Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Takaful Kereta Adalah Insurans Kenderaan Patuh Syariah
    Info

    Takaful Kereta Adalah Insurans Kenderaan Patuh Syariah

    adminBy admin24/08/2024No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Saya ada 3 orang adik beradik yang kesemuanya menggunakan Perodua Bezza. Dan salah seorang adik saya baru sahaja renew insurans kereta beliau menggunakan Etiqa General Takaful. Di awalnya beliau telah mendapat plan dari Allianz General Insurance dan saya meminta adik saya untuk meminta pihak ejen insurans untuk menawarkan dan berikan quotation harga dari plan takaful sahaja. Sebabnya sebagai seorang muslim, kita wajib memilih takaful kereta berbanding insurans kereta. Jika ada pilihan, maka wajib pilih yang patuh syariah iaitu mencari yang halal.

    Ramai sebenarnya keliru perbezaan “Insurans” dengan “Takaful”. Rasanya semua orang tahu dan faham maksud insurans kan. Perkataan insurans (Insurance) adalah untuk perkhidmatan yang menawarkan program berbentuk tidak patuh syariah iaitu tidak halal. Dan untuk insurans yang patuh syariah iaitu yang halal ditulis dan disebutkan dengan nama panggilan TAKAFUL. Jadi anda akan terus faham kalau program insurans ada tulis takaful, maka ianya adalah patuh shariah. Jelas? Faham?

    Etiqa Takaful adalah insurans kenderaan patuh syariah
    Etiqa Takaful adalah insurans kenderaan patuh syariah

    Renew Takaful Kereta Dengan OneCENT

    Saya dulu kalau setiap kali renew insurans kereta, saya kurang ambil tahu tentang takaful dan sebagainya. Saya minta ejen insurans tolong buatkan, siap dan bayar sahaja. Dan baru sedar yang insurans kereta (auto insurance) yang mereka tawarkan adalah dari Lonpac Car Insurance yang jelas jelas memang tidak patuh syariah. Kalau Lonpac ada takaful, maka boleh pilih yang ada takaful. Tidak mengapalah, yang lepas biarkan lepas. Yang akan datang saya akan pilih takaful kereta sahaja.

    Ramai dari kita yang perbaharui insurans kereta melalui ejen insurans yang mereka biasa buat. Macam saya, saya akan suruh salesman Perodua tolong buatkan untuk saya sejak bertahun dulu. Dan 2 tahun terkini pula saya suruh ejen insurans cina yang buatkan untuk saya.

    Check geran kenderaan kereta di aplikasi MyJPJ
    Check geran kenderaan kereta di aplikasi MyJPJ

    Baru baru ini saya tolong adik saya perbaharui insurans kereta guna OneCENT. Saya sedar yang sebenarnya kita boleh buat sendiri perbaharui insurans kenderaan kita melalui aplikasi di smartphone, maka saya mula sedar akan keperluan dan kebebasan ketika mahu memilih insurans kereta yang menawarkan pakej plan patuh syariah iaitu dari takaful. Kalau kita boleh buat sendiri dan boleh pilih sendiri, kenapa perlu biarkan dan tidak ambil tahu tentang perkara ini. Setuju?

    Berbalik kepada tajuk kita iaitu “takaful kereta”. Ya anda boleh renew insurans kereta dengan melakukannya sendiri. Atau anda boleh minta saya untuk tolong bagi pihak anda. Terpulang. Dengan kata lain, proses untuk renew insurans kereta boleh dilakukan secara online melalui Whatsapp sahaja. Yang penting kena ada gambar geran kereta sahaja. Dan gambar hadapan geran kereta boleh anda dapatkan melalui aplikasi MyJPJ sahaja. Mudah proses.

    Cara renew insurans kenderaan kereta guna aplikasi OneCENT
    Cara renew insurans kenderaan kereta guna aplikasi OneCENT

    Daftar Aplikasi OneCENT

    • Muat turun aplikasi OneCent terlebih dahulu;
      • [ Android ] – download aplikasi OneCent untuk pengguna smartphone android di sini
      • [ iOS ] – download aplikasi OneCent untuk pengguna smartphone iOS di sini
    • [>>> Daftar OneCent <<<] – sila klik link ini untuk register. Ketika anda klik link pendaftaran ini, secara automatik akan membuka aplikasi OneCent dan anda akan terus di minta untuk isi maklumat yang diminta
    • Anda akan mendapat SMS nombor OTP. Masukkan dan selesai
    • Anda akan dapat SMS berkenaan Username dan password. Sila login
    • Ketika mahu masuk ke dashboard aplikasi OneCent pertama kali, anda akan diminta untuk masukkan OTP number. Anda tidak akan dapat apa apa sms berkenaan nombor pada kali kedua ini. Masukkan sahaja nombor 123456
    • Selepas selesai, akhir sekali anda akan diminta untuk cipta 6 digit nombor pin code. Selesaikan sampai siap
    • Done

    Di atas ini adalah proses untuk daftar menggunakan aplikasi OneCENT. Dan anda boleh gunakan fungsi “Renew Insurance” untuk perbaharui insurans kereta anda sendiri atau untuk orang lain.

    Saya Tolong Renew Insurans Kereta Anda

    • [ Whatsapp ] – Sila klik link ini untuk hubungi dan mesej saya melalui Whatsapp
    • Sila berikan 3 maklumat di bawah ini;
      • Plat No Kereta
      • IC number
      • Handphone number
      • Remark

    Kalau anda tidak pandai lakukannya sendiri, saya boleh tolong buatkan untuk anda. Hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini dan berikan 3 info yang diminta seperti di atas ini. Anda akan dihubungi oleh ejen insurans OneCENT dan mereka akan minta gambar hadapan geran kereta anda. Sila minta mereka berikan quotation harga takaful kereta yang patuh syariah sahaja ya. Sila pilih plan yang anda mahukan dan buat bayaran kepada saya. Saya akan tolong bayar melalui aplikasi OneCENT. Dan pihak insurans OneCENT akan berikan polisi insurans kereta kepada anda. Siap. Selamat mencuba. BYE!!!!.

    Harga Takaful Kereta Perbaharui Takaful Kereta Quotation Harga Takaful Kereta Renew Takaful Kereta Takaful Kereta Takaful Kereta Guna OneCENT
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Langgan pakej perubatan WE KONGSI untuk anak dan isteri

    Daftar Pelan Perubatan We Kongsi Untuk Anak Dan Isteri

    01/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

    Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    20/08/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.