Author: admin

Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

Jumlah bayaran processing fee di JPJ

Semalam saya dapat pertanyaan dari seseorang yang mahu beli kereta recond dari satu kedai kereta import terpakai. Tetapi beliau buat survey di sana sini dan akhirnya bertemu dengan saya dan meminta pendapat. Maaf saya bukan penjual kereta tetapi sebagai ejen yang mewakili kedai kereta recond untuk tujuan mempromosikan kereta yang ingin dijual. Dengan kata lain, saya tidak tahu 100% apakah perbezaan dalam beberapa hal melainkan selepas saya bertanya soalan yang dikemukan oleh bakal pembeli dan jom kita belajar bersama sama. Saya dapat 2 kes yang ada sedikit keserupaan dengan kes scam kereta recond sebelum ini. Saya tidaklah ingin menekankan kes…

Read More
Iklan jual kereta lama tersadai rosak di media sosial

Saya pernah membeli dan memiliki sebuah kereta Proton Saga Iswara. Kereta sudah buruk, tayar pancit dan tersadai sangat lama. Dan bila saya bercadang ingin menjual rumah, maka “kereta buruk” ini terpaksa saya buang. Kereta iswara ini berada di rumah saya di Johor. Dan saya kini tinggal di Pulau Pinang kerana bekerja di sini. Maka apa pilihan yang saya ada untuk melupuskan kereta ini? Pilihan yang paling mudah dan senang adalah jual kereta sebagai besi buruk. Mudah cerita, kereta ini terpaksa saya scrap!!!. Setelah berbincang dengan rakan yang tahu tentang kereta. Beliau menyarankan saya untuk menjual kereta Iswara ini di Facebook.…

Read More
Cara add Kad NFC Touch 'n Go di eWallet TnG

Masih ramai pengguna lebuhraya (highway) yang menggunakan kad Touch ‘n Go yang biasa. Dan mereka membuat bayaran laluan palang tol menggunakan kad tersebut. Dan mereka reload kad TnG mereka di stesen minyak, di mesin Kiosk TnG atau di laluan kaunter bayaran tol untuk topup kad TnG mereka. Sebenarnya ini adalah cara lama yang masih ramai gunakan kerana merasa selesa dengan cara tersebut atau kurang cakna berkenaan teknologi terkini. Sebenarnya pihak Touch ‘n Go ada mengeluarkan kad terbaru mereka yang menggunakan teknologi NFC bagi menggantikan kad Touch ‘n Go  yang lama. Anda tahu? NFC bermaksud “Near Field Communication”. Ianya berfungsi untuk…

Read More
Iklan scam kereta recond murah

Dulu dulu selalu dengar dan terbaca tentang kes penipuan scam beli kereta import terpakai iaitu kereta recond. Tetapi semalam tidak sangka pula yang saya akan bertemu dengan salah seorang pelanggan yang akan kebarangkalian kena tipu dengan kedai kereta recond. Biasalah, too good to be true. Kita mudah tertipu dengan penawaran harga kereta murah. Kalau dulu mungkin saya pun boleh mudah percaya. Tetapi sekarang tidak lagi. Ada sebabnya. Jom saya kongsikan panduan kepada anda. Pelanggan semalam menyatakan hasrat untuk membeli kereta Toyota Vios recond atau Honda City recond. Dan beliau telah mendapat tawaran pembelian kereta Honda City jenis recond yang dijual…

Read More
Kipas mini usb dari Amgras Metafan IV Pro Max

Saya ada 2 pengalaman dan ianya menjadi sebab kenapa saya perlu beli dan memiliki paling tidak sekurang kurangnya 1 buah kipas usb! Rumah yang saya duduk sekarang sudah mengalami 3 kali power trip iaitu elektrik terputus pada tengah malam. Sudah lah belum tidur, kipas tidak berpusing, aircond pun terus tidak sejuk. Hasilnya tidak boleh tidur lena kerana berasa bahang pada waktu malam, berpeluh dan lain lain. Pada ketika ini mula terfikir alangkah bagusnya kalau ada kipas elektrik di rumah yang gunakan bateri. Dan kes yang kedua pula adalah lebih kritikal. Saya balik ke kampung di Johor. Dan ketika mahu balik…

Read More
Wireless microphone Amgras SoundMeta untuk smartphone

Sekarang zaman media sosial. Ramai yang suka merakam video dan upload content di media sosial seperti Facebook, YouTube, Tiktok, Instagram dan lain lain lagi. Dan bila ramai influencer yang buat video dengan kualiti yang baik, ramai perasan yang rakaman suara iaitu video influencer tersebut adalah tersangat baik. Tetapi kenapa kita rakam video tapi dapat hasil audio suara yang teruk? Jawapannya adalah kerana anda tidak menggunakan Amgras SoundMeta! Apa itu Amgras SoundMeta? Ianya adalah sebuah produk alat perakam suara jenis external. Alat perakam suara ini mempunyai sistem penapis bising dan bunyi hingar. Kalau anda rakam video di rumah atau bilik memang…

Read More
Serial No boleh anda ambil di belakang kad Touch n Go

Pernahkah anda menyemak atau membuat semakan baki kad Touch n Go (TnG) anda? Selalunya orang memang tidak akan ketahui jumlah baki semasa kad TnG mereka. Mereka hanya boleh tahu jika mereka scan masuk ke palang tol atau menggunakan alat yang bernama SmartTAG. Dan saya pasti tidak ramai tahu cara untuk semak baki kad Touch n Go secara online melalui website Touch n Go sendiri. Oleh itu pihak Touch n Go telah mengeluarkan dan melancarkan eWallet Touch n Go yang boleh anda install di smartphone anda dan selepas itu bolehlah anda semak baki kad Touch ‘n Go anda melaluinya secara mudah. Saya…

Read More
Pelekat RFiD Touch 'n Go dilekatkan pada cermin hadapan kereta

Awal awal dulu memang Touch ‘n Go mahu menggantikan sistem SmartTAG dengan RFiD. Pastilah sejak itu lebih ramai yang beralih arah membayar laluan tol menggunakan pelekat RFiD pula. Cumanya pada kali ini, tiba tiba rakan sekerja ada mempromosikan dan menjual pelekat RFiD Touch ‘n Go ini, maka saya terus bertindak membelinya kerana saya memang bekerja ulang alik melalui jambatan Pulau Pinang. Kalau ada cara yang lebih mudah, kenapa tidak gunakan. Betul? Kata kawan saya, pelekat RFiD TnG ini adalah dari versi terbaru. Saya tidak pasti apa yang terbaru. Cumanya selepas 2 tahun, pastilah sudah lebih ramai orang yang menggunakan pelekat…

Read More