Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Senarai Kereta Proton Yang Paling Jimat Minyak
    Info

    Senarai Kereta Proton Yang Paling Jimat Minyak

    adminBy admin13/10/2024No Comments5 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Saya telah pun menulis dan berkongsikan tentang senarai model kereta Perodua yang jimat minyak. Dan kita semua memang tahu bahawa kenderaan buatan dan keluaran Perodua memang jimat penggunaan minyak petrol. Bagaimana pula dengan kenderaan buatan Proton? Adakah syarikat Proton juga ada buat dan mengeluarkan kereta yang menggunakan fuel consumption yang rendah? Jika ya, kereta model manakah yang paling jimat penggunaan minyak dan yang paling tidak jimat minyak. Jom kita lihat!

    Website ini menerima jumlah carian kata kunci tentang “kereta jimat minyak” yang tinggi. Ke semua ini adalah disebabkan rangka ekonomi yang digariskan oleh kerajaan untuk mengurangkan subsidi minyak petrol dan juga diesel yang disebut sebagai rasionalisasi harga minyak. Akibatnya adalah harga minyak petrol RON97 dan diesel telah meningkat naik selepas subsidi minyak dihapuskan. Cumanya setakat October 2024 ini, kerajaan belum lagi menamatkan subsidi minyak RON95 dan kemungkinan besar pengurangan subdisi RON95 akan dilakukan secara berperingkat. Mungkin.

    Penggunaan minyak kereta Proton Saga juga menjimatkan
    Penggunaan minyak kereta Proton Saga juga menjimatkan

    Beli Kereta Proton Jimat Penggunaan Minyak Petrol

    Jika subsidi minyak petrol untuk RON95 dihapuskan, dengan kata lain boleh kita faham bahawa selepas ini harga minyak petrol untuk RON95 yang kini berharga RM2.05 akan meningkat naik kepada harga hampir RM3 untuk 1 liter. Jika ini berlaku, maka kenaikkan harga minyak adalah sebanyak 50%. Dengan kata lain, selepas ini kos minyak kereta saya ulang alik dari rumah ke tempat kerja dari RM15 sehari akan bertambah menjadi RM22.50. Sudah tentu keadaan ini akan memberikan tekanan kewangan kepada saya yang memang bergantung kepada kereta untuk ulang alik ke tempat kerja setiap hari.

    Semalam saya sempat bersembang dengan isteri berkenaan hal ini. Saya tidak ada motosikal. Saya pergi kerja naik kereta Proton Preve yang memang terkenal dengan kereta tidak jimat minyak iaitu “kuat makan minyak”. Salah satu cara untuk saya tidak merasakan kenaikkan kos bahan api ketika isi minyak selepas subsidi ditarik balik adalah saya kena pergi kerja naik motor atau gunakan kereta yang jimat penggunaan minyak petrol.

    Kereta pertama saya adalah Perodua Viva yang memang jimat minyak. Kemudian saya gunakan Proton Saga BLM yang tidak jimat minyak. Dan kini menggunakan kereta Proton Preve yang memang tidak jimat minyak. Kalau saya mahu kekal gunakan kereta keluaran “Proton”, kereta manakah yang paling jimat minyak? Saya kena buat keputusan dari sekarang.

    Pandangan Hadapan Tepi Proton Persona Silver
    Pandangan Hadapan Tepi Proton Persona Silver
    Pandangan Hadapan Tepi Iriz Silver
    Pandangan Hadapan Tepi Iriz Silver

    Senarai Kereta Jimat Minyak Proton

    1. Proton Saga – 18KM untuk CVT. 15KM / 1 liter untuk (4 speed AT)
    2. Proton Persona – 15.2KM / 1 liter
    3. Proton Iriz – 15KM / 1 liter
    4. Proton Exora – discontinued
    5. Proton X50 – 15.4KM / 1 liter
    6. Proton X70 – 13.7KM / 1 liter
    7. Proton X90 – not enough data
    8. Proton S70 – 15KM / 1 liter

    Kiraan penggunaan minyak petrol (fuel consumption) adalah anggaran yang diambil di internet. Ini kerana laman website Proton sendiri tidak berkongsikan secara detail penggunaan sebenar minyak petrol untuk setiap kenderaan yang mereka jual. Dan Proton sendiri memang tidak mengiklankan kenderaan mereka sebagai paling jimat minyak. Mungkin ada perbezaan dengan penggunaan sebenar di atas jalan raya oleh pemilik kereta Proton kerana faktor berat bilangan penumpang, cara memandu, jenis kelajuan dan sebagainya. Namun info di atas ini adalah sebagai rujukan asas sahaja ya.

    Dari perkongsian di atas, jelas menunjukkan kereta Proton Saga yang paling jimat sekali. Namun penjimatan minyak pada kereta Saga berubah kepada sedikit kurang jimat selepas menukar kotak gearbox dari CVT kepada 4 speed AT yang biasa atas sebab sebab tertentu. Dengan kata lain, kereta Proton Saga terkini menggunakan gearbox 4 AT yang terbukti tahan lasak tetapi sedikit kurang jimat dalam hal penggunaan bahan api petrol.

    Proton Iriz dan juga Persona pula menggunakan petrol yang lebih kurang sama. Kedua dua model ini menggunakan enjin yang sama dan kotak gearbox yang sama dan tidak hairan kenapa data fuel consumption adalah lebih kurang sama. Harap maklum ya.

    Pandangan Hadapan Proton X50 Merah
    Pandangan Hadapan Proton X50 Merah
    Pandangan Hadapan Kereta Proton S70 Silver
    Pandangan Hadapan Kereta Proton S70 Silver
    Gambar hadapan kereta Proton X70
    Gambar hadapan kereta Proton X70

    Proton X50, X70, X90 dan S70 adalah dari teknologi yang baru. Enjin berbeza dan kotak gearbox pun berbeza berbanding Saga, Iriz dan Persona. Tetapi kereta X dan S series tidak dicipta untuk jimat minyak. Lagi pula kereta X50, X70, X90 dan S70 adalah sebuah kereta yang berat yang sudah tentu akan menggunakan bahan api bakar petrol yang tinggi. Proton X50 dan S70 masih mampu mendapatkan bacaan 15KM untuk 1 liter petrol manakala X70 dan X90 sekadar 13KM sahaja untuk seliter minyak petrol.

    Pendapat saya berkenaan model kereta Proton yang paling jimat minyak adalah Proton Saga dan yang paling tidak atau kurang jimat pula adalah Proton X70 dan juga Proton X90. Rasanya Proton Saga dan Proton Persona untuk generasi terkini nanti boleh jadi kenderaan keluaran Proton yang paling jimat kerana faktor penggunaan teknologi yang paling terkini dan juga nilai berat yang sudah tentu lebih ringan berbanding kereta MPV atau SUV keluaran Proton. 

    Pandangan Hadapan Tepi Proton X90 Putih
    Pandangan Hadapan Tepi Proton X90 Putih

    Submit Dokumen Melalui Whatsapp

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.

    Jika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan apa apa jenis model kereta baru Proton ini, sila contact saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya boleh berikan gambar kereta, flyers, brochure, list harga termasuk berapakah bayaran bulanan yang dikenakan. Mesej sahaja saya melalui Whatsapp di atas ini ya. Saya harap perkongsian mengenai senarai kereta jimat minyak dari Proton ini memberikan info yang berguna kepada anda. Selamat membeli kereta baru Proton. BYE!!!.

    Kereta Jimat Minyak Kereta Jimat Minyak Petrol Kereta Proton Jimat Minyak List Kereta Jimat Minyak Senarai Kereta Jimat Minyak
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

    Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    20/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.