Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Beli Perodua Ativa Baru Secara Online
    Ativa

    Beli Perodua Ativa Baru Secara Online

    adminBy admin13/07/2024Updated:17/07/2024No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Perodua Ativa adalah sebuah kereta baru Perodua di dalam line up keluaran Perodua. Ianya adalah sebuah kereta dalam segmen SUV yang kecil. Mula mula terfikir juga kenapa perlukan Ativa jika perodua sudah ada Alza dan juga Aruz. Rupa rupanya Alza adalah dalam segmen MPV. Dan Aruz pula dalam segmen SUV 7 seaters. Jadi perodua memerlukan segmen suv yang lebih kecil maka terhasillah Perodua Ativa baru 5-seaters SUV. Dan ketika ianya dilancarkan terjadi isu kecil berkenaan keupayaan kereta ini. Kenapa?

    Untuk maklumat anda, Perodua Ativa adalah sebuah kereta jenis “SUV” tetapi kapasiti enjin yang ditawarkan adalah sebesar 1.0L sahaja. Setakat ini, hanya kereta Axia sahaja yang gunakan enjin 1.0cc. Jadi secara logiknya Perodua Ativa dengan body yang lebih besar dan berat, pastikan kurang berkeupayaan untuk membawa muatan yang lebih berat. Tetapi jangan lupa, trend sekarang banyak pengeluar kenderaan menghasilkan kereta dengan menggunakan kapasiti enjin yang lebih kecil untuk jimat minyak dan dalam masa yang sama meningkatkan keupayaan enjin dengan penggunaan TURBO!!!.

    Senarai Harga Dan Bayaran Bulanan Kereta Baru Perodua Ativa
    Senarai Harga Dan Bayaran Bulanan Kereta Baru Perodua Ativa

    Harga Perodua Ativa Baru

    Ya, perodua Axia adalah 1.0cc tanpa turbo. Tetapi Perodua Ativa adalah 1.0cc dengan turbo. Maka dalam kes Ativa, hendak cakap enjin kurang berkuasa adalah kurang tepat. Antara kereta yang sesuai dibandingkan dengan Ativa adalah Nissan Almera. Ini adalah kerana Nissan Almera baru hanya didatangkan dengan kapasiti enjin sebenar 1.cc turbo sahaja. Dengan kata lain, saiz enjin Ativa dan Almera adalah sama sahaja. Kalau kereta sedan Almera pun boleh bawa badan yang besar tanpa masalah, maka sudah tentulah Perodua Ativa baru pun tidak ada masalah.

    Kuasa (HP) & Torque (Nm)

    • Perodua Axia (non turbo)  – 67HP & 91Nm
    • Perodua Ativa (with turbo) – 98HP & 140Nm
    • Nissan Almera (with turbo) – 99HP & 152Nm

    Di atas ini saya kongsikan secara ringkas output kuasa enjin antara Perodua Axia, Perodua Ativa dengan Nissan Almera. Jadi anda akan faham perbezaan tersebut dan kenapa enjin 1.cc pada Ativa adalah relevan. Ok selesai bab enjin.

    Pandangan Hadapan Kereta Perodua Ativa Silver
    Pandangan Hadapan Kereta Perodua Ativa Silver
    Pandangan Belakang Kereta Perodua Ativa Silver
    Pandangan Belakang Kereta Perodua Ativa Silver
    Pandangan Hadapan Tepi Kereta Perodua Ativa Silver
    Pandangan Hadapan Tepi Kereta Perodua Ativa Silver
    Pandangan Belakang Tepi Kereta Perodua Ativa Silver
    Pandangan Belakang Tepi Kereta Perodua Ativa Silver

    Spesfikasi Kereta Perodua Ativa

    • 1.0 liter 1KR-VET VVT-i DOHC 3 silinder Turbo (98HP/140Nm)
    • Gearbox : D-CVT
    • Segmen : SUV 5-seaters
    • Jarak Roda : 2525mm
    • Panjang : 4065mm
    • Lebar : 1710mm
    • Tinggi : 1635mm
    • Luas Bonet : 303L
    • Airbag : 6 Beg Udara
    • Safety Features : ABS, EBD, TC, BA, VSC, HSA,
    • Berat : 1020KG
    • Tangki Minyak : 36L
    • Penggunaan minyak (fuel consumption) : 18.9KM per liter
    Pandangan Dashboard Dan Tombol Gear Kereta Perodua Ativa
    Pandangan Dashboard Dan Tombol Gear Kereta Perodua Ativa

    Kelebihan Perodua Ativa

    • Jimat minyak. Hanya guna 1 liter untuk 18.9KM jarak perjalanan kerana ada fungsi Eco Idle
    • Ciri keselamatan yang bagus
    • Sesuai untuk dijadikan kereta GRAB kerana faktor kereta jimat minyak petrol
    • Ada sistem ASA 3.0 (Advanced Safety Assist) untuk keselamatan ketika pemanduan

    Sekarang zaman kena beli kereta jimat minyak. Kenapa? Sebab harga minyak petrol sekarang pun RM2.00 untuk 1 liter. Ketika kerajaan akan menghapuskan subsidi minyak, maka harga minyak akan naik menjadi RM3 dan ke atas. Ketika ini berlaku, sudah tentulah ramai yang akan mula memilih untuk mencari dan membeli kereta yang jimat penggunaan minyak. Dan Perodua Ativa adalah salah satu darinya.

    Jom Submit Loan Perodua Ativa Online Sekarang!!!

    Apa offer dan promosi jika anda beli kereta baru online melalui saya? Sila klik dan baca dulu ya. Saya adalah ejen penjual kereta yang menjual kereta baru dari Proton, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi dan juga PERODUA!!!. Kenapa saya tuliskan beli kereta baru secara online? Maksudnya anda boleh untuk submit dokumen untuk tujuan check samada anda layak untuk lulus loan bank kereta atau tidak. Dan jika lulus, anda boleh datang ke showroom untuk melihat kereta sebelum bersetuju untuk sign loan agreement tersebut. Dan pihak kami juga boleh untuk hantar kereta baru tersebut ke terus rumah anda jika mahu.

    Submit Dokumen Melalui Whatsapp

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.

    Jika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan kereta Perodua Ativa baru ini, sila contact saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya boleh berikan gambar kereta, flyers, brochure, list harga termasuk berapakah bayaran bulanan yang dikenakan. Kalau anda ada apa apa pertanyaan berkenaan new Ativa ini atau model kereta selain Ativa juga boleh. Asalkan ianya berkenaan model kereta baru. Mesej sahaja saya melalui Whatsapp di atas ini ya. Owh ya, sebelum terlupa, anda juga boleh booking untuk test drive Perodua Ativa secara online melalui saya. Selamat membeli kereta Ativa baru. BYE!!!.

    Bayaran Bulanan Perodua Ativa Beli Perodua Ativa Gambar Perodua Ativa Harga Perodua Ativa Kereta Perodua Ativa New Perodua Ativa Perodua Ativa Perodua Ativa Baru Spesifikasi Perodua Ativa
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Seronoknya berjaya beli kereta baru Perodua Axia

    Beli Kereta Baru Paling Murah Bayaran Bulanan

    24/03/2025
    Contoh iklan promosi diskaun rebate akhir tahun kereta baru Perodua

    Promosi Hujung Tahun Kereta Baru Perodua

    16/11/2024
    Perbezaan harga kereta terpakai Bezza dan Saga untuk model tahun yang sama

    Kenapa Beli Perodua Bezza Berbanding Proton Saga

    13/11/2024
    Penggunaan minyak petrol fuel consumption kereta Perodua Axia

    Senarai Kereta Perodua Yang Paling Jimat Minyak

    11/10/2024
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.