Author: admin

Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

eWallet aplikasi apps BigPay

Teknologi kewangan sedang beralih kepada teknologi yang baharu. Cumanya ramai yang tidak sedar akan perkara ini lagi lagi kepada mereka yang memang tidak mengikuti langsung berita berita berkenaan perubahan teknologi semasa. Bila kita sebut teknologi kewangan, ianya bermaksud financial technology iaitu FINTECH!!!. Kalau anda biasa dengar GrabPay, Boost, MAE, BigPay, Touch ‘n Go dan semuanya ini, inilah dia syarikat fintech iaitu syarikat yang ada kaitan dengan teknologi kewangan. Dalam bahasa yang mudah kita akan sebut aplikasi ini dengan “e-Wallet” atau “mobile wallet” betul? Mesti akan ada yang tanya, apa yang teknologi sangat dengan eWallet ini? Dan apa kaitan dengan teknologi…

Read More
Buat bayaran menggunakan Touch n Go eWallet

Apa itu eWallet? Perkataan “wallet” itu sendiri adalah dalam bahasa english yang bermaksud “dompet”. Dan tambahan perkataan “e” sebelum Wallet adalah bermaksud “elektronik”. Jadi maksud sebenar eWallet adalah dompet elektronik iaitu dompet digital. Dompet adalah tempat letak dan simpan duit. Jadi sudah tentulah maksud yang boleh di fahami dari perkataan eWallet adalah tempat letak dan simpan duit maya iaitu wang dalam bentuk online, elektronik atau digital. Bahasa lain yang orang sebut eWallet adalah mobile wallet. Sama sahaja. Faham? Jadi di sini saya mahu kongsikan senarai eWallet yang perlu anda ada atau tahu di Malaysia ini. Berminat? Kenapa eWallet di cipta?…

Read More
Keratan akhbar berkenaan teknologi Digital ID Malaysia guna kriptografi

Ramai sangat yang bimbang dengan isu berkenaan Identiti Digital Nasional yang cuba disegerakan oleh Perdana Menteri Malaysia kita iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebenarnya apa maksud dari perkataan Digital ID? Ianya bermaksud DIGITAL IDENTITY. Ketakutan dan kebimbangan rakyat Malaysia majoritinya adalah dari kesan yang dibuat oleh negara lain. Sebenarnya kita sendirilah yang akan mencorakkan bagaimana kita akan menjalankan program tersebut. Walaupun ada hujah dan fakta di sebalik kembimbangan tersebut. Namun kita kena rasional juga. Kalau kerajaan Malaysia buat cara kita, maka tidak ada isu pun berkenaan hal ini. Kad pengenalan kita hanya ada beberapa fungsi sahaja. Kebanyakkan hanya digunakan sebagai…

Read More
CIMB berkerjasama dengan Tranglo untuk real time payment DuitNow

Ripple adalah sebuah syarikat blockchain yang memang dari awal awal lagi sudah memasarkan teknologi syarikat mereka iaitu “Cross-Border Payment”. Benda ini adalah perkataan baru bagi saya yang masih tidak faham bagaimana sistem pembayaran dan penghantaran wang di seluruh dunia berlaku. Setelah sedikit kajian dibuat, rupa rupanya mekanisma penhantaran wang antara bank atau institusi kewangan dunia berlaku melalui sistem “Swift” yang sudah agak lama dan lambat. Jadi di sinilah wujud kerjasama antara CIMB Ripple untuk menyediakan prasarana penghantaran wang yang lebih laju, cepat dan murah. Masih tidak jelas? Saya tidak tahu. Tetapi rasanya anda tahu. Sedikit info, biasanya kalau kita hendak…

Read More
Data input Web 3.0 berdasarkan decentralized sistem

Apa itu Web1? Generasi pertama internet adalah zaman ketika Yahoo, MSN, Netscape, Aol, Internet Explorer, Google dan lain lain. Website pada ketika ini hanyalah sebagai tempat membaca sahaja. Kita tidak boleh memasukkan data input atau kurangnya interaksi yang meluas. Interaksi hanya sehala. Hanya tempat mencari maklumat sahaja. Ringkasan, ianya adalah salah satu laman web berbentuk statik. Tujuan hanya memberi maklumat sahaja. Dan selepas itu era Web2 pula muncul. Era ini adalah era di mana adanya media sosial seperti Wikipedia, Skype, Facebook, Twitter, Youtube dan banyak lagi. Kita boleh memasukkan banyak input data untuk perkongsian sharing dan revolusi bisnes online pun…

Read More
Bagaimana cara sistem blockchain berfungsi

Blockchain bermaksud “Rantaian Blok”. Ianya sebuah teknologi pangkalan data yang bercirikan “Decentralized” iaitu tidak terpusat dan berasaskan “Ledger System” iaitu sistem ledger digital. Bila sebut block-chain, anda kena faham ianya adalah sebuah teknologi yang tidak terpusat berasaskan sistem ledger. Anda pernah dengar tentang Bitcoin? Jika ya, tahukah anda yang Bitcoin adalah salah satu produk yang dihasilkan dari teknologi blockchain. Jadi bila ada orang tanya apa kaitan antara Bitcoin dengan Blockchain, jadi anda fahamlah kaitannya. Dengan kata lain, Bitcoin sudah tentu ada ke semua ciri ciri blockchain yang saya sebutkan tadi. Jelas? Faham? Saya pernah menulis tentang Web 3.0 di sini…

Read More
Cross Border Payments Ripple

Saya sempat mendengar satu video clip pendek berkenaan blockchain. Sebuah video yang sangat sangat menarik. Panel tersebut menceritakan secara ringkas Apa Itu Blockchain dan kenapa ianya akan menjadi trend yang sangat penting di masa kini dan akan datang. Dengan kata lain, beliau cuba untuk memusnahkan persepsi yang mengatakan bitcoin adalah scam dan sebagainya. Dan topik yang tersangat sangat penting adalah bagaimana perubahan teknologi kewangan masa hadapan akan berlaku dengan blockchain ini yang disebut sebagai Cross-Border Real-Time Payment. Apa itu Cross Border Payment? Ianya adalah sebuah teknologi kewangan (financial technology/fintech) yang membantu menjayakan transaksi kewangan samada untuk pembayaran atau penghantaran duit…

Read More
Transfer Duit Ke Luar Negara Guna GOremit Touch n Go

Anda pasti sering mendengar pekerja warga asing di Malaysia kerja kuat kuat dan hantar duit ke negara asal mereka bukan? Mereka tidak kisah kelihatan miskin di Malaysia tetapi mereka menjadi kaya di negara mereka. Sebab apa? Sebab pertukaran matawang. RM100 di Malaysia nampak kecil bila di belanja di Malaysia. Tetapi RM100 menjadi sangat besar di negara yang kurang kuat matawang mereka. Namun masih ramai yang menggunakan cara lama apabila mahu transfer duit ke luar negara iaitu ke ahli keluarga mereka. Sebab itulah kita biasa melihat warga asing beratur ke kedai “Money Changer” untuk tukar matawang mereka dan membuat transaksi transfer…

Read More