Author: admin

Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

Buku akaun simpanan kanak kanak jenis islamik dari Yippie-i Maybank

Sudah lama sebenarnya terfikir hendak buka dan ada akaun simpanan untuk anak saya yang kini berumur 4 tahun. Setiap kali dapat hadiah berupa pemberian duit dari saudara mara ketika datang mengunjung ke rumah mereka, kami simpan di dalam sampul dan biarkan di laci di dalam rumah sahaja. Kalau hendak serius menyimpan dan menabung duit untuk anak sehingga anak dewasa, seharusnya kami sebagai ibu bapa kena juga buka apa apa akaun simpanan bank atau melabur di mana mana. Akhirnya kami memilih akaun simpanan Maybank Yippie. Kenapa? Percaya atau tidak, bila kita pertama kali hendak buat sesuatu, kita jangan terus letakkan had…

Read More
Taman rama rama Entopia Penang

Dulu masa zaman zaman kenal dengan isteri sekarang, kami pernah ke Entopia iaitu Taman Rama Rama Pulau Pinang. Ketika itu ianya masih baru sahaja dibuka dengan harga jualan tiket agak murah. Maklumlah ianya sudah dibuka tetapi belum siap sepenuhnya. Kiranya kami antara yang terawal ke sanalah. Dan beberapa hari lepas kami membuat keputusan untuk ke Entopia semula kerana ingin membawa anak kami melihat rama rama yang kami selalu sebut kepada anak sebagai Butterfly. Konon omputih lahh. Saya pernah menulis berkenaan pengalaman kami ke sana pada artikel sebelum ini. Bila disemak semula, rupanya artikel tersebut sudah 6 tahun yang lalu saya…

Read More
Cantiknya permandangan pantai di Pulau Besar Mesing

Bila kerajaan mula melonggarkan sekatan negeri, boleh rentas negeri dan industri perlancongan mula dibuka. Maka sudah tentulah ramai rakyat yang mahu pergi bercuti di dalam negara. Saya sendiri sudah 2 tahun tidak boleh balik ke kampung. Dan kebenaran rentas negeri ini saya manfaatkan untuk balik ke kampung dan membawa mak dan ayah untuk bercuti. Dan tempat percutian yang saya maksudkan adalah di Pulau Babi Besar yang menempatkan Bayu Lestari Island Resort. Saya kongsikan sedikit kisah dan pengalaman saya ke sana. Jom baca. Pada awalnya kami hendak ke Tunamaya Beach & Spa Resort di Desaru Johor. Temanya adalah kami inginkan suasana…

Read More
Bahagian bahagian lampu suluh LED

Teringat masa zaman zaman belajar di Universiti dulu dulu. Masuk kampus dan balik kampung hanya naik motor sahaja di highway. Dan antara pengalaman yang tidak boleh dilupakan adalah pengalaman tayar motor bocor dan minyak motor habis tengah jalan. Bayangkan anda menghadapi masalah tersebut ketika waktu tengah malam dan benda apa yang penting waktu tersebut dan anda WAJIB kena ada? Sudah tentulah kena ada lampu suluh. Untuk tahan lama memang patut pelajar zaman sekarang kena ada lampu suluh LED. Kenapa? Saya cakap dari pengalaman ya. Biasanya pelajar di Kolej, Politeknik atau Universiti yang rumah jauh jauh dari kampus pasti akan ada…

Read More
Pek Makanan Lamb Kuzi With Hujan Panas Rice KEMBARA

Teruja betul saya apabila pihak KEMBARA ada mengeluarkan pek makanan yang saya sangat suka iaitu Lamb Kuzi With Hujan Panas Rice. Apa yang saya teruja. Ianya adalah berkenaan “Nasi Hujan Panas”. Sejak saya kecil sampai sekarang memang emak biasa buat masakan nasi hujan panas ini. Biasanya emak hanya memasak nasi jenis ini pada hari raya untuk dijamukan dan disedekahkan pada orang ramai. Mudah cerita nasi ini special bagi saya dan saya sangat suka dengan rasa nasi ini. Dalam budaya orang melayu, nasi hujan panas disediakan sekali dengan acar, daging masak kari dan juga ayam masak merah. Ini adalah signature hidangan…

Read More
Pek Makanan Beef Rendang With Pilaf Rice KEMBARA

Sebenarnya pertama kali mendengarkan tentang Pilaf Rice ini. Bila membuat semakan di internet, rupanya nasi pilaf ini terkenal khasnya di kawasan negara timur tengah (middle east). Walaupun sebutan panggilan nama masakan nasi ini terdengar sedikit janggal akan tetapi menu masakan negara arab khasnya tidak janggal bagi rakyat Malaysia. Atas sebab itu saya terpanggil untuk mencuba rasa pek menu makanan siap masak yang bernama “Beef Rendang With Pilaf Rice” keluaran KEMBARA ini. Jom baca lebih lanjut lagi. Untuk sebutan Pilaf Rice ini kita sebut sebagai Nasi Pilaf di dalam bahasa melayu. Dan untuk Beef Rendang ini bahasa mudah fahamnya adalah rendang…

Read More
Pek makanan Chicken Masak Merah With Tomato Rice Kembara

Minggu lepas saya ada menuliskan panjang lebar berkenaan makanan jenis siap masak sesuai untuk anda yang mempunyai hobi seperti hiking, memancing atau camping. Dan makanan tersebut adalah Nasi Lemak With Chicken Rendang. Dan disebabkan pengalaman yang baik ketika merasa makanan tersebut, saya saya membeli pula menu makanan yang lain dari KEMBARA iaitu Chicken Masak Merah With Tomato Rice. Ianya adalah menu masakan nasi tomato dan juga ayam masak merah. Saya teringin hendak merasa samada ianya sedap atau tidak. Jom baca. Jujur cakap, sebenarnya saya adalah anak dari bapa seorang tentera. Sebagai anak askar yang membesar dalam dunia tentera, jadi adalah…

Read More
Pek makanan Nasi Lemak With Chicken Rendang Kembara

Beberapa hari lepas saya sempat menonton video YouTube mengenai aktiviti camping di hutan oleh seorang YouTuber dari Malaysia ini. Dan apa yang menarik perhatian saya adalah mengenai makanan yang beliau makan. Makanan tersebut adalah dari jenis siap (ready made). Hanya tambah air biasa sahaja, makanan akan terus dipanaskan dan selepas itu sudah boleh makan. Menarik!!! Dan makanan tersebut adalah makanan kegemaran orang Malaysia terutamanya orang melayu iaitu nasi lemak. Dan nasi lemak ini dipakej kan sebagai “Nasi Lemak With Chicken Rendang”. Menarik bukan! Macam mana hanya tambah air biasa, makanan dipanaskan dan siap untuk dimakan? Apa cerita sebenarnya? Sebenarnya di…

Read More