Ini cerita sebenar saya jual kereta sendiri iaitu Proton Saga lama. Dan juga terlibat dalam dunia jual kereta secara direct owner. Dan proses jual kereta ini melibatkan transaksi serahan kenderaan yang mahu dijual dari pemilik yang lama kepada pemilik yang baru. Dari segi undang undang, transaksi jual beli kereta WAJIB melakukan 2 perkara iaitu PUSPAKOM dan juga TUKAR HAK MILIK dan barulah transaksi ini dianggap sah. Apa itu PUSPAKOM? Ianya adalah agensi yang diberi lesen dan kuasa oleh kerajaan Malaysia bagi menjalankan proses pemeriksaan (inspection) kereta sebelum boleh dibenarkan untuk dijual. Maknanya, sebagai pemilik kereta, kenderaan yang anda mahu jual…
Author: admin
Saya telah mendapat pertanyaan melalui Whatsapp berkenaan beli kereta import di port. Beliau minta saya bantu. Dan kereta yang beliau mahu beli itu adalah dari brand jenama Mitsubishi Triton. Di sini saya sudah kesan adanya “red flag” iaitu tanda tanda yang beliau berkemungkinan besar telah kena scam. Dan tekaan saya adalah benar. Dan biasanya bakal pembeli kereta import terpakai ini akan menghubungi saya selepas mereka membuat bacaan di posting scam beli kereta import di port tulisan saya sebelum ini dan mereka jadi ragu ragu samada untuk teruskan pembelian atau tidak. Untuk pengetahuan anda TIDAK BOLEH BELI KERETA DI PORT!!!. Ramai…
Kereta elektrik (Electric Vehicle EV) buatan China yang paling popular adalah dari syarikat automotif Beyond Your Dream (BYD). Dan ya, kereta ini memang ada dipasarkan di Malaysia. Kalau anda berminat untuk beli kereta BYD baru secara online, anda boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut ya. Saya akan pass anda kepada sales advisor BYD yang berdekatan dengan tempat anda. Dan kali ini kita akan bercerita mengenai kereta BYD Sealion 7. Jom teruskan membaca. Pertama sekali anda kena faham yang BYD Sealion 7 adalah sebuah kereta dalam kategori SUV. Ia bukan kereta sedan, hatchback mahupun kereta mpv. Dan segmen kereta BYD Sealion…
Teringat ketika belajar di universiti dahulu. Dan sudah tentulah kenderaan yang kami pakai dan gunakan untuk ulang alik dari rumah sewa ke kampus pengajian adalah sebuah motorsikal. Dan sudah menjadi lumrah kalau tayar pancit. Zaman itu bukan semua orang gunakan tayar jenis tubeless. Kena cucuk sikit terus pancit. Jadi leceh bila tayar pancit kempis tengah di atas jalan raya. Dan tayar tubeless zaman sekarang pun pancit juga. Cuma angin lambat keluarlah. Bila sudah masuk ke alam pekerjaan, kalau tayar motor pancit tengah pergi kerja pun pernah terjadi. Tayar kereta kempis atau pecah meletop tengah memandu pun pernah terjadi. Sudah tentulah…
Semasa saya mahu jual kereta buruk lama saya yang tersadai dulu. Ketika itu barulah saya pertama kali ada pengalaman dan belajar macam mana hendak buat proses tukar nama. Dan ketika itulah saya belajar dan ambil tahu tentang puspakom dan sebagainya. Dan atas pengalaman kecil inilah saya ingin berkongsikan dengan anda tentang servis dari runner yang boleh membantu anda melakukan proses tukar hak milik kenderaan iaitu proses tukar nama untuk kereta yang anda mahu jual atau kereta yang anda mahu beli. Sebenarnya ramai yang keliru antara maksud batal hak milik, tukar nama atau tukar hak milik. Proses batal hak milik adalah…
Ya, saya ada kerjasama dengan kedai used car untuk menawarkan servis submit loan untuk beli kereta direct owner. Dan antara servis tambahan yang kami ada adalah menawarkan proses buat puspakom dan juga tukar nama siap geran. Cumanya saya selaku ejen marketing TIDAK PERNAH walau sekali menawarkan kepada mana mana individu yang mahukan servis runner puspakom dan tukar nama geran kereta ini. Sebabnya adalah kerana majoriti customer saya adalah dari orang yang jauh iaitu satu Malaysia. Ini adalah cerita pada awal awal lah. Dan kemudian timbul isu viral berkenaan caj runner puspakom yang mengenakan bayaran setinggi RM750 di dada dada akhbar…
Kisahnya ayah saya dulu pernah membeli sebuah motorsikal Yamaha SS110 terpakai dari jiran. Biasalah orang dulu dulu kalau beli barang murah, proses jual beli di mudahkan dengan cakap cakap mulut sahaja. Cumanya proses pembelian tidak disertakan dengan proses tukar nama hak milik. Dan ayah pun tidak kisah sebab memang motor tersebut hendak digunakan untuk ulang alik ke tempat kerja sahaja dan kebetulan tempat kerja memang tidak jauh mana. Masa berlalu dan akhirnya motor tersebut rosak. Jadi motosikal tersebut tersadai di halaman rumah. Dan ayah pun tidak berhasrat untuk membaikinya kerana sudah ada 2 lagi motorsikal yang masih boleh digunakan iaitu…
Dari dulu kalau ada apa apa servis atau perkhidmatan yang menawarkan apa apa rebate, coupon, diskaun atau apa apa benefit, biasanya saya akan guna. Kalau cerita tentang isi minyak kereta, saya memang akan isi minyak kereta guna Setel. Tapi bila tiba masa untuk servis kereta, minyak hitam dan minyak gearbox dari jenama apa yang saya akan gunakan? Yang saya perasan adalah, biasanya kedai akan berikan kepada saya minyak hitam dari jenama Castrol. Baru baru ini balik kampung untuk beraya. Dan memang jadi kebiasaan saya untuk servis kereta terlebih dahulu. Ini kerana saya perlu ulang alik dari Pulau Pinang ke Johor.…