Alhamdulillah, baru baru ini salah seorang adik saya baru sahaja berjaya perbaharui insurans kereta beliau melalui saya. Saya bukan ejen insurans kenderaan. Tetapi saya bantu beliau untuk renew insurans kereta guna OneCENT. Saya adalah salah seorang pengguna aplikasi OneCENT. Ianya adalah aplikasi pembayaran digital yang mana menawarkan ganjaran dalam bentuk cashback untuk setiap pembayaran yang dilakukan menggunakan aplikasi tersebut. Untungnya, salah satu menu utama yang ada di dalam aplikasi tersebut adalah menu yang bertulis “Renew Insurance”. Jadi saya gunakan fungsi tersebut untuk kelebihan saya sebagai pengguna. Tadi saya cakap, kelebihan sebagai pengguna aplikasi OneCENT adalah saya boleh dapat cashback untuk…
Author: admin
Sebenarnya sudah dari tahun lepas lagi rakan saya mengajak saya untuk menggunakan aplikasi OneCent. Saya kurang berminat kerana tidak nampak akan kelebihan dan sebab kenapa saya perlu guna. Cumanya sejak saya mula membina dan aktif dalam dunia jual kereta, maka saya tanyakan kepada beliau tentang ada atau tidak kaitan antara Onecent dengan kereta. Dan saya baru tahu bahawa antara “menu” utama di dalam sistem app Onecent adalah kebolehan untuk renew insurans secara online melalui aplikasi tersebut. Wow menarik!!!. Saya pernah menulis dan berkongsikan tentang panduan kira insurans kereta di sini. Tetapi saya tidak ceritakan bagaimana dan di mana anda boleh…
Sebenarnya sudah sepatutnya agensi di bawah kerajaan Malaysia beralih kepada teknologi berasaskan digital sepenuhnya. Tujuannya adalah untuk memudahkan urusan. Bila bercakap tentang kenderaan, agensi yang berperanan adalah Jabatan Pengangkutan Jalan iaitu JPJ. Bila bercakap tentang cukai jalan iaitu roadtax, maka amalan yang biasa dilakukan adalah dengan menampalkan pelekat sticker roadtax di cermin hadapan kereta di sebelah penumpang. Alhamdulillah, kini pihak JPJ telah pun mempunyai app mereka yang tersendiri iaitu aplikasi MyJPJ. Bagi anda yang baru pertama kali beli kereta baru, anda pasti tidak tahu apakah perkara yang patut anda tahu sebagai pemilik kenderaan. Malah kadang tidak faham akan perbezaan antara…
Saya sudah tinggal di Pulau Pinang lebih dari 12 tahun. Dan sepanjang masa tersebut, memang nampak naik turun pembangunan stesen bas express di Butterworth Penang. Terasa seperti kurang terancang, lambat membangun, sesak dan sebagainya. Dari dulu lagi sudah terdengar tentang rancangan pembangunan stesen bas yang baharu. Dan hanya pada tahun 2018 ianya berjaya di siapkan dengan nama panggilan Penang Sentral. Kenapa ianya disebut sebagai Penang Sentral? Ianya adalah pusat pengangkutan bersepadu yang menyambungkan kaunter untuk pembelian tiket bas, tiket kereta api dan juga tiket feri. Menarik bukan? Ketika idea ini mula mula di beritakan, saya memang teruja sangat sangat. Nampaknya…
Biasanya kalau hendak balik kampung, memang orang akan gunakan perkhidmatan bas balik kampung seperti bas ekspress. Sudah lama juga saya tidak menggunakan bas ekspress untuk balik kampung. Biasanya hanya memandu sendiri menggunakan kereta. Namun apabila hendak berulang alik ke kampung dengan kerap dalam 1 bulan, mahu tidak mahu terpaksa jugalah kena naik bas dan membeli tiket bas ekspress. Perjalanan jauh 2-3 kali dalam sebulan untuk ke kampung rasanya tidak berbaloi memandu sendiri terutamanya dari segi kos dan juga penat. Kepada yang biasa memandu sendiri akan setuju dengan saya bahawa memandu kereta sendiri akan menelan kos minyak lebih mahal berbanding kos…
Pertama sekali, perlu saya ingatkan yang penulisan ini bukanlah perkongsian dengan fakta sebenarnya ya. Penulisan ini hanyalah info yang saya dapat dari penjual motosikal di kedai jual motor. Saya sendiri pernah membeli motorsikal bertahun tahun dulu dan saya bertanya sendiri kepada kedai motor tentang bagaimana cara untuk beli motosikal dan kaedah pembayaran yang ada zaman sekarang. Atas maklumat ringkas tersebut, jadi saya ingin kongsikan sedikit sebanyak tentang bayaran bulanan yang dikenakan sekiranya anda beli motor secara berhutang. Harap maklum ya. Rakan saya baru baru ini bercadang untuk membeli motor Yamaha NVX. Tetapi kaedah bayaran yang beliau pilih adalah menggunakan loan…
Baru baru ini seorang rakan saya berhajat untuk membeli sebuah motosikal yang baharu. Selepas beliau melakukan beberapa survey di internet, akhirnya beliau memilih untuk membeli motorsikal Yamaha NVX. Kenapa? Sebenarnya sebelum ini beliau sudahpun menggunakan Yamaha Nouvo yang telah beliau gunakan lebih dari 10 tahun. Jadi oleh kerana sudah terbiasa menggunakan motosikal dari yamaha dan sebuah skuter, jadi tidak salah kalau akhirnya beliau memilih untuk membeli dan menggunakan motor skuter NVX pula. Beliau mengajak saya untuk ke kedai motosikal tersebut untuk proses penyerahan geran motorsikal, ambil motor nvx dan bawa balik. Saya sendiri sudah lebih 10 tahun juga tidak pernah…
PETRONAS adalah singkatan kepada Petroliam Nasional Berhad. Ianya adalah syarikat cari gali minyak milik kerajaan Malaysia. Dan stesen pam minyak petrol milik Petronas adalah salah satu stesyen minyak yang selalu guna untuk mengisi minyak kereta saya. Cuma saya selalu perasanlah iklan atau sticker pelekat yang memaparkan perkataan SETEL di mesin pam minyak Petronas. Dan saya sendiri perasan ramai rakan rakan media sosial umumnya berkongsikan panduan bagaimana cara untuk menggunakan aplikasi Setel Petronas. Cuma saya sendiri baru pertama kali install dan cuba guna. Apa itu SETEL? Setel adalah sebuah aplikasi iaitu app untuk memudahkan pengguna mengisi minyak kereta dengan menggunakan telefon…







