Semasa saya mula mula beli kereta Proton Preve dulu, saya memang diberikan sekali dengan tikar getah carpet yang original Proton. Tetapi biasalah, sampai masa, tikar carpet kereta pasti akan rosak. Dan saya beli pula karpet 3D yang konon konon cantik. Lama lama guna pun tetap rosak. Cantik design dan warna tetapi tidak berkualiti sebenarnya. Akhir sekali saya memilih untuk mendapatkan tikar getah karpet dari brand jenama TRAPO. Sudah selalu sangat viral di sana sini. Jadi saya berikan peluang untuk cuba dahulu. Begini, bila kita sebut tikar getah karpet, biasanya kita hanya guna sahaja. Tetapi kita jarang untuk cuci karpet tersebut.…
Author: admin
Masa awal awal mempromosikan dan menjual kereta import terpakai dari Jepun, saya memang memfokuskan kepada kenderaan jenis mewah. Tetapi seiring dengan waktu, saya sebenarnya juga mendapat banyak pertanyaan tentang kereta recond dari kategori murah, bajet dan mampu milik. Contohnya kereta yang dijual dibawah harga RM100K. Malah ada kereta yang mereka minta itu adalah kereta yang memang banyak ada dijual di pasaran kereta terpakai di kedai used car. Persoalannya, kenapa mereka mahu beli kereta recond tetapi harga murah? Biasanya orang mahu beli kereta recond sebab mahukan kereta yang dibawa masuk secara import, jenis terpakai, jenis mewah mahal tetapi sedikit lebih murah…
Saya dan isteri adalah pengguna medical card dari AIA insurans. Kami ambil pakej “family” dan ketika itu kami masih belum mempunyai anak. Dan sekarang sudah ada anak, tetapi hendak masukkan (include) anak di dalam pakej insurans keluarga kami tidak boleh pula. Pilihan yang ada adalah kena bubar pakej lama dan langgan pakej insurans yang lebih baru. Sudah tentulah tidak relevan untuk kami. Kena bayar bayaran caruman bulanan yang lebih tinggi dan kemungkinan besar saya selaku suami mungkin akan gagal untuk melanggan insurans. Kenapa? Saya didiagnos sebagai pesakit yang mempunyai darah tinggi. Dan darah tinggi (blood pressure) di kategorikan sebagai penyakit…
Saya ada sebuah kereta Proton Iswara yang telah lama rosak, tayar pancit dan tersadai lama. Maka baru baru ini saya ingin buang kereta tersebut. Jadi pilihan yang paling mudah adalah dengan menjual sahaja kereta lama tersebut di kedai besi buruk. Dan ya, alhamdulillah mereka terima kereta berkenaan dengan saya dapat sedikit bayaran iaitu dalam lingkungan RM500-RM1000. Kebimbangan saya adalah, kereta tersebut tidak ada geran kenderaan. Maka saya perlu dapatkan salinan geran kereta untuk keselamatan saya di pejabat JPJ. Kenapa? Begini, bila kita beli dan memiliki sebuah kenderaan. Maka kenderaan tersebut akan didaftarkan dengan nama kita. Maka kita adalah pemilik kepada…
Bulan lepas saya ada berkongsikan berita semasa berkenaan arahan dari Bank Negara Malaysia (BNM) untuk ke semua pengendali insurance di Malaysia untuk menawarkan pakej berbentuk Co-Payment. Maksud co-payment adalah kita sebagai pencarum produk perlindungan kesihatan kena sama sama bayar bil rawatan perubatan hospital kita. Ianya sebuah berita yang langsung tidak best sama sekali. Tetapi arahan ini adalah bersebab. Dan salah satu alasan terbesar adalah kerana kenaikkan inflasi di dalam sektor perubatan. Cerita mudahnya begini. Pengendali insurans menguruskan tabung wang. Yang mana wang ini adalah hasil dari bayaran wang caruman yang kita buat setiap bulan. Menurut rekod, jumlah claim insurans kesihatan…
Ya baru baru ini saya baru sahaja menjual kereta di kedai besi buruk dengan bayaran sebanyak RM700. Saya jual kereta Proton Saga Iswara yang sudah lama, buruk, rosak dan tersadai. Dapat offer sebanyak RM500, RM600, RM650, RM700 dan RM800. Ada orang jual kereta yang sama dapat RM1000. Tetapi saya paling tinggi pun dapat RM800 sahaja. Alasannya adalah harga besi sekarang sudah jatuh. Saya terima sahaja sebab memang mahu lupus dan buang kereta tersebut. Pembeli hendak buat apa, itu bukan urusan saya. Tetapi selepas saya jual dan dapat duit, saya mula terfikir tentang nama saya selaku pemilik kepada kereta tersebut. Saya…
Sebenarnya masih tersangat ramai yang masih keliru dengan penggunaan nama “insurans” dan “takaful”. Mari saya jelaskan secara ringkas. Rasanya majoriti orang termasuk anda pasti faham akan apa itu insurans betul? Dan bila kita sebut insurans yang tidak halal iaitu tidak patuh syariah, maka kita sebut ianya sebagai insurans iaitu insurance. Dan insurans yang halal patuh syarikat pula kita sebut ianya sebagai TAKAFUL. Jadi bila kita sedang berbicara mengenai insurans kereta patuh syariah, maknanya kita sedang cerita berkenaan TAKAFUL. Jelas? Faham? Ada orang tanya, apa beza insurans dengan takaful. Dua dua adalah benda yang sama 100%. Tetapi satu haram dan yang…
Adakah anda di antara anda yang terlewat membuat bayaran ansurans bulanan kenderaan anda. Tanpa di sedari anda telah tertunda dan tertunggak dalam bayaran bulanan loan kereta anda. Namun anda terus buat bayaran macam biasa. Cumanya bila sampai tarikh akhir bayaran, anda masih lagi mempunyai baki bayaran tertunggak yang belum dijelaskan. Katakan loan kereta anda tamat pada December 2023. Namun anda masih mempunyaki baki bayaran tertunggak yang perlu anda bayar dan hanya boleh anda buat bayaran loan kereta pada bulan seterusnya seperti pada bulan Jan 2024 dan berikutnya. Adakah anda berada dalam kes sebegini? Saya pernah!!! Tetapi baki tunggakkan pinjaman kereta…







