Saya pertama kali kenal dan pernah menggunakan aplikasi Wise adalah ketika ingin menggunakan platform perdagangan jual beli saham di US melalui app Gotrade. Aplikasi Gotrade memang mewajibkan kami untuk mendeposit duit melalui aplikasi yang bernama Wise ini. Jadi saya sempatlah menggunakan akaun Wise dan memahami akan apa itu Wise. Jadi fahamlah saya yang Wise ini adalah sebuah platform penukaran wang (money changer) dan penghantaran wang (money transfer) untuk peringkat global. Kira macam pengurup wang lah tetapi berlesen dengan kerajaan Malaysia. Jika anda membuat carian di internet, anda pasti akan menemui perkataan TransferWise. Ya, itu adalah nama lama bagi Wise. Dan…
Author: admin
Saya perasan masih agak ramai yang masih tidak menggunakan fungsi pembayaran menggunakan kad debit/kredit ketika membuat pembayaran secara cashless di stesen pam minyak. Saya tidak pasti kenapa masih ada yang tidak bersedia untuk isi minyak petrol guna kad? Adakah disebabkan isu kena tolak baki semasa sebanyak RM200? Kalau ya pun, bukankah wang tersebut akan dikembalikan dalam 2 hari bekerja semula? Ya, masih ramai yang tidak merasakan proses untuk membuat bayaran di kaunter itu tidak menyusahkan diri sendiri dan selesa dengan kaedah tersebut. Ya tiada masalah. Di persilakan!!!. Saya salah seorang yang telah mengubah gaya hidup kepada tanpa tunai cashless 90%.…
Saya telah berpengalaman melalui liku liku di dalam dunia pelaburan emas. Ada jatuh bangun. Cumanya, dari pengalaman lalu membuatkan saya kini lebih berhati hati dan mengambil kaedah yang paling selamat. Atau dengan kata lain adalah kena belajar cara untuk kurangkan risiko dan jangan meletakkan semua dalam 1 tempat yang sama. Kita kena belajar diverisfied iaitu pelbagaikan tempat untuk menyimpan duit dan melabur duit. Ada beza ya. Sebab itulah Bursa Malaysia memperkenalkan Bursa Gold Dinar (BGD). Kenapa? Zaman sekarang sudah ramai yang mula celik dengan “pelaburan”. Tetapi ramai yang tersontot dan kena scam. Yang paling kesian, majoritinya adalah dari kalangan orang…
Dulu dulu masa masih baru gunakan kereta memang tidak tahu cara yang betul untuk isi angin tayar kereta. Bukan tidak pandai hendak pam tayar kereta. Tetapi tidak tahu secara tepat apakah tekanan tayar yang sesuai dan betul untuk kereta kita. Masa zaman guna motor, kita pam tayar janji ada ingin masuk dan tayar tidak kempis. Itu sahaja. Tetapi kereta tidak boleh buat begitu. Ada 4 tayar dan kalau tekanan tidak sama atau tidak cukup, pengalaman pemanduan akan menjadi tidak seronok. Ada 2 perkara yang saya perasan berdasarkan pemerhatian saya kalau tayar tidak cukup angin. Yang pertama adalah pengalaman pemanduan akan…
Salam kepada pembaca. Ketika saya mula mula menulis tentang kereta Mitsubishi Xpander sebelum ini, ianya telah pun berada di pasaran Malaysia lebih kurang 4 tahun lamanya. Dan pihak sales advisor (SA) Mitsubishi yang saya kenal pun ada beritahu saya jangkaan akan ada dan diperkenalkan Mitsubishi Xpander versi facelift untuk tahun 2024 ini. Kalau sebut 4 tahun sudah lama berada di pasaran, maka memang sesuai dan patutlah untuk pihak Mitsubishi perbaharui model line-up kereta keluar mereka sekarang. Lagi lagi dengan persaingan sengit dari kenderaan buatan dari China. Kenapa saya sebut China? Sebab pembuat kenderaan automotif di asia yang paling besar adalah…
Di Pulang Pinang, tapak tempat letak kereta di bawah kendalian majlis perbandaran adalah dengan menggunakan aplikasi Penang Smart Parking. Secara jujur saya suka dengan pengalaman menggunakan app berkenaan kerana ianya memudahkan. Tidak perlu lagi gunakan kupon dan sebagainya. Bagi orang yang suka cashless dan suka digital, aplikasi ini memudahkan urusan saya. Tetapi kalau kita hendak parking kereta tetapi tidak ada kekosongan akibat semua tapak petak parking penuh, maka mahu tidak mahu kita terpaksa letak di merata tempat. Itu yang terjadi kepada saya. Saya hendak cari petak kosong tempat letak kereta. Tetapi semua penuh. Siap ramai yang buat double park lagi.…
Saya pernah memiliki sebuah kereta Proton Saga jenis BLM. Harga pasaran ketika itu bila saya buat carian di mudah.my adalah dalam RM13K. Masa itu saya memang ingat kalau saya jual ikut harga pasaran, saya pasti akan dapat duit sebanyak RM13K. Itu tanggapan saya sebagai seorang yang pertama kali ingin dan hendak jual kereta. Biasalah, cara yang paling mudah hendak jual kereta second hand memang jual di kedai used car lah. Tapi sebaliknya berlaku. Kenapa? Di mudah.my, harga yang dipaparkan adalah sebuah kereta itu dijual kepada bakal pembeli. Tetapi kes kita sekarang bukan hendak membeli tetapi hendak menjual. Pembeli iaitu kedai…
Adakah anda sudah biasa dengar atau terbaca dengan terma terma seperti kereta ICE lah, kereta EV lah dan term lain seperti BEV, PHEV dan juga FCEV. Adakah anda faham akan maksud dan perbezaan tersebut. Jika tidak, mari saya jelaskan kepada anda secara ringkas. Tidak perlu pening kepala. Ianya hanyalah terma yang dibuat oleh pengeluar kenderaan bagi meng-kategorikan segmen kereta yang mereka keluarkan. Masing masing ada pro dan con. Jom teruskan pembacaan anda. Kereta ICE Maksud “ICE” adalah “internal combustion engine” iaitu enjin yang berfungsi secara pembakaran. Secara mudahnya enjin yang gunakan minyak petrol dan diesel yang melalui proses pembakaran ini…







