Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Info

    Pengalaman Tukar Engine Mounting Proton Saga

    adminBy admin29/08/2024No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Sebenarnya sudah 3 bulan atau lebih benda ini berlaku. Kereta Proton Saga saya terasa sedikit bergegar ketika enjin di hidupkan, pada ketika gear rendah, pada ketika berhenti di traffic light dan juga pada ketika penghawa dingin dihidupkan. Kekuatan gegaran tidaklah terlalu kuat. Tetapi kita dapat rasa jugalah ketika di dalam kereta. Bila bawa ke bengkel kereta untuk dibaiki, dinasihatkan oleh pomen supaya saya tukar engine mounting bagi menyelesaikan isu ini. Sebenarnya apakah yang dimaksudkan dengan engine mounting ini? Baru pertama kali saya tahu dan mendengarkan perkataa ini.

    Apa itu engine mounting? Engine mounting adalah alat peredam bunyi yang bertujuan untuk mengikat kedudukan enjin kereta kita. Semua kereta ada benda ini. Maksud “peredam bunyi” adalah untuk menyerap gegaran yang terhasil dari enjin kereta ketika dihidupkan. Dan maksud mengikat kedudukan enjin adalah untuk mengunci enjin dari bergerak ke depan, kanan, bawah dan juga kiri. Enjin akan berada dalam keadaan stabil dan gegaran yang terhasil dapat di minimumkan dan kita yang berada di dalam kereta tidak terlalu terasa akan gegaran enjin .

    Engine mounting yang sudah rosak dan perlu diganti
    Engine mounting yang sudah rosak dan perlu diganti

    Masalah Kereta Bergegar Dan Tukar Enjin Mounting

    Masalah yang saya lalui adalah, gegaran enjin sudahpun masuk ke ruang kabin pemanduan. Berasa tidak selesa ketika dipandu. Itu bermakna sistem engine mounting sudah haus, sudah rosak dan perlu diganti. Mahu tidak mahu terpaksa juga tukar engine mounting kerana sudah sampai masa untuk ianya diganti kepada yang baharu. Mengikut jadual penjagaan kereta, memang seharusnya ianya ditukar 7-8 tahun sekali. Namun kereta Proton Saga saya sudah masuk tahun ke-10 dan memang perlu mounting enjin ditukar baru.

    Rupa bentuk alat yang bernama engine mounting untuk Proton Saga
    Rupa bentuk alat yang bernama engine mounting untuk Proton Saga

    Dari apa yang saya nampak, gegaran yang berlaku pada enjin rasanya masih biasa biasa lagi. Tetapi masalah menjadi semakin melarat apabila aircond dihidupkan. Enjin kereta bekerja dengan lebih kuat dan ketika itu nampak yang gegaran menjadi semakin kuat. Kalau kita sedang hidupkan enjin kereta, anda sendiri akan nampak yang enjin kereta sedikit bergerak ketika dihidupkan. Itulah tandanya yang engine mounting sudah perlu ditukar.

    Selepas tukar engine mounting Proton Saga yang baharu
    Selepas tukar engine mounting Proton Saga yang baharu

    Dalam kes kereta Proton Saga milik saya, terdapat empat engine mounting yang mengikat enjin. Ini bermaksud saya kena tukar ke-empat empat engine mounting tersebut. Dan kos bagi menggantikan ke semua engine mounting tersebut termasuk upah pemasangan adalah sebanyak RM450. Bagi saya kos sebanyak RM450 memang mahal. Tetapi mengingatkan yang 10 tahun baru saya tukar sekali sebenarnya ianya dikira masih murah.

    Resit kos gantian engine mounting Proton Saga
    Resit kos gantian engine mounting Proton Saga

    Setelah saya tukar engine mounting, apa yang berlaku? Memang saya berpuas hati!!!. Ketika enjin dihidupkan pun saya sudah merasai kelainannya. Memang terasa sangat sangat kurang gegaran. Terasa seperti kereta yang masih baru. Kalau sebelum ini ketika enjin dihidupkan saya akan merasai sedikit gegaran ketika berada di dalam kabin pemanduan. Kali ini tiada. Terasa senyap. Malah pemanduan pun terasa lain dari yang lain.

    Rakan saya selalu cakap, kalau kereta asyik rosak lebih baik tukar sahaja. Sebab sudah mula menyusahkan pemiliknya kerana terpaksa dan kerap diselenggara. Bagi saya walaupun apa yang beliau katakan itu ada benarnya tetapi masih kurang tepat. Kereta yang kerap diselenggara tukar itu ini bukanlah kerana ianya sudah rosak. Melainkan ianya sudah sampai masa untuk ditukar alat alat gantiannya. Selepas menukar yang lama kepada yang baharu, maka ianya akan kekal tahan untuk sekurang kurangnya 5 tahun akan datang. Itu sahaja.

    Harga enjin mounting Proton Saga
    Harga enjin mounting Proton Saga

    Engine Mounting Proton Saga (BLM/FLX/New Saga)

    • [ Shopee ] – Cari dan beli enjin mounting kereta Saga secara online

    Sejak pakai Proton Saga ini, saya pernah melakukan servis jangka panjang dengan penukaran absorber, brake pump, timing belt, kipas radiator, cooling fan, aircond compressor oil yang terbaru adalah tukar engine mounting. Semua ini adalah maintenance servis jenis jangka panjang. Ianya bukan tentang isu rosak. Tetapi tentang alat alat yang jangka hayatnya sudah sampai masa untuk perlu ditukar dan diganti. Sekali tukar akan tahan beberapa tahun ke depan. Jelas? Bila pakai kereta, kita sebagai pemilik memang kena siap sedia dengan kos maintenance nya sekali. Ini adalah hal yang biasa bagi memastikan kereta kita senantiasa dalam keadaan baik untuk dipandu. Selamat menjaga kereta.

    Beli Engine Mounting Proton Saga Beli Enjin Mounting Proton Saga Engine Mounting Proton Saga Engine Mounting Proton Saga Bergegar Engine Mounting Proton Saga Rosak Enjin Mounting Proton Saga Enjin Mounting Proton Saga Bergegar Enjin Mounting Proton Saga Rosak Harga Engine Mounting Proton Saga Harga Enjin Mounting Proton Saga Tukar Engine Mounting Proton Saga Tukar Enjin Mounting Proton Saga
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Nombor member ID ejen dealer upline Eastel

    Cara Daftar Simkad Eastel

    07/03/2026
    Pilih renew insurans kenderaan patuh syariah dari Takaful Malaysia di BJAK

    Cara Perbaharui Cukai Jalan Dan Insurans Kereta Guna BJAK

    22/01/2026

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.