Saya ada 3 orang adik beradik yang kesemuanya menggunakan Perodua Bezza. Dan salah seorang adik saya baru sahaja renew insurans kereta beliau menggunakan Etiqa General Takaful. Di awalnya beliau telah mendapat plan dari Allianz General Insurance dan saya meminta adik saya untuk meminta pihak ejen insurans untuk menawarkan dan berikan quotation harga dari plan takaful sahaja. Sebabnya sebagai seorang muslim, kita wajib memilih takaful kereta berbanding insurans kereta. Jika ada pilihan, maka wajib pilih yang patuh syariah iaitu mencari yang halal. Ramai sebenarnya keliru perbezaan “Insurans” dengan “Takaful”. Rasanya semua orang tahu dan faham maksud insurans kan. Perkataan insurans (Insurance)…
Author: admin
Pernah tidak anda mengalami keadaan di mana anda berasa leceh untuk melekat sticker cukai jalan (roadtax) anda di cermin kenderaan seperti kereta anda. Kadang kadang ianya tidak sekata dan kadang kadang ianya melekat dengan tidak cantik. Dan yang lebih menyusahkan ketika anda mahu menanggalkan pelekat roadtax lama dan ianya tidak tertanggal dengan mudah. Malah telah meninggalkan kesan gam yang susah di buang dan menyebabkan cermin hadapan kereta anda kelihatan buruk. Mari saya kongsikan idea bagaimana cara lekat roadtax yang betul dan mudah ditanggal. Sticker pelekat cukai jalan iaitu sticker roadtax memang wajib anda tampal pada cermin hadapan kereta anda selepas anda…
Semalam bawa isteri jalan jalan naik kereta Perodua Myvi beliau. Dan beliau meminta saya memandu ke bengkel kereta terlebih dahulu untuk memasang dan melekat pelekat roadtax dengan betul dengan bantuan pekerja pomen di kedai tersebut. Dan sudah alang alang berada di bengkel, isteri saya bertanya kepada pomen bengkel tersebut samada mereka boleh membaiki cermin tingkap kereta berbunyi dengan cepat atau tidak. Mereka katakan ianya boleh. Jadi mereka terus baiki masalah cermin yang berbunyi tersebut. Sekejap sahaja. 5 minit sudah siap. Sebenarnya apa masalah cermin tingkap kereta berbunyi? Cermin tingkap yang saya maksudkan adalah tingkap sisi sebelah penumpang dan pemandu dan bukannya tingkap…
Saya sudah berpengalaman menggunakan 3 buah kereta iaitu Perodua Viva, Proton Saga dan yang terkini adalah Proton Preve. Bila sudah pernah guna kereta baru dan juga terpakai (second hand), jadi ada banyak pengalaman jugalah servis kereta dan menukar part part di dalam kereta yang rosak. Kepada yang selalu hadap kereta rosak pasti akan mencari cara bagaimana untuk mengurangkan kos baiki kereta. Salah satu benda yang saya belajar adalah berkenaan sparepart kereta. Apa itu spare part? Spare part bahasa mudahnya adalah ALAT GANTI. Saya rasa anda pasti sudah biasa mengalami keadaan di mana suis power window rosak, kipas radiator rosak, casing…
Selepas kereta Perodua Myvi isteri saya dilanggar oleh lori pada beberapa minggu lepas pada bahagian pintu pemandu. Ianya telah menyebabkan kerosakkan pada suis tingkap power window Myvi. Boleh tekan turun, tetapi susah hendak tekan naikkan tingkap. Masalah ini saya perasan ketika mahu menggunakan kad Touch n Go. Masa hendak scan, cermin tingkap diturunkan. Dan ketika mahu dinaikkan semula, tingkap kereta Myvi tidak mahu naik kembali. Terus apa yang saya fikir? Melayang lagilah duit. Kos kos baiki kereta bukannya murah. Saya bawa kereta isteri ke bengkel yang biasa beliau pergi. Pemilik bengkel mengatakan saya hanya perlu ke kedai alat ganti kereta…
Adakah anda mempunyai pengalaman ketika memandu kereta dan terdengar bunyi mengaum atau berdengung pada tayar kereta anda? Jika ada, biasanya ianya datang dari dua punca utama. Yang pertama berpunca dari masalah penyerap hentak iaitu absorber yang sudah rosak seperti minyak tumpah (leaking). Ianya menyebabkan alignment tayar lari, bunga tayar menjadi haus tidak sekata dan menyebabkan bunyi berlaku. Dan penyebab yang kedua adalah datangnya dari bearing tayar kereta yang sudah rosak. Selalunya penyebab yang kedua inilah yang paling kerap berlaku. Tanda bearing sudah rosak ini mudah sahaja hendak kesan. Bagaimana? Biasanya kalau masalah ini diadukan kepada bengkel kereta, mereka biasanya akan membuat check…
Semalam bos masuk ke dalam line (department) dan meminta kami mengisikan nama dan alamat rumah. Kemudian bertanya kami datang kerja naik apa dan parking di mana. Tempat kerja kami memang ada di sediakan tempat parking. Namun pekerja yang sangat ramai, menyebabkan terpaksa parking diluar kawasan tempat kerja. Dan kawasan parking tersebut adalah milik MPSP iaitu milik pihak majlis perbandaran negeri. Namun untuk tahun 2020 ianya telah dikuat kuasa yang kawasan petak parking tersebut memang kena mula bayar menggunakan aplikasi Penang Smart Parking (PSP). Kawasan petak parking memang milik majilis perbandangan negeri Penang. Namun ianya adalah kawasan perindustrian perkilangan. Jadi sangat…
Dari dulu lagi saya memang tidak cakna dan ambil tahu tentang pelan perlindungan kemalangan (personal accident) ini. Sebab paling utama kerana tidak faham. Salah saya sendiri kurang ambil tahu. Dan salah pihak ejen insurans juga yang tidak pandai untuk memberitahu secara mudah faham. Dan salah satu sebab yang lain adalah kerana terlalu banyak plan insurans yang ditawarkan sampaikan saya berasa pelik kenapa tidak SEMUA DALAM SATU. Kenapa kena langgan asing asing. Itulah kepelikkan yang saya rasakan. Saya telah diberikan sedikit kesedaran tentang perlunya untuk kita selaku pengguna kenderaan ada perlindungan kemalangan. Pengalaman rakan sekerja yang mengalami kecelakaan kemalangan sebagai pengguna…







