Sebenarnya sudah 3 bulan atau lebih benda ini berlaku. Kereta Proton Saga saya terasa sedikit bergegar ketika enjin di hidupkan, pada ketika gear rendah, pada ketika berhenti di traffic light dan juga pada ketika penghawa dingin dihidupkan. Kekuatan gegaran tidaklah terlalu kuat. Tetapi kita dapat rasa jugalah ketika di dalam kereta. Bila bawa ke bengkel kereta untuk dibaiki, dinasihatkan oleh pomen supaya saya tukar engine mounting bagi menyelesaikan isu ini. Sebenarnya apakah yang dimaksudkan dengan engine mounting ini? Baru pertama kali saya tahu dan mendengarkan perkataa ini. Apa itu engine mounting? Engine mounting adalah alat peredam bunyi yang bertujuan untuk…
Author: admin
Zaman sekarang semua benda kena bayar. Anda mahu ke pasaraya dan menghabiskan duit di sana. Sudah pasti pasaraya akan mendapat duit dari beli belah yang anda lakukan. Dan sudah pasti juga anda akan perlu dan mesti untuk parking kenderaan anda di pasaraya tersebut. Memang ada parking disediakan. Akan tetapi anda kena bayar! Anda kena ambil parking ticket dan bayar tiket parking menggunakan mesin autopay yang mereka sudah sediakan. Biasanya lagi lama anda parking kenderaan anda, lagi banyak wang yang anda perlu bayar. Sebenarnya kita hendak tentang benda ini pun tidak boleh. Ada kebaikkan juga. Zaman sekarang adalah zaman “sesak”. Orang sangat…
Ini adalah kali kedua saya menggunakan aplikasi Misi Rakyat ini. Saya dah daftar dan guna sebagai pengguna. Di tempat saya, nampaknya di kawasan saya terdapat banyak vendor iaitu kedai makanan yang telah memberikan pilihan kepada pengguna untuk order makanan di App Misi. Satu perkembangan yang sihat. Tidak perlu pun boikot aplikasi food delivery yang lain. Cuma bersaing cara sihat. Dan dalam masa yang sama berikan pilihan kepada pengguna untuk support app food delivery dari orang Islam dan Melayu Bumiputera. Bila sudah ada pilihan, maka hak samada untuk guna atau tidak terpulang kepada pilihan masing masing. Jadi apa sebab saya support…
Beberapa minggu lepas cermin hadapan (windscreen) kereta Perodua Myvi isteri saya telah retak dan pecah. Ianya berpunca dari tiang telefon telekom terjatuh dan menghempap kereta. Tiang telefon yang terjatuh pula disebabkan oleh lori treler yang telah tidak sengaja tertarik kabel wayar telefon pada tiang tiang elektrik yang berdekatan. Akibatnya, telah tertarik wayar elektrik pada batang tiang telekom dan membuatkannya jatuh menghempap kereta isteri saya ketika waktu tengah hari. Nasib baik orang belum keluar rehat untuk makan tengah hari. Tiada yang tercedera tetapi cermin depan retak dan pecah. Siapa pelakunya? Sudah tentulah mereka sudah lari. Kejadian berlaku dengan pantas. Samada pemandu lori…
Kereta Perodua Myvi isteri sudah mula sampai masa untuk diservis. Ada beberapa perkara yang memang kena tukar ganti. Dan tadi saya berkesempatan bersama isteri pergi ke kedai bengkel kereta. Itupun setelah saya menegur yang tayar kereta hadapan beliau sudah botak dan perlu diganti. Maknanya, kereta Perodua Myvi beliau sudah sampai masa perlu tukar tayar baru untuk lebih selamat. Bunga tayar sudah nampak haus, tipis, botak dan risau jika ianya bocor atau meletop ketika dipandu ke tempat kerja. Faktor keselamatan jangan buat ambil ringan. Mencegah lebih baik dari merawat. Ketika dibawa ke bengkel kereta, memang tauke kedai pun mensarankan tukar kedua dua…
Ceritanya begini. Ketika saya baru pertama kali beli dan tinggal di rumah jenis tingkat tinggi seperti flat, pangsapuri, apartment dan juga kondominium. Sudah pastilah kepada mereka yang ada kereta lebih dari 2 buah biji terpaksa parking kenderaan di luar kawasan perumahan. Bila terpaksa parking luar dan jauh, maka risiko kereta kena khianat, rosak atau kena curi adalah risiko yang terpaksa di hadap oleh pemilik kenderaan. Dan telah terjadi 2-4 kali kes di mana tayar sport rim kereta kena curi. Dan isu ini membuatkan saya tidak senang duduk. Maklumlah rumah yang saya beli hanya tawarkan 1 petak parking kereta sahaja. Siapa…
Baru baru ini viral berkenaan aplikasi food delivery yang mula meningkat naik kerana sentimen untuk menyokong produk keluaran buatan orang melayu. Hasilnya, founder aplikasi tersebut memaparkan jumlah sales harian yang sememangnya naik dari hari ke hari. Akibat dari viral tersebut, saya mula untuk install dan gunakan aplikasi Misi Rakyat untuk tahu adakah ianya berbaloi untuk digunakan atau tidak. Maklumlah, kadang kala lebih kepada hangat hangat tahi ayam sahaja. Kita nak support, tetapi apps tersebut mestilah ada visi yang jelas untuk ke depan. Itu adalah apa yang saya fikirkan. Memainkan sentimen agama dan bangsa tak salah pun. Yang salah adalah menafikan…
Baru baru ini viral berkenaan aplikasi food delivery yang memfokuskan untuk mengalihkan kuasa membeli rakyat Malaysia terutamanya orang melayu dan Islam untuk support perniagaan bumiputera. Kisahnya orang Melayu terutamanya adalah pembeli dan penyumbang terbesar dalam kitaran ekonomi micro di Malaysia. Tetapi keuntungan dari ekonomi ini banyak tersalur kepada entiti bisnes perniagaan yang bukan bumiputera. Atas sebab itulah aplikasi iaitu app misi rakyat tercipta. Membantu sesama bangsa bukanlah perkauman. Tetapi sebagai pilihan alternatif kepada satu satu bangsa. Contohnya, orang cina majoritinya akan membeli produk dari bangsa mereka. Orang India pula akan membeli dan mengutamakan membeli dari bangsa mereka juga. Bagaimana dengan…







