Author: admin

Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

Cara Transfer Duit eWallet TNG

Sejak dari tahun lepas rasanya saya mula aktif menggunakan aplikasi eWallet Touch ‘n Go dengan kerap. Bila berbelanja di kedai runcit atau di kedai makan atau shopping, memang saya akan bayar menggunakan eWallet TnG sahaja. Terasa mudah sangat sangat. Dan kebetulan saya baru sahaja mencuba untuk transfer kredit eWallet TnG saya ke akaun eWallet TnG isteri saya dan berjaya. Dan perkara yang paling menarik bagi saya adalah saya melakukan transaksi berkenaan dengan hanya menggunakan nombor telefon sahaja. Menarik? Memang pun!!!. Sebenarnya saya baru sahaja menonton video penerangan tentang teknologi kewangan di masa akan datang. Ianya berkaitan bagaimana teknologi kewangan (FINTECH)…

Read More
Bagaimana tambah nilai TnG eWallet

Saya tinggal di seberang Pulau Pinang. Dan bekerja di dalam “pulau” Penang. Jadi memang seharianlah kalau saya perlu memandu pergi balik melalui jambatan Pulau Pinang. Jadi memang biasalah kalau pengguna jambatan perlu menggunakan kad Touch ‘N Go untuk melepasi palang di jambatan Pulau Pinang. Biasanya saya akan melakukan tambah nilai reload kad TnG saya di kedai stesen minyak yang berdekatan. Tetapi kini kita sudah mempunyai aplikasi TnG yang boleh di install pada smartphone. Jadi bagaimana pula cara untuk melakukan tambah nilai TnG eWallet anda itu. Begini ceritanya. Kalau sebelum ini anda akan reload kad TnG anda itu di stesen minyak…

Read More
Aplikasi eWallet Touch 'n Go

Di Malaysia, syarikat konsesi lebuhraya (highway) paling besar dan dikenali ramai adalah syarikat PLUS. Dan sistem pembayaran palang tol adalah menggunakan kad Touch ‘n Go. Seiring dengan peredaran zaman moden, kini ke semua proses ini dimudahkan lagi dengan pengenalan aplikasi mobile smartphone iaitu TnG eWallet. Anda akan bayar laluan tol menggunakan kad TnG sendiri, kad debit, kad RFiD dan juga menggunakan peralatan khas seperti SmartTAG. Namun ke semua proses ini dipautkan terus kepada aplikasi eWallet Touch ‘n Go itu sendiri. Apa itu TnG eWallet? Ianya adalah aplikasi mobile wallet yang dibina menggunakan financial technology iaitu FINTECH. Apa kaitan aplikasi dengan…

Read More
Gambar hadapan kereta Proton X70

Mana mana kereta selepas dilancarkan dalam beberapa tahun di pasaran akan diberikan nafas dan sentuhan baru dengan nama FACELIFT. Tujuan utama adalah bagi meningkatkan jualan kereta tersebut dan berupaya bersaing dengan model kereta baru yang lain selagi model generasi terkini belum lagi dilancarkan. Untuk pengetahuan anda, sedar tidak sedar, Proton X70 sebenarnya telah dilancarkan secara rasmi pada tarikh 12 December 2018 dan telah berumur hampir 6 tahun lalu. Jadi memang patut pun kalau pihak proton menyegerakan kemaskini terbaru Proton X70 facelift. Mungkin ada yang tidak tahu, sebenarnya Proton X70 adalah model Geely Boyue di China. Dan Proton X70 versi facelift…

Read More
Contoh Belt Tensioner Engin Campro Proton Saga

Pagi pagi start kereta hendak pergi kerja pasti berbunyi krikkk krikk krikkk bergetar di kawasan enjin. Tetapi bila dah panas enjin hilang pula bunyi. Jadi biarkan dulu. Bila bawa ke kedai servis kereta, mereka tidak tahu apa puncanya. Puncanya mudah sahaja, bunyi krik krik hilang ketika enjin sudah panas. Bawa kereta ke kedai kereta mestilah tidak dapat tunjuk akan bagaimana bunyinya. Jadi biarkan dahulu buat sementara. Selepas sebulan bunyi mula ketara. Kalau sebelum ini, enjin panas dan aircond dibuka pasti ada bunyi tetapi perlahan dan hilang. Kali ini tidak, sampai ke kedai repair kereta, buka enjin dan jalankan aircond, bunyi…

Read More
Beli pemegang handle pintu saga blm yang baru

Hendak dijadikan cerita, ketika saya bersiap siap hendak pulang ke kampung berhari raya, saya ada terdengar bunyi alarm kenderaan. Tetapi saya biarkan kerana menyangka yang bunyi alarm tersebut bukan dari kereta proton saga milik saya. Ianya disebabkan saya berada di dalam bilik, jadi kedengaran tidak begitu kuat malah saya tertidur pula dalam 1 jam. Dan ketika bangun hendak mandi dan keluar dari bilik, bunyi alarm kereta masih berbunyi malah kuat pula kedengarannya. Rasa tidak sedap dalam hati dan terus mandi dengan cepat. Pakai baju dan terus turun ke parking kereta kerana rumah saya dari jenis pangsapuri bertingkat. Dan selepas ke…

Read More
Saya hantar cat kereta proton saga kerana cat sudah terkopek

Saya mempunyai sebuah kereta Proton Saga jenis BLM yang telahpun berumur 10 tahun. Setakat ini tiada kerosakkan jenis major yang berlaku. Rosak sikit sikit itu biasalah. Dan apabila sudah 10 tahun, sudah pasti cat kereta proton saga saya ini sudah pudar dan tidak lagi berkilat. Bagi saya ianya masalah kecil sahaja asalkan cat masih elok dan belum tertanggal atau mengelupas. Pada beberapa bulan lalu cat kereta saya pada bahagian bonet depan telah menggelupas. Isunya adalah kerana tahi burung. Jika saya pergi kerja dan terlewat, biasanya kenderaan kereta tidak lagi mempunyai parking khas yang di sediakan kerana sudah penuh. Kami terpaksa parking…

Read More
Headlamp lampu hadapan kereta kusam kekuningan

Kereta Proton Saga saya sudah berumur lebih dari 10 tahun. Dan sudah tentulah yang cover lampu hadapan kereta akan menjadi kusam dan berwarna kuning. Bila pandu dan buka lampu waktu malam, memang kurang cerahlah. Akibatnya kedai baiki kereta menegur saya samada mahu atau tidak untuk mereka tolong kilatkan semula cermin lampu kereta yang telah kusam kekuningan. Bila saya tanya akan upah mereka, saya menolak kerana terasa mahal. Upah untuk kilatkan lampu kereta adalah RM150 untuk sebelah sahaja. Kalau buat dua dua, kena bayar RM300. Mahal. Pemilik bengkel mengatakan yang upah mereka masih dikira murah. Kerana harga belian bagi cover lampu…

Read More