Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru Wednesday, June 11
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Subscribe
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Beli Kereta Baru
    Home » Jual Motor Lama Tersadai Sebagai Besi Buruk
    Info

    Jual Motor Lama Tersadai Sebagai Besi Buruk

    adminBy admin08/04/2025Updated:11/04/20251 Comment4 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Telegram Email WhatsApp

    Kisahnya ayah saya dulu pernah membeli sebuah motorsikal Yamaha SS110 terpakai dari jiran. Biasalah orang dulu dulu kalau beli barang murah, proses jual beli di mudahkan dengan cakap cakap mulut sahaja. Cumanya proses pembelian tidak disertakan dengan proses tukar nama hak milik. Dan ayah pun tidak kisah sebab memang motor tersebut hendak digunakan untuk ulang alik ke tempat kerja sahaja dan kebetulan tempat kerja memang tidak jauh mana. 

    Masa berlalu dan akhirnya motor tersebut rosak. Jadi motosikal tersebut tersadai di halaman rumah. Dan ayah pun tidak berhasrat untuk membaikinya kerana sudah ada 2 lagi motorsikal yang masih boleh digunakan iaitu Honda Wave 125 dan Yamaha 100  Sport. Dan motorsikal buruk yang rosak ini diletakkan di halaman rumah saya. Dan sebab kenapa saya mahu jual motor buruk ini di kedai besi buruk kerana saya mahu jual rumah tersebut.

    Iklan jual motorsikal lama tersadai sebagai besi buruk
    Iklan jual motorsikal lama tersadai sebagai besi buruk

    Kedai Scrap Besi Motor Lama, Tersadai Lama, Buruk, Rosak Di Johor

    Ya, saya pernah berkongsikan cerita tentang jual kereta buruk di sini. Anda boleh klik dan baca. Ketika saya meminta pemilik kedai besi buruk untuk ambil kereta tersebut, saya memang tidak teringat tentang motorsikal lama yang juga ada di situ. Saya biar sahaja. Hanya selepas rumah tersebut saya mahu jual, maka saya perlukan seseorang untuk ambil dan buang motor buruk tersebut. Terus saya teringat dengan tauke kedai besi buruk dan nyatakan niat untuk menjual kepada beliau dan beliau bersetuju.

    Anda tanya saya berapa saya nak jual? Saya pun tidak pasti. Kalau dulu kereta butuk Proton Saga lama mereka ambil dengan harga RM700. Sudah pastilah motorsikal Yamaha SS110 yang sudah berkarat, rosak, tidak boleh start, coverset pecah, seat buruk dan bermacam macam lagi akan mereka ambil dan beli dengan harga murah.

    Jual motor lama buruk rosak murah murah
    Jual motor lama buruk rosak murah murah

    Mereka beli dengan harga RM200 sahaja. Saya tidak kisah kerana memang niat saya untuk melupuskan sahaja motosikal tersebut. Jadi kalau dapat duit sedikit pun sudah ok. Dengan kata lain, kalau anda ingin membuang motor buruk, rosak dan lama anda, lebih baik jual sahaja ke kedai besi buruk. Dapat juga hasil walaupun sedikit.

    Sebenarnya saya ada sebuah motorsikal Yamaha Nouvo yang sudah lama tersadai dan rosak di bengkel motosikal. Sudah bertahun lamanya. Bila saya tanya keadaan motor tersebut, ianya masih ada. Cuma sudah rosak dan barai. Banyak benda kena buat kalau mahu restore dan baiki semula motor berkenaan. Rasanya kos akan cecah ribuan ringgit yang mana pada akhirnya lebih berbaloi beli sahaja motor yang baru. Dalam kes macam ni, memang motor ini sesuai untuk dijual juga ke kedai besi buruk dari di buang dan dibiarkan.

    Saya di negeri mana? Kedai yang ambil dan beli motor dan kereta buruk di mana? Saya sudah 2 kali berurusan menjual kereta buruk dan motor lama dengan kedai besi buruk dari Kluang Johor. Jangan tanya kedai mereka di mana. Saya tidak tahu. Yang saya pasti, saya boleh call mereka dan boleh Whatsapp mereka untuk berurusan tanpa masalah. Dan mereka buat bayaran tanpa masalah.

    Motor Yamaha SS lama di jual sebagai besi buruk
    Motor Yamaha SS lama di jual sebagai besi buruk

    Adakah mereka legit? Jawapannya adalah ya. Mereka suka beli kereta atau motor lama yang gerannya atas nama kita sendiri. Jadi boleh tukar nama untuk melakukan urusan secara sah jika mereka mahu buat pindah milik jika kenderaan yang mereka beli itu masih boleh dibaiki dan digunakan oleh mereka. Gambar di atas ini adalah gambar sebenar motor Yamaha SS yang saya jual.

    IKLAN : Servis Yang Kami Ada

    • [ KeretaBaru ] – servis beli kereta baru melalui kami
    • [ DirectOwner ] – servis submit loan bank untuk beli kereta direct owner
    • [ JualCarsome ] – servis jual kereta di Carsome @ MyTukar (Carro)
    • [ BeliCarsome ] – servis beli kereta terus direct melalui staff di Carsome @ MyTukar (Carro)
    • [ BeliRecond ] – servis beli kereta import terpakai recond melalui kami
    • [ SCRUT ] – dapatkan laporan claim insurans kereta terpakai di sini
    • [ InsuransKereta ] – servis renew roadtax insurans kereta melalui kami
    • [ RunnerPuspakom ] – servis bantuan runner puspakom dan tukar nama hak milik kenderaan

    Di atas ini adalah senarai servis yang ada kami tawarkan melalui blog kereta ini. Jika ada mana mana servis perkhidmatan yang anda cari ada pada kami, sila hubungi saya melalui link Whatsapp yang saya kongsikan di atas ini ya. Saya harap panduan bagaimana cara jual motor lama yang tersadai sebagai besi buruk di atas ini memberikan input yang berguna kepada anda. BYE!!!.

    Share. WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Pricelist Harga Tukar Cermin Kereta Di Windscreen2U

    30/04/2025

    Scam Kereta Import Honda HR-V Port Klang

    15/04/2025

    Gambar Sebenar Sijil Puspakom B5

    15/04/2025

    Scam Kereta Import Mitsubishi Triton Penang

    14/04/2025

    Tukar Minyak Hitam Kereta Jenama CASTROL

    07/04/2025

    Masalah Special Attention Bank Untuk Beli Kereta

    06/04/2025

    1 Comment

    1. Halif on 28/05/2025 4:49 pm

      Nk jual motor

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini

    Buat Duit Online Dengan YouTube Shopping Shopee

    05/06/2025

    Submit Loan Bank Melalui Saya Untuk Semak Kelayakan

    22/05/2025

    Tukar Engine Mounting Untuk Kurangkan Enjin Bergegar

    22/05/2025

    Beli Kereta Mazda 2 Direct Owner Success Story

    20/05/2025
    © 2025 BeliKeretaBaru. Designed by BeliKeretaBaru.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Ad Blocker Enabled!
    Ad Blocker Enabled!
    Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker.