petrol, kita akan bercerita mengenai power output dari enjin, kotak gearbox dan penjimatan minyak petrol. Zaman kereta elektrik pula, kita akan bercakap mengenai power output dari motor yang digunakan dan, kapasiti bateri yang ditawarkan, jarak perjalanan jika bateri penuh dan tempoh masa mengecas. 4 perkara inilah yang harus kita lihat jika hendak beli dan guna kereta elektrik.

Spesifikasi BYD Sealion 7 Malaysia
- Motor : Single Permanent Magnet Synchronous Motor (PMSM)
- Power Output ;
- Premium : 230kW (308HP/380Nm)
- Performance : 390kW (523HP/690Nm)
- Power Output ;
- Gearbox : Single Speed Automatic transmission
- Segmen : SUV segmen-D
- Jarak Roda : 2930mm
- Panjang : 4830mm
- Lebar : 1925mm
- Tinggi : 1620mm
- Luas Bonet : 500L
- Airbag : 9 Beg Udara
- Safety Features : ABS, EBD, BA, ESC, TCS, HHA & ADAS
- Berat : 2340KG
- Battery Capacity & Range ;
- 82.56 kWh (454 KM) untuk varian performance
- 82.56 kWh (480 KM) untuk varian premium
- Charging Speed ;
- DC : 150kW : 10-80 % dalam masa 32 minit
- AC : 11kW
Dari spesifikasi yang BYD Sealion 7 tawarkan adalah berbaloi. Dan jarak range perjalanan untuk setiap kali pengecasan penuh (full charge) pun berjaya melebihi panas minima iaitu lebih dari 400KM. Sistem keselamatan iaitu safety features yang ada pun berbaloi termasuk dengan 9 beg udara. Dan sudah tentulah untuk pengalaman pemanduan dengan enjin berkuasa anda perlu memilih BYD Sealion 7 versi prestasi iaitu performance kerana menawarkan power output yang lebih tinggi.

Variant & Harga BYD Sealion 7 Malaysia
- BYD Sealion 7 (Premium) : RM183,800
- BYD Sealion 7 (Performance) : RM199,800
Di atas ini adalah harga untuk 2 jenis variant BYD Sealion 7 yang ditawarkan di Malaysia. Masih di bawah RM200K. Sedangkan pencabar kereta BYD Sealion 7 yang paling terdekat iaitu Tesla Model Y di tawarkan pada harga RM195,450 dan juga RM242,450.

Kelebihan BYD Sealion 7 Malaysia
- Menggunakan bateri jenis Blade lithium iron phosphate (LFP)
- 10.25-inch digital instrument cluster
- 15.6-inch central touchscreen display
- Panoramic glass roof
- NFC key card
- PM2.5 air purification system
- 4 USB ports
- Wireless Apple CarPlay and Android Auto
- 50 watt wireless mobile charger
- 12-speaker Dynaudio sound system
- 9 airbags
Dan antara perkara yang bakal pembeli lihat sebelum mereka memilih untuk membeli kereta tersebut adalah tentang kelebihan yang ditawarkan. Dari perkongsian di atas ini, jelas menunjukkan BYD Sealion 7 adalah berbaloi untuk dibeli dan dimiliki. Rasanya pengalaman duduk di dalam ruangan kabin untuk sebuah BYD Sealion 7 ini adalah pengalaman yang selesa dan menyeronokkan.
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.
Dan perkara akhir yang paling penting juga adalah dari segi pengalaman pemanduan. Apabila anda beli sebuah kereta baru, majoriti dari kita akan beli dengan membuat pinjaman loan bank. Dan sudah tentulah ramai dari kita akan buat pilihan samada mahu bayar monthly installmen selama 7 tahun atau 9 tahun. Jadi sila ke showroom dan buat pandu uji iaitu test drive terlebih dahulu. Jika ianya selesa dengan anda, baru teruskan pembelian. Jika anda berminat untuk beli kereta BYD Sealion 7 ini, sila hubungi saya sekarang melalui link Whatsapp ini. BYE!!!.