Author: admin

Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

Berjaya tukar karpet alas kaki kereta yang baru

Kalau anda sudah menggunakan kereta agak lama, saya pasti alas kaki kereta di bahagian pemandulah yang akan paling cepat rosak. Bukan rosak dalam erti kata rosak yang sebenar. Tetapi rosak dalam erti kata sudah lusuh dan terkoyak. Jadi mahu tidak mahu terpaksa untuk tukar kepada alas kaki yang baharu. Kadang kala mungkin sudah berbau kalau tidak pernah dicuci. Mesti ada di antara anda yang akan bertanya, mahalkah kalau kita tukar alas kaki kereta yang baru? Hendak jawab soalan anda ini pun susah sebenarnya. Ianya bergantung anda dapatkan alas kaki jenis apa. Yang original atau yang biasa. Kalau yang original biasanya…

Read More
Beli kipas tangan mudah alih untuk kereta

Rasanya semua orang bersetuju yang penghawa dingin kenderaan bukan sesuatu yang dianggap kaya. Tetapi ianya sebuah keperluan. Kalau sesebuah kereta tanpa aircond, rasa tidak ramai yang mahu bertahan untuk berada di dalam kenderaan pada waktu tengah hari untuk jangka masa panjang. Tetapi malang tidak berbau. Kalau berlaku kerosakkan pada aircond kereta anda, maka kita sebenarnya memerlukan alternatif mudah dan murah iaitu setiap kereta perlu ada kipas tangan mudah alih di dalam kenderaan masing masing. Adakah anda setuju? Begini ceritanya. Saya memandu Perodua Myvi dari Penang ke Johor pada 2-3 hari lepas dan memang memasang aircond kereta 24 jam tanpa masalah…

Read More
Side mirror Perodua Myvi patah

Anda bayangkan pagi pagi isteri saya hendak pergi kerja. Tengok tengok cermin sisi pandang belakang (side mirror) kereta Perodua Myvi isteri saya patah dan terkulai layu. Dan kebetulan ada surat nota yang ditulis bagi menunjukkan ketidakpuas hati akan individu terbabit terhadap kereta isteri saya yang telah secara tidak sengaja menyekat (block) laluan kecil motosikal di kawasan perumahan terbabit. Dari perasaan bersalah, saya terus berasa marah dengan tindakkan individu terbabit. Apakah kesalahan isteri saya sehingga mereka mengambil tindakkan yang agresif begitu? Kisahnya begini. Saya dan isteri baru sahaja berpindah rumah ke rumah sewa yang baharu di sebuah apartment di sini. Dan…

Read More
Kedai menjual tayar kereta second hand

Jujur cakap, sepanjang saya menggunakan kereta, saya memang tidak pernah membeli tayar terpakai atau selalu di sebut sebagai tayar second hand. Sebenarnya ada rasa malu untuk membeli tayar terpakai ini kerena berasakan seperti tidak mampu dan tiada duit untuk membeli tayar yang baharu sahaja. Itu apalah apa yang saya rasa dan kerana tidak berpengalaman membeli tayar lama yang masih boleh di pakai. Sebelum ini, kalau tayar bocor dan tidak boleh ditampal lagi, memang saya akan menukar kepada tayar yang baru sahaja. Kisahnya bermula pada 1 minggu yang lepas. Ketika membawa ibu bapa berjalan jalan menaiki kereta, dengan tidak semena mena…

Read More
Harga untuk tukar nombor plat kereta saga yang baru adalah RM30

Sudah sebulan lebih sebenarnya nombor plat kereta saya iaitu Proton Saga saya tercabut. Kalau anda perasan, nombor plat ini ada dua jenis. Jenis yang pertama adalah tanpa bingkai atau sarung. Dan jenis kedua adalah jenis yang ada bingkai sarung penutup. Saya pakai jenis yang kedua. Masalah terjadi, bila bingkai yang menjadi penahan kepada papan nombor plat sudah reput, rapuh, patah dan sekali sekala menyebabkan nombor plat tercabut dan jatuh ke tanah. Saya pula jenis malas hendak ke kedai aksesori untuk tukar nombor plat kereta. Lebih rela ambil pita pelekat dan gam. Tapi bila tetap jatuh juga, terpaksa ke kedai juga.…

Read More
cooling coil Preve yang kotor dan bocor

Baru baru ini aircond Proton Preve saya sekejap sejuk dan sekejap tidak sejuk. Kalau hari tidak panas, bawa kereta laju, hari hujan, atau waktu malam, memang akan rasa sejuk. Tetapi kalau hari panas, berteduh bawah pokok pun memang akan terasa bahang dan panas. Angin sejuk dari blower aircond ada rasa sejuk tetapi sangat sangat kurang. Yang buatkan saya syak yang cooling coil Preve saya bocor adalah kerana baju busuk yang kerap kali ter bau ketika kereta mula dihidupkan. Adakah cooling coil Proton Preve saya rosak dan sudah bocor? Kenapa saya suspect masalah berpunca dari kerosakkan cooling coil? Faktor utama adalah…

Read More
Proton Preve android player 2GB RAM dan 32GB storage

Zaman kereta dulu dulu sistem hiburan dia pakai kaset. Kemudian beralih kepada cd. Dan kini kebanyakkan kereta sudah mempunyai sistem entertainment dari android. Sejak saya membeli dan menggunakan Proton Preve ini, nampaknya sistem android player ini seakan sudah out of date. Lambat respon dan terasa lag. Jadi saya terpaksa membeli Preve android player yang baharu atas beberapa sebab walaupun sistem android yang lama ini sebenarnya masih lagi berfungsi. Cuma ada beberapa aspek yang saya kurang berkenaan dan penyebab saya membeli android player yang baru. Sebenarnya ini adalah kali pertama saya menggunakan kereta yang ada sistem pemain android ini. Biasalah, kita…

Read More
Proton Preve dengan sport rim TC105N

Bengkel kereta di tempat saya memang bengkel kereta yang fokus kepada servis menukar dan baiki tayar, rim tayar dan juga bateri. Namun lebih ramai pelanggan yang ke sana untuk pelbagai servis baiki kenderaan. Bila selalu tukar minyak hitam, tukar minyak gear dan repair tayar bocor, maka selalu jugalah melihat sport rim kereta yang mereka jual. Hanya dua model sport rim yang saya selalu survey iaitu ZE40 dan juga sport rim TC105N. Kalau anda lihat kedua dua sport rim ini ianya memiliki corak rim yang hampir sama iaitu berjejari kecil dan banyak batang jejari. Sebelum ini pakai kereta Perodua Viva, memang…

Read More