Ada sesetengah orang cuba untuk mengisi minyak petrol untuk kenderaan mereka menggunakan stesen minyak yang sama. Alasannya adalah kerana minyak petrol dari stesen tersebut lebih menjimatkan. Entah betul atau tidak. Saya pula adalah dari kalangan yang tidak kisah stesen minyak petrol yang mana mana. Mana yang paling dekat dan mudah, itulah pilihan saya. Namun ada kebenaran juga akan kata kata mereka. Boleh dikatakan minyak petrol RON95 dan RON97 adalah dari kualiti minyak yang sama sahaja. Namun “berbeza” dari jenis dan jumlah sukatan “additive” yang mereka gunakan. Sebab itu ada perbezaan sedikit. Pernah dengar? Mungkin anda perasan dan mungkin anda tidak perasan.…
Author: admin
Tahukah anda di pasaran sekarang ada banyak pilihan kad kredit (credit card) yang menawarkan pilihan cashback dan reward points kepada anda yang ingin mengisi minyak petrol kereta anda menggunakan kad kredit tersebut. Ya, itulah dia salah satu kelebihan yang ada. Dan saya salah seorang yang memang menggunakan eWallet dan juga kad debit ketika mengisi minyak kereta. Jadi tidaklah sesukar mana untuk saya beralih menggunakan kad kredit untuk mendapatkan kelebihan yang ditawarkan. Setuju? Zaman sekarang kos sara hidup semua meningkat naik. Dan ketika subsidi minyak dimansuhkan, perkara pertama yang pengguna kenderaan akan rasa adalah bebanan terhadap kos bahan bakar untuk menggerakkan…
Bila hendak memandu jauh, kita kenalah lihat keadaan kenderaan kita samada ianya sudah bersedia atau tidak. Bersedia dari segi apa? Bersedia samada benda benda asas sudah dipastikan baik untuk mengurangkan risiko ianya rosak ditengah jalan. Dan raya ini saya akan memandu dari Pulau Pinang ke Johor. Satu perjalanan yang jauh. Dan sebelum balik kampung, saya servis proton saga saya di bengkel. Sedikit dari perkongsikan saya ini kepada anda yang menggunakan kereta yang sama seperti saya berkenaan apa yang perlu anda kisahkan dan juga berkenaan kos servis. Bila lihat pelekat jadual servis sudah sampai masa dan kebetulan mahu balik beraya di…
Dua pasang tayar hadapan kereta Proton Saga saya ketika itu memang sudah botak. Malah ketika servis tukar minyak hitam sebelum ini pun mekanik bengkel sudah ingatkan. Saya tidak menukar kerana faktor bajet. Terasa hendak tukar pada hujung bulan nanti iaitu pada gaji akan datang. Tetapi malangnya semalam salah satu tayar yang sudah botak bocor pula di tempat kerja. Terpaksa bersusah payah jack-up kereta dan tukar kepada tayar spare. Dan pagi pagi pada hari ini saya terus ke bengkel tayar untuk menukar terus kedua dua tayar hadapan yang telah botak kepada tayar yang baharu terus. Perkara pertama yang saya sampaikan adalah…
Ketika saya menghantar kereta saya ke bengkel kereta untuk tukar brake pump kereta, mekanik telah ternampak yang penyerap hentak iaitu absorber proton saga telah rosak. Macam mana hendak tahu yang absorber kereta kita itu sudah rosak? Mudah sahaja. Rupa rupanya, sistem absorber kereta di dalamnya terdapat minyak di dalamnya. Secara normal atau masih baik, sistem absorber tidak akan menyeluarkan minyak tersebut. Jika terdapat lelehan minyak pada batang absorber, itu bermakna absorber kereta anda sudah bocor dan perlu diganti. Sila lihat gambar di bawah ini. Sistem absorber kereta mempunyai 2 sistem penyerap hentakan. Yang pertama adalah absorber itu sendiri yang kedua pula adalah spring yang menjadi backup kepada absorber utama.…
Dah ada 3 minggu juga kereta Proton Saga saya berbunyi di tayar. Perkara pertama yang saya terfikir adalah berkenaan bearing tayar yang mungkin sudah rosak. Selepas ke bengkel kereta, rupa rupanya yang rosak adalah “brake pump”. Bagi orang yang bukan berpengalaman dalam dunia automotif dan kenderaan, terasa jugalah tidak faham akan apa yang pomen tersebut cakapkan. Saya meminta beliau tunjukkan apa itu dan di mana brek pam tersebut dan meminta beliau terangkan apa masalahnya yang mengatakan ianya rosak. Nasib baik pomen (mekanik) tersebut baik hati. Beliau tunjukkan lah bentuk brake pump tersebut dan kenapa ianya rosak dan perlu ditukar. Selepas beliau…
Kali pertama saya membeli kereta adalah 15 tahun lepas iaitu Perodua Viva 850cc jenis manual. Ketika itu baru hendak belajar ambil tahu berkenaan servis penjagaan kereta seperti servis menukar minyak hitam (engine oil). Biasanya bila sampai jarak perjalanan yang ditetapkan, maka saya hanya perlu menukar minyak enjin sahaja. Dan setelah saya membeli Proton Saga BLM jenis auto, maka ada perkara tambahan yang saya perlu ambil tahu setiap kali servis menukar minyak hitam iaitu saya juga perlu menukar minyak gear auto bila sampai masanya. Kereta jenis manual dengan kereta jenis auto mempunyai mekanisma yang berbeza. Kepada anda yang menggunakan kereta dengan gear…
Bukan semua orang ambil tahu dan faham tentang teknologi. Majoriti dari kita hanyalah gunakan sesuatu produk sebagai pengguna sahaja. Sebab itulah ramai yang beli smartphone misalnya akan beli telefon yang mahal kerana merasakan ianya terbaik walaupun ada kebenarannya. Tetapi ada sebilangan dari kita yang ambil tahu dan cakna berkenaan teknologi. Dan hasilnya mereka mahu memastikan paling tidak, wang yang dilaburkan berbaloi dengan hasil yang mereka dapatkan berbanding produk lain. Sama halnya dengan isu berkenaan kereta. Adakah anda tahu dan faham tentang apa itu ADAS? Ramai sahaja kawan yang sebaya saya sendiri tidak tahu tentang teknologi ADAS yang ada pada sesebuah…







