Baru baru ini kereta Proton Preve saya mengalami masalah aircond yang tidak sejuk. Ianya bukanlah tidak sejuk langsung. Masalahnya adalah sekejap sejuk dan sekejap tidak sejuk. Kalau memandu pada tengah hari, aircond yang tiba tiba sejuk mula terasa panas dan sejuk kembali dalam beberapa waktu. Ini membuatkan suhu enjin iaitu temperature mula naik dan turun beberapa kali. Atas sebab itu saya teruskan matikan suis aircond proton preve dan cepat sampai ke rumah dan terus matikan engin kereta. Sebenarnya apa yang berlaku dan apa komplikasinya? Pertama sekali anda kena faham, bila kereta anda tidak sejuk. Ada dua benda yang anda kena…
Author: admin
Kisah pengalaman lalu sebagai pengguna kereta Proton Saga BLM, baru sekali sahaja saya pernah menukar timing belt saga saya ini. Bila saya semak balik artikel tersebut, rupa rupanya saya telah menggunakan Proton Saga BLM ini lebih dari 3 tahun setengah. Dan kini saya perlu menukar timing belt proton saga buat kali yang kedua. Bila lihat balik pelekat servis timing belt ini, ianya menunjukkan saya perlu membuat penukaran timing belt pada jarak 170KM dan ianya sudah sampai masa untuk ditukar dan diservis semula. Bila kira dalam jumlah “tahun”, nampak sekejap sahaja sudah kena tukar timing belt kereta semula. Sebab itulah pembuat dan pengeluar…
Salam kepada pembaca, di dalam blog ini agak kerap juga saya menulis tentang permasalah yang dihadapi dengan Proton Saga ini. Akan tetapi masalah yang dihadapi bukanlah untuk menunjukkan yang kualiti kereta Proton tidak bagus. Tetapi ianya lebih kepada pengalaman menghadapi kerosakkan sesuatu bahagian yang boleh menjadi rujukan kepada anda diluar sana yang memiliki jenama kereta yang sama atau masalah yang sama. Dan masalah terbaru yang saya hadapi beberapa hari lepas adalah berkenaan dengan cooling fan pada bahagian depan enjin iaitu kipas radiator tidak berfungsi. Kejap hidup, kejap mati. Sebenarnya saya pernah menghadapi masalah yang hampir serupa sebelum ini. Anda boleh…
Kisahnya bermula begini, ketika rehat rehat santai dalam kereta sambil buka aircond, tiba tiba suhu sejuk aircond kereta Proton Preve saya blm saya berubah. Mula mula sejuk dan kemudian hilang sejuk. Kipas blower fan aircond berpusing dan ada rasa angin tetapi tidak rasa sejuk. Cuba matikan enjin dan buka semula. Aircond sejuk kembali tetapi beberapa minit kemudian tidak sejuk. Itulah dia tanda tanda yang terdapat masalah yang akan berlaku kepada kereta Preve saya pada waktu petang itu. Waktu petang balik kerja terus hidupkan enjin dan buka aircond. Tetapi dalam hati ada perasaan bimbang. Ternyata ianya sejuk. Saya pun bawa kereta…
Salah satu masalah kalau kita menggunakan kenderaan adalah keperluan untuk servis berkala dan menukar alat komponen tertentu apabila sudah sampai masa. Contohnya tayar botak, kita kena beli tayar baharu. Timing belt sudah tipis, kena cepat menggantikan yang baharu. Cooling coil bocor, kena tukar yang baharu dan bermacam macam lagi. Bulan lepas kereta Proton Saga saya mempunyai masalah sistem penghawa dingin. Kipas angin yang menolak angin sejuk ke dalam kabin kereta tidak berfungsi. Apa yang saya fikir ketika itu adalah berkenaan rosaknya punat button aircond atau sistem relay elektronik atau wiring. Dan setelah di bawa ke bengkel, mekanik hanya menepuk nepuk bahagian…
Kisah pengalaman dulu. Saya pernah menambah gas aircond kereta kerana merasa tidak sejuk. Dan selepas 2 minggu lebih terasa yang aircond sudah tidak sejuk. Hanya berasa sejuk sedikit pada blower angin sebelah kiri dan langsung tidak terasa sejuk pada blower angin sebelah kanan iaitu bahagian pemandu. Saya bawa juga kereta Proton Saga saya ini untuk pergi kerja. Kalau kerja sebelah siang, saya buka tingkap. Kalau kerja sebelah malam saya buka aircond. Ada rasa sejuk sedikit, tetapi terlalu lambat hendak sejuk. Selepas 3 minggu terus tiada rasa apa apa. Namun saya tidak boleh membuat andaian yang aircond proton saga saya ini…
Kisah pengalaman dulu. Saya pernah membeli dan menggunakan kereta Proton Saga terpakai. Saya perasan yang aircond kereta tidak begitu sejuk. Ianya sangat ketara ketika waktu tengah hari. Terpaksa menguatkan kelajuan kipas (blower) minima ke tahap 3. Namun tetap tidak begitu sejuk. Malah berpeluh pula. Pada pandangan saya mungkin gas aircond sudah berkurang dan mengambil keputusan untuk mengisi gas aircond. Dan kemudian saya mengambil keputusan untuk ke bengkel kereta yang specialist berkenaan aircond kereta. Sesampai di bengkel kereta yang pakar dalam hal aircond. Saya terus menyampaikan hajat dengan menyuruh beliau untuk melihat SEMUA yang berkaitan dengan aircond. Jika ada mana mana…
Saya pernah menuliskan tentang senarai kereta jimat minyak petrol yang ada dijual di Malaysia. Tetapi ada individu yang hendak tahu dan membuat carian kata kunci keyword tentang “kereta paling jimat minyak” di Google. Kenapa kena cari yang paling jimat minyak? Dan kalau anda jumpa dengan model kereta berkenaan, adakah anda akan beli kereta berkenaan? Sebenarnya ada sangat banyak faktor sebab kenapa seseorang akan pilih untuk membeli kereta berkenaan. Di Malaysia, faktor paling utama pemilihan ketika membeli kereta adalah berkenaan design reka bentuk kereta itu sendiri. Kalau kereta tersebut dikategorikan sebagai kenderaan yang paling jimat minyak sekalipun, selagi reka bentuk kereta…







