Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru Sunday, June 15
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Subscribe
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Beli Kereta Baru
    Home » Beli Alat Ganti Kereta Mudah Secara Online
    Produk Kereta

    Beli Alat Ganti Kereta Mudah Secara Online

    adminBy admin15/06/2025No Comments4 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Telegram Email WhatsApp

    Sebenarnya ramai pemilik kenderaan yang tidak tahu bagaimana cara untuk mengurangkan dan menjimatkan duit ketika mahu membaiki kerosakkan yang berlaku pada kereta mereka. Mereka terlalu bergantung 100% kepada cadangan dari kedai bengkel baiki kenderaan tersebut. Memanglah anda bukan seorang mekanik atau pomen untuk tahu buat kerja tersebut. Tetapi paling tidak, ada sesetengah keadaan anda memang tahu itulah punca kerosakkan tersebut. Dengan kata lain, anda tahu apa yang rosak. Dan anda juga tahu yang anda boleh buat sendiri kalau ada barang. Setuju?

    Tetapi saya bukan bermaksud yang anda boleh baiki sendiri di rumah. Kalau anda boleh buat sendiri di rumah, maka anda hebatlah. Saya cuma hendak berkongsikan sedikit panduan bagaimana cara untuk anda kurangkan dan jimatkan kos ketika anda mahu membaiki kereta anda ketika anda tahu yang ianya berkaitan secara langsung dengan proses menukar alat ganti iaitu sparepart kenderaan. Jelas? Faham?

    Gambar kedai sparepart yang menjual alat ganti kenderaan kereta
    Gambar kedai sparepart yang menjual alat ganti kenderaan kereta

    Beli Sparepart Kereta Murah Di Shopee

    Saya ceritakan sedikit pengalaman saya sebagai panduan. Saya rasa anda pun mungkin pernah mengalami perkara yang serupa. Bila saya hantar kereta ke bengkel untuk repair dan baiki kerosakkan yang terdapat pada kenderaan saya. Ada beberapa kali saya perasan yang bengkel akan katakan yang barang tidak ada stok di kedai. Dan mereka meminta saya tunggu untuk ambil stok spare part di gudang. Itu kata mereka lah. Dan kemudian saya akan perasan akan ada pekerja yang menaiki motorsikal akan hantar barang tersebut.

    Setelah saya berpengalaman berkali kali repair kerosakkan kereta di bengkel, baru saya sedar yang kononnya alat ganti tersebut mereka ambil dari gudang sebenarnya adalah dari kedai pembekal yang menjual alat ganti kereta sahaja. Lihat gambar pertama di atas ini. Itulah dia kedai sparepart.

    Dan sejak pengalaman tersebut, saya mula membeli alat ganti kereta terus di kedai sparepart sahaja. Berapa murah? Memang murah banyak pun. Dari pengalaman peribadi saya, harga untuk membeli alat ganti kereta adalah murah separuh dari apa yang bengkel biasa kenakan. Boleh dikatakan kebanyakkan itulah harga yang akan dikenakan. Contoh kalau bengkel caj bayaran sebanyak RM400 untuk sebuah radiator kereta baru, kalau anda beli di kedai sparepart pasti harganya cuma RM200 sahaja. Biasanya begitulah.

    Rupa bentuk alat yang bernama engine mounting untuk Proton Saga
    Rupa bentuk alat yang bernama engine mounting untuk Proton Saga
    Kipas radiator fan kereta Preve yang perlu ditukar
    Kipas radiator fan kereta Preve yang perlu ditukar
    Rekahan Putus Putus Timing Belt Saga BLM
    Rekahan Putus Putus Timing Belt Saga BLM
    absorber proton saga yang baru
    absorber proton saga yang baru
    Brake pump yang baru telah diganti untuk Proton Saga
    Brake pump yang baru telah diganti untuk Proton Saga
    Gambar spark plug kereta Perodua Myvi
    Gambar spark plug kereta Perodua Myvi

    Tetapi kita tidaklah boleh cakap yang kedai bengkel kereta menipu, cekik darah atau tekan harga. Itu adalah harga yang mereka kenakan kerana faktor mahu bayar gaji pekerja, bayar bil elektrik air kedai, bayar sewa kedai dan lain lain lagi. Mereka tawarkan harga sekian, kita terima, maka transaksi harga yang dikenakan adalah dikira sah dan halal sahaja.

    Senarai Baiki Kerosakkan Kereta

    • Tukar Enjin Mounting Proton Ertiga
    • Tukar Radiator Fan Proton Preve
    • Tukar Enjin Mounting Proton Saga
    • Tukar Timing Belt Proton Saga
    • Tukar Absorber Proton Saga
    • Tukar Brake Pump Proton Saga
    • Tukar Radiator Fan Proton Saga
    • Tukar Spark Plug Perodua Myvi
    • Tukar Tayar Perodua Myvi
    • Tukar Suis Power Window Perodua Myvi
    • Tukar Minyak Hitam Guna Castrol
    • Tukar Alas Kaki Karpet Kereta
    • Tukar Nombor Plat Kereta
    • Cara Tampal Tayar Kereta Bocor
    • Cara Tukar Bateri Kereta Guna Runner

    Sebenarnya ada banyak alat ganti di dalam kenderaan kita yang kita boleh beli sendiri sahaja. Sekarang sudah zaman online. Anda boleh beli alat ganti kereta anda melalui Shopee dengan mudah. TETAPI sila berjaga jaga dengan produk tiruan atau fake ya. Jangan asal murah terus beli. Sila bandingkan dengan harga di kedai sparepart lebih baik.

    Contoh, kalau anda tukar suis power window untuk kereta Perodua di bengkel akan dikenakan caj sebanyak RM350. Bila anda semak harga suis power window Perodua di kedai sparepart, harganya adalah RM170 sahaja. Tetapi bila anda semak secara online di Shopee, harganya sekitar RM150-RM180. Satu harga yang munasabah untuk dibeli. Tetapi ada seller yang jual suis power window kereta Perodua anda dengan harga RM100, sila elakkan beli dari seller ini. Terlalu murah tidak berbaloi kalau produk yang anda beli itu adalah tiruan yang mengancam keselamatan anda ketika memandu kereta. Jelas? Faham?

    Suis power window Myvi yang dibeli
    Suis power window Myvi yang dibeli

    Alat Ganti & Aksesori Kenderaan Online

    • [ Shopee ] – cari dan beli barang dan peralatan murah untuk kenderaan di sini

    Kawan saya sendiri sudah banyak kali membeli alat ganti kereta (auto part) secara online melalui Shopee. Malah ada barang yang beliau beli dari Indonesia. Dia memang sangat yakin. Tetapi macam yang saya katakan tadi. Kena ada ilmu sikit lah. Jangan beli kereta faktor murah. Beli sebab hendak dapatkan harga macam yang dijual di kedai sparepart. Macam mana hendak pasang? Bawa sahaja alat ganti ke bengkel kereta. Minta mereka pasang dan mereka akan kenakan caj upah pasang sahaja. Selesai.

    Share. WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Tukar Engine Mounting Untuk Kurangkan Enjin Bergegar

    22/05/2025

    Cara Buat Bisnes Online Jual Produk Kereta Dengan Onpay

    06/05/2025

    Pengalaman Beli Tayar Mahal Michelin

    08/02/2025

    Dalam Kereta Wajib Kena Ada Payung

    04/10/2024

    Kisah Tukar Spark Plug Kereta Perodua Myvi

    03/10/2024

    TRAPO : Tikar Getah Karpet Kereta Berkualiti

    08/09/2024
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini

    Beli Alat Ganti Kereta Mudah Secara Online

    15/06/2025

    Buat Duit Online Dengan YouTube Shopping Shopee

    05/06/2025

    Submit Loan Bank Melalui Saya Untuk Semak Kelayakan

    22/05/2025

    Tukar Engine Mounting Untuk Kurangkan Enjin Bergegar

    22/05/2025
    © 2025 BeliKeretaBaru. Designed by BeliKeretaBaru.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Ad Blocker Enabled!
    Ad Blocker Enabled!
    Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker.