Bulan lepas saya berkesempatan bercuti ke Cameron Highlands Pahang. Dan saya memilih untuk menginap di hotel Century Pines Resort di kawasan tanah rata. Untuk pengetahuan anda, jika anda ke Cameron Highlands untuk bercuti, 2 nama tempat ini perlu anda tahu iaitu Brinchang dan juga Tanah Rata. Kawasan Brincang untuk orang orang yang sukakan kawasan yang padat dan ramai orang dan ianya terletak di puncak bukit. Sedangkan kawasan Tanah Rata di bawah sedikit dari Brincang khas untuk orang yang sukakan kawasan yang lebih tenang.
Kenapa saya memilih untuk berehat dan bercuti ke Cameron Highlands? Sebab pertama sekali adalah kerana saya sendiri belum pernah ke sana. Dan trip percutian saya itu adalah percutian pertama kali ke bukit Cameron Highlands. Jadi sudah tentu perasaan teruja itu lebih berbanding orang yang sudah berpengalaman ke sana. Dan saya mulakan percutian dengan membuat tempahan bilik hotel melalui Agoda untuk membuat persediaan awal ke sana bagi memastikan bilik hotel sempat saya booking dan belum penuh.

Hotel Century Pines Resort Cameron Highlands
Dan sebab yang kedua pula adalah kerana ingin melihat permandangan bukit hijau “Teh Boh” yang menjadi daya tarik (trademark) bagi Cameron Highlands, Ladang Strawberry, dan kawasan ladang bunga Lavender selain menikmati makan makan dan juga permandangan keindahan alam di bukit Cameron Highlands. Dan setelah ke sana, secara peribadi, saya memberikan skor markah sebanyak 3.5/5 untuk percutian di Cameron Highlands ini.

Kita berbalik kepada topik utama kita iaitu tentang hotel Century Pines Resort ini. Saya pasti, setelah anda membuat carian untuk menginap di hotel hotel melalui Agoda. Anda pasti akan ternampak tawaran promosi bilik dari Century Pines Resort ini. Dan anda pasti ingin tahu bagaimanakah keadaannya bukan? Untuk pengetahuan anda, saya telah booking bilik di hotel Century Pines Resort dari jenis “Deluxe” untuk 2 hari 1 malam pada hari minggu iaitu Sabtu dengan harga bilik bernilai RM350 termasuk gst.
Kelebihan Bilik Deluxe Century Pines Resort
- Satu katil besar yang selesa
- Satu kerusi sofa, meja/cermin dan juga safety box
- Wifi, TV, telefon, peti sejuk, heater water, hair dryer, pembancuh kopi dan almari
- Ruang bilik air ada tuala, barang mandian, tub mandian, bilik mandi, toilet dan heater water
- Bilik tiada seterika (iron). Ada bilik khas di sediakan untuk iron baju anda
Mungkin anda terkejut dengan rate harga yang saya kena bayar. Untuk pengetahuan anda, harga itu adalah harga yang biasa untuk hari minggu dan cuti umum. Kalau anda tempah pada hari biasa, biasanya harga cumalah di bawah RM200 sahaja.

Apa beberapa hal yang ingin saya beritahu anda. Untuk pengetahuan anda, bilik hotel di Century Pines Resort TIADA AIRCOND DAN KIPAS. Jadi anda tidak perlulah tercari cari di mana butang untuk menghidupkan penghawa dingin. Kawasan Cameron Highland memang sudah sedia sejuk walaupun hari siang. Waktu malam memang sejuk sangat. Jadi tiada masalah kalau tiada aircond.

Website Untuk Booking Hotel/Homestay/Flight/Bas
- Agoda – anda boleh tempah/booking tiket bilik hotel di sini
- AirBnB – anda boleh tempah/booking homestay di sini
- AirPaz – anda boleh tempah/booking tiket kapal terbang di sini
- BusOnlineTicket – anda boleh tempah/booking tiket bas di sini
Sebelum anda check in bilik hotel Century Pines Resort ini, di lobi nanti, staff akan meminta wang deposit sebanyak RM200. Jangan risau, wang deposit ini akan dipulangkan semula ketika anda ingin check out nanti. Sarapan pagi ada di sediakan dari pukul 7 pagi sehingga 10 pagi. Makanan sarapan pagi memang tip top dan sedap. Ada pelbagai juadah disediaan ala ala buffet. Ada nasi lemak, nasi goreng, makanan western, kuih, buah, bubur dan juga pelbagai air. Skor yang boleh saya berikan untuk pengalaman menginap di Century Pines Resort ini adalah 4/5. Seronok dan selesa.
Persediaan Ketika Travel Dengan Kenderaan
- Insurans Kemalangan (Personal Accident/PA) – pampasan ketika berlaku kemalangan
- Medical card – untuk bantuan perlindungan kos perubatan
- Servis Kenderaan – sila pastikan kenderaan anda seperti kereta melakukan proses servis asas bagi menjamin tahap optimum ketika anda travel dengan kenderaan sendiri
- Wise Malaysia – aplikasi money exchange online. Boleh beli & tukar currency matawang mudah ketika di luar negara
Sebenarnya apabila kita berjalan jalan travel samada dalam negara atau luar negara dengan kenderaan. Kereta wajib kena servis terlebih dahulu. Kemudian, risiko seperti jatuh sakit atau kemalangan (accident) juga boleh berlaku. Risiko tinggi yang saya maksudkan adalah dari segi beban kewangan. Dan beban kewangan ini dapat kita kurangkan dengan adanya bantuan perlindungan seperti di atas ini. Orang kata, sediakan payung sebelum hujan. Inilah maksudnya. Lebih baik ada buat preparation berbanding tidak buat apa apa. Dan kisah saya ke Hotel Century Pines Resort di Cameron Highlands pun kena fikirkan tentang safety dari segi keselamatan dan juga kewangan. Seronok seronok juga. Cuma kena beringat. BYE!!!.