Selalu sangat lihat iklan dan video dari “Founder Misi” dengan tagline “Misi Rakyat” iaitu untuk mengalihkan kuasa membeli rakyat Malaysia kepada perniagaan bumiputera. Satu usaha dan inisiatif yang bagus. Bukannya bersifat perkauman tetapi ingin memberikan kesedaran terhadap orang Melayu terutamanya agar belajar untuk sokong dan support bisnes perniagaan sesama bangsa sendiri bagi menaikkan ekonomi bangsa sendiri. Melayu ada kuasa membeli. Cuma melayu lemah dari semangat perpaduan untuk membantu sesama sendiri. App Misi adalah salah satu aplikasi FOOD DELIVERY yang menawarkan harga pembelian sama seperti harga di kedai makan. Iaitu mengekalkan harga makanan yang dipaparkan adalah sama seperti harga di kedai.…
Author: admin
Saya memang tidak pernah dengar tentang syarikat yang bernama TRANGLO ini. Cumanya saya mula kenal dan tahu mengenai syarikat ini selepas mendapat tahu bahawa syarikat blockchain RIPPLE telah membeli pegangan syarikat ini sebanyak 40%. Dan selepas saya membuat semakan, saya semakin terkejut bahawa syarikat Tranglo ini adalah syarikat dari Malaysia. Dan kenapa saya sangat sangat sukakan tentang berita ini? Jom saya kongsikan dengan ada melalui info di bawah ini. Saya memang berminat membuat pelaburan dalam krypto. Dan salah satu krypto utama yang saya beli adalah XRP. Tidak ada sebab lain kenapa saya pilih membeli token XRP melainkan kerana ianya ada…
Saya sudah perasan yang radio kereta Proton Saga saya sepertinya kurang berkemampuan untuk menangkap siaran signal radio. Namun saya abaikan sahaja akan masalah tersebut kerana saya memang kurang gemar membuka radio pun. Hanya sekali sekala ataupun dibuka oleh isteri ketika kami keluar bersama sama. Dan ketika saya pergi ke kedai untuk memasang tinted kereta, saya telah ditegur oleh pekerja di sana untuk menggantikan antena radio yang sudah rosak. Bila mereka katakan yang antenna radio kereta saya rosak, barulah saya sedar akan masalah saya sukar mencari siaran radio ketika memandu. Itulah puncanya. Semalam saya ke kedai aksesori kereta dan meminta mereka menukar…
Ada orang cakap yang pasang tinted kereta adalah satu keperluan pada zaman sekarang. Kalau dulu orang pasang tinted cermin kereta kerana mahu bergaya, nampak mewah dan juga mahu kelihatan cantik. Dan kemudian kesedaran mula timbul, orang mahu pasang tinted kereta kerana mahu mendapatkan suhu dalam kereta yang ideal iaitu tidak panas ketika memandu di tengah terik matahari yang panas. Dan kesedaran mula meningkat lagi, salah satu keperluan utama untuk memasang tinted adalah kerana faktor keselamatan. Anda dipihak yang mana? Sebelum ini sudah ramai pemilik kenderaan yang ditahan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana penggunakan tinted cermin kereta yang gelap. Ianya menyalahi…
Ketika adik saya baru sahaja perbaharui insurans kereta beliau melalui saya. Antara soalan beliau adalah perlu atau tidak untuk beliau mengambil perlindungan tambahan seperti banjir iaitu flood. Saya katakan kepada beliau adalah tidak perlu kerana berpendapat yang kawasan rumah tempat tinggal beliau tidak pernah atau berada di kawasan berisiko terkena banjir. Itu pendapat sayalah. Tetapi di dalam polisi insurans kereta ada juga perlindungan peril khas iaitu “special perils” yang saya sendiri tidak tahu dan tidak faham maksudnya. Maksud “Special Perils” adalah BENCANA ALAM. Ianya adalah perlindungan tambahan berbentuk add-on untuk kerosakan kenderaan akibat bencana alam seperti banjir, ribut, tanah runtuh,…
Baru baru ini terjadi kes cermin kereta kena pecah oleh perbuatan khianat dan kecurian di kawasan perumahan tempat tinggal saya. Bukan hanya 1 kereta ya tetapi ada 2-3 kes yang terjadi. Saya sendiri pernah hampir hampir cermin hadapan kena pecah akibat dibaling batu oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Dan rasanya anda sendiri mungkin berpengalaman menghadapi keadaan yang sama seperti ini. Walaupun apa isunya, bila bercakap tentang cermin kereta pecah atas beberapa sebab, kos untuk baik pulih bukan sedikit. Cermin kenderaan samada pada bahagian depan, tepi dan belakang adalah salah satu bahagian yang sangat penting. Jarang rosak atau pecah walaupun anda…
Akaun online banking CIMB adalah CIMBclicks. Dan ewallet CIMB adalah CIMB Octo. Mudah cerita, segala fungsi atau tugasan yang anda lakukan melalui CimbClicks boleh dilakukan melalui CIMB Octo tetapi dengan ada lebih banyak fungsi dan kelebihan. Zaman sekarang zaman mobile wallet. Hendak bayar atau beli barang pun hanya perlu scan QR code sahaja. Dan CIMB clicks & Octo ada fungsi tersebut. Hendak hantar duit ke luar negara pun boleh melalui CIMB bank online ini. Jom saya kongsikan cara caranya melalui panduan di bawah ini. Di CIMB, fungsi hantar duit ke luar negara (foreign transfer) ini dikenali dengan nama SpeedSend. Dan…
Akaun online banking Maybank adalah Maybank2U. Dan ewallet Maybank adalah MAE. Mudah cerita, segala fungsi atau tugasan yang anda lakukan melalui Maybank2U boleh dilakukan melalui MAE tetapi dengan ada lebih banyak fungsi dan kelebihan. Zaman sekarang zaman mobile wallet. Hendak bayar atau beli barang pun hanya perlu scan QR code sahaja. Dan MAE ada fungsi tersebut. Hendak hantar duit ke luar negara pun boleh melalui MAE Maybank ini. Jom saya kongsikan cara caranya melalui panduan di bawah ini. Maybank bekerjasama dengan Western Union dan lain lain servis remittance untuk penghantaran wang ke luar negara. Dengan kata lain, ketika anda mahu…







