Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Aktiviti

    Balik Beraya Di Kampung Dan Tidur Hotel

    adminBy admin05/04/2025No Comments5 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Zaman zaman dulu mana ada istilah balik beraya di kampung dan pada waktu malam pula pergi tidur di hotel. Belum lagi dengan isu cuaca panas dan kena pasang sistem penghawa dingin aircond di rumah mak ayah. Konon berpeluh tidur waktu malam. Jujur cakap, zaman kita kecil kecil dulu mana ada isu atau rungutan tentang panas. Bahang panas pun kalau zaman dulu ianya adalah sesuatu yang normal. Bukan pelik. Zaman sekarang, panas dan berpeluh sedikit pun sudah complaint. Haha.

    Saya bukan cakap tentang orang lain. Saya cakap tentang diri sendiri. Ya, saya membesar di dalam keluarga yang tidak menggunaan aircond. Jadi ketiadaan sistem penghawa dingin di rumah bukanlah hal yang besar. Panas? Entahlah, tidak pernah pula merasakan “panas” atau “bahang” adalah satu isu. Tetapi ianya menjadi isu bila diri sendiri sudah terbiasa dengan aircond. Kena pula bilik pasang aircond hari hari. Panas sedikit terus mengeluh. Hahaha.

    Anak Sedap Tidur Di Hotel Ibis Styles Sri Damansara Kuala Lumpur
    Anak Sedap Tidur Di Hotel Ibis Styles Sri Damansara Kuala Lumpur

    Raya Dan Tidur Di Hotel Ibis Styles Sri Damansara Kuala Lumpur

    Nampaknya kita sudah ada jawapan dari persoalan. Kenapa balik beraya di kampung tetapi tidur di hotel atau homestay. Sebab masalah panas dan rasa bahang plus berpeluh. Konon kesian anak tidur tidak selesa. Kena pula anak yang kurang cakna, terus anggap ayah emak (atuk & nenek) tidak mahu atau kedekut mahu pasang aircond di rumah atau bilik. Kesian mak ayah kena perli dengan anak dan cucu sebab tak pasang aircond.

    Bagi saya, bila balik beraya di kampung, ya kita boleh tinggal di bilik hotel atau homestay dengan syarat sebab ketiadaan bilik untuk tidur. Maklumlah terlalu ramai sanak saudara balik beraya. Dan juga kita tidak selesa tidur bercampur kerana menjaga batas aurat. Jika ini adalah faktornya, maka boleh boleh sahaja dan tidak ada salah pun sewa bilik hotel atau homestay ketika hari raya. Kena rasional lah.

    Tapi kalau bilik ada, dan rasa panas bahang akibat cuaca, dan mahu selesa, maka kitalah yang kena keluarkan modal pasang aircond di rumah mak ayah. Memang tidak patutlah mak ayah kena keluarkan modal pasang aircond, kita yang guna tapi mak ayah yang kena bayar bil elektrik. Memang tidak patutlah.

    Macam mana dengan saya? Tidur di hotel ketika beraya? TIDAK PERNAH!!!. Bilik di rumah mak ayah panas? YA!!!. Lagi lagi selepas berkahwin saya memang biasa tidur di rumah sendiri dengan membuka aircond. Dan sudah tentulah bila balik ke rumah mak ayah akan terasa sedikit bahang dan ketidak selesaan. Tetapi saya ok sahaja. Hari pertama sahaja. Hari kedua dan seterusnya sudah ok. Biasanya malam ketika hendak tidur sahaja rasa sedikit panas, sudah masuk ke pukul 3 pagi dan ke atas biasanya bilik akan rasa sejuk lah.

    Balik beraya di kampung naik kereta Proton Preve
    Balik beraya di kampung naik kereta Proton Preve

    Saya bergerak balik dari rumah mak ayah di Johor ke Pulau Pinang. Dan kebetulan masa sampai di Kuala Lumpur jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Kalau teruskan pemanduan dengan kereta Proton Preve milik saya pun pasti akan sampai di Penang pada pukul 3 atau 4 pagi. Memang tidak eloklah memandu selepas lewat 12 malam. Bahaya. Jadi saya ambil keputusan untuk mencari dan booking bilik hotel di KL. Pilih yang murah murah jer. RM200 semalam. 

    Check in hotel pukul 11.30 malam. Check out hotel pukul 11 pagi. Sekejap memang sekejap. Berbaloi? Berbaloi lah. Hari sudah lewat malam. Tidur dulu, esok pagi baru sambung memandu. Lebih selesa untuk diri sendiri selaku pemandu dan lebih selamat untuk ahli keluarga iaitu isteri dan anak anak. Saya tidur di hotel Ibis Styles Kuala Lumpur Sri Damansara.

    Hotel Ibis Styles Kuala Lumpur Sri Damansara
    Hotel Ibis Styles Kuala Lumpur Sri Damansara

    Cara Booking Bilik Hotel Online

    • [ AGODA ] – Sila klik link di sini. Anda boleh tempah/booking bilik hotel di sini

    Apa itu Agoda? Ianya adalah salah satu website booking bilik hotel dan juga homestay yang popular digunakan di Malaysia. Saya sendiri adalah pengguna web Agoda berbanding laman web yang lain kalau hendak cari hotel. Dengan kata lain, kalau anda ingin cari bilik hotel, saya memang recommend anda booking bilik hotel dengan Agoda.

    Macam mana pengalaman saya dengan hotel Ibis Styles Kuala Lumpur di Sri Damansara? Ianya adalah sebuah hotel 3 bintang. Ruang lobi dan bilik adalah bersih. Jangan bimbang, ianya adalah sebuah hotel dan bukannya “motel”. Jadi memang selamat lah kalau cari bilik hotel di sini. Selesa untuk tidur. Cuma bilik sedikit kecil tetapi cukuplah untuk kami bertiga. Kalau hendak bilik besar, kena booking bilik yang lain lah. Jangan risau ada pilihan bilik ikut kesesuaian keluarga anda. Saya bagi rating 6.9/10. Padanlah dengan rate hotel 3 bintang tu.

    Bila hendak balik hari raya. Kalau kita mahu selesa sebab ada aircond di rumah ibu ayah, maka kita pasanglah. Kalau kita berhasrat hendak tidur di hotel atau homestay pun ok. Cuma waktu siang tolonglah mak ayah untuk menyiapkan juadah raya bagi menyambut tetamu. Jangan komplen dan banyakkan menolong. Akhir sekali, sebelum balik beraya, sila servis kereta terlebih dahulu bagi memastikan perjalan ke kampung halaman adalah pengalaman yang baik dan selamat. BYE.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Pek Makanan Lamb Kuzi With Hujan Panas Rice KEMBARA

    Lamb Kuzi With Hujan Panas Rice KEMBARA

    06/01/2021
    Pek Makanan Beef Rendang With Pilaf Rice KEMBARA

    Beef Rendang With Pilaf Rice KEMBARA

    16/12/2020
    Pek makanan Chicken Masak Merah With Tomato Rice Kembara

    Chicken Masak Merah With Tomato Rice KEMBARA

    25/11/2020
    Pek makanan Nasi Lemak With Chicken Rendang Kembara

    Nasi Lemak With Chicken Rendang KEMBARA

    09/11/2020
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.