Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru Monday, July 14
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Subscribe
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Beli Kereta Baru
    Home » Pos Geran Kereta Guna EasyParcel
    Panduan

    Pos Geran Kereta Guna EasyParcel

    adminBy admin04/10/2024No Comments4 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Telegram Email WhatsApp

    Saya ada sebuah kereta buruk yang sudah tersadai lama dan telah rosak. Jadi saya bercadang mahu jual kereta di kedai besi buruk sahaja. Ya ada kedai yang ambil untuk tujuan scrap dan ambil barang yang masih boleh digunakan untuk tujuan dijadikan alat spare part kereta. Akan tetapi setelah dibuat pemeriksaan, kereta tersebut ternyata boleh dibaiki (restore) semula, dihidupkan dan digunakan. Jadi pembeli tersebut meminta kebenaran kepada saya untuk melakukan proses tukar nama. Saya setuju.

    Proses tukar nama adalah proses tukar hak milik kenderaan. Dan proses ini mewajibkan kereta yang mahu dipindah milik mesti buat pemeriksaan (inspection) di Puspakom terlebih dahulu. Dan itupun mesti WAJIB LULUS. Hanya kenderaan yang diiktiraf lulus dibenarkan untuk dipindah milik. Kenapa? Tujuannya adalah bagi melindungi hak pemilik baharu iaitu kenderaan yang dibeli adalah dalam keadaan selamat untuk dipandu dan boleh digunakan di atas jalan raya. Jelas?

    Dapatkan salinan print cetakan geran pemilikan kenderaan melalui kiosk JPJ
    Dapatkan salinan print cetakan geran pemilikan kenderaan melalui kiosk JPJ

    Hantar Geran Kenderaan Fizikal Mudah Dengan EasyParcel

    Dan salah satu syarat wajib untuk hantar kereta buat ujian Puspakom adalah wajib kena ada geran kereta dalam bentuk fizikal. Oleh kerana ianya sebuah kenderaan lama, maka saya memang tidak ada geran di tangan. Entah hilang atau rosak saya tidak pasti. Yang pasti, saya terpaksa untuk cetak geran kereta di JPJ menggunakan kiosk yang disediakan. Hanya selepas print geran kereta di kiosk JPJ, maka saya perlu poskan geran ini kepada pembeli kereta saya. Kenapa?

    Begini ceritanya. Kereta tersebut berada di Johor. Pembeli memang tinggal di Johor. Cuma saya kini bekerja di Pulau Pinang. Jadi pembeli kereta lah yang sesuai untuk menghantar kereta ke Puspakom. Di Puspakom siapa siapa sahaja boleh bawa kereta untuk buat inspection dengan syarat kena ada geran kenderaan yang perlu ditunjukkan di sana. Jadi sebab itulah saya kena pos geran kereta dari Penang ke Johor. Jelas? Faham?

    EasyParcel memaparkan pelbagai kurier servis yang anda boleh pilih dan booking bayar terus secara online
    EasyParcel memaparkan pelbagai kurier servis yang anda boleh pilih dan booking bayar terus secara online

    Saya pernah berkongsikan pengalaman saya hantar barang guna EasyParcel. Jadi saya guna sahaja sistem EasyParcel untuk memudahkan urusan saya. Saya adalah pengguna EasyParcel dan ianya sesuai kepada anda yang serius dalam dunia bisnes online. Cumanya saya bukanlah aktif dalam bisnes online. Cuma akaun saya masih aktif dan masih boleh digunakan. 

    Saya ringkaskan begini. Sistem EasyParcel adalah sistem yang membanding dan menghimpunkan ke semua perkhidmatan kurier servis yang ada di Malaysia ini. Ketika anda meletakkan poskod alamat anda, sistem EasyParcel akan dapat mengesan apakah pejabat penghantaran yang berdekatan dengan tempat anda. Anda akan dipaparkan dengan info perbandingan harga dan servis yang mereka tawarkan. Kemudian anda boleh pilih tempat (lokasi) untuk anda hantar barang (parcel), pilih tarikh, pilih harga dan terus booking secara online.

    Hantar parcel mudah menggunakan EasyParcel
    Hantar parcel mudah menggunakan EasyParcel

    Kemudian anda boleh print slip pengeposan dan tampal pada barang yang anda ingin hantar. Sampai di penjabat penghantaran barang (kurier servis) dan letak sahaja di tempat yang disediakan tanpa perlu buat apa apa. Dan terus balik. Bagi saya ianya memang mudah lah. Keyin data dari rumah, print slip dan letak sahaja barang di pejabat kurier servis. Simple.

    Cara Pos Barang Guna EasyParcel

    • [ EasyParcel ] – sila klik link ini untuk daftar dan membuka akaun Easy Parcel
    • Sila klik pada “Top Up” untuk tambah nilai kredit di dalam akaun Easy Parcel anda. Minima RM28, RM68 dan RM100 untuk pengguna yang biasa. Dengan kata lain, sebelum boleh menggunakan perkhidmatan EasyParcel, sila pastikan akaun anda ada kredit terlebih dahulu
    • Untuk mula pos barang, sila klik pada “Send Parcel” dan pilih “Domestic Delivery”
    • Sila masukkan poskod anda sebagai penghantar dan poskod penerima. Sila isikan anggaran berat dan kemudian sila klik “Quote & Book”
    • Anda akan dipaparkan dengan senarai syarikat kurier servis yang ada berdekatan dengan tempat anda termasuk dengan harga
    • Sila pilih mahu guna servis apa dan kemudian sila klik “Book Now” dan kemudian klik lagi sekali “Agree & Book Now”
    • Sila isikan ke semua maklumat yang diminta seperti Nama, Alamat, Nombor Telefon, Jenis Barang dan lain lain.  Sila masukkan tarikh yang anda mahu hantar ke syarikat kurier servis. Di sini juga akan diminta untuk pilih lokasi syarikat tempat yang anda ingin hantar. Jika betul dan tepat, sila klik “Add To Cart”
    • Kemudian sila klik “Check Out” dan akhir sekali sila klik “Pay With Credits”
    • Done!!!

    Saya tidak berkongsikan secara detail cara guna EasyParcel. Anda boleh klik pada artikel sebelum ini dan baca. Cumanya di artikel ini saya hanya mahu berkongsikan pengalaman saya pos geran kenderaan jenis fizikal dan saya hantar guna servis EasyParcel. Geran kereta sampai dengan jayanya. Tiba tiba terfikir, oh beginilah cara orang bisnes online lakukan. Kalau dapat tempahan banyak, memang susahlah kalau terpaksa hantar barang di kurier servis secara pukal dan perlu beri dan keyin alamat pembeli secara manual yang sudah pasti melambatkan. Dapat sesuatu? Saya harap perkongsian ini membantu anda. BYE!!!.

    Share. WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Cara Dapat Cashback Di Tiktok & Shopee

    10/07/2025

    Invois Beli Kereta Direct Owner

    09/07/2025

    Cara Order Tukar Bateri Kereta Guna Runner

    25/03/2025

    Bayar Zakat Fitrah Guna TnG eWallet

    23/03/2025

    Bank Yang Senang Mudah Lulus Loan Kereta

    19/03/2025

    Cara Kira Loan Kereta Maybank

    18/03/2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini

    Cara Dapat Cashback Di Tiktok & Shopee

    10/07/2025

    Tukar Minyak Enjin Perodua Myvi Guna Castrol

    09/07/2025

    Tukar Getah Tingkap Cermin Kereta

    09/07/2025

    Invois Beli Kereta Direct Owner

    09/07/2025
    © 2025 BeliKeretaBaru. Designed by BeliKeretaBaru.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Ad Blocker Enabled!
    Ad Blocker Enabled!
    Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker.